lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Sunday, March 7, 2010

Konsep Orang Frust

*Sila perasan dengan widget baru saya :) kanan bawah.*



Haiwan tiada frust dengan Allah. Gambar dari zoo bukan zoo iskandariah.

Winter membawa kebekuan di otot jari seraya mematikan keligatan menulis di sini. oh puitis. Apapun saya kesal dengan kelalaian mengabaikan satu platform dakwah zaman ini.

Maka maafkan dan doakan saya agar lebih istiqamah dalam beramal, dan dipermudahkan untuk mengikhlaskan diri berjihad bersama rakan yang lain.

Dalam banyak masalah yang timbul selama bulan-bulan ini, kadang saya terkedu untuk mencari jalan penyelesaian. Kadang juga timbul dalam hati ketidakfahaman kenapa manusia sering melakukan kesilapan? Kenapa manusia amat susah menerima hakikat kejadian dan penciptaan yang sebenarnya, yang sepatutnya makhluk itu lazim mengikut dan taat pada Khaliqnya?

Jadi saya mahu simpulkan satu, yang manusia suka menunjukkan rasa frust atau kecewa mereka dalam perbuatan.

Anak yang kecewa dengan ibunya yang kurang memberikan perhatian dan kasih sayang akan cuba memberontak, supaya dapat mengalihkan perhatian ibunya kepadanya dengan apa cara sekalipun. Lebih efektif dengan melakukan perkara yang amat tidak disenangi ibunya. Main di luar rumah tika matahari atas kepala, bergaduh dengan adik adik yang lain, memporakporandakan susun atur pakaian dalam rak almari dan pelbagai lagi aksi mengerikan.

Syaitan yang kecewa dengan Allah kerana kemahuannya agar tidak dinafikan sebagai makhluk terhebat yang diperbuat dari api juga menunjukkan rasa kecewa dengan terus menerus melakukan kejahatan. Hingga kiamat tidak serik untuk memujuk anak anak Adam untuk menemaninya di neraka kelak. Nauzubillah, kerana kecewanya syaitan, segala dibenci Allah itu menjadi kesukaannya. Sebagai satu tanda protes.

Pelajar yang kecewa dengan gurunya, kerana gurunya itu tidak memenuhi cita rasa hatinya, akan melakukan perkara bertentangan juga. Disuruh tumpukan perhatian dalam kelas namun dipontengnya kelas itu, disuruh berusaha sungguh-sungguh dalam pelajaran namun dilekakan dengan sengaja masa yang dia ada, dengan perkara yang tidak sepatutnya seorang pelajar lakukan.

Dan dari sudut peribadi, saya juga kadang-kadang terbit perasaan mahu memberontak jika sebahagian kemahuan diri sukar diterima oleh orang lain. Ditambah pula sikap ego manusia lemah saya ini, maka terhasillah satu tenaga yang tidak baik, tenaga untuk menentang. Hanya kerana kecewa perasaan ini tidak diturutkan, nafsu ini tidak diturutkan.

Maka terbitlah apa yang dikatakan jenayah, maksiat dan kekufuran dalam masyarakat.

Transformasi manusia dari satu perkara yang baik kepada satu perkara yang kurang baik merupakan [bagi saya] satu petunjuk yang paling sensitif sebagai ukuran kekecewaan manusia.

Kerana manusia pada fitrahnya, akan berpuas hati dengan perkara yang menyenangkannya. Baik sesuatu itu datang daripada Allah sebagai satu nikmat, atau datang melalui manusia dari segai kesenangan hati dan perasaan mahabbah sesama manusia, maka manusia akan gembira. Gembira yang kadang kadang tidak sedar apa sebabnya gembira.

Tapi apabila kegembiraan ini ditarik sebentar oleh Allah, maka mulalah manusia itu berasa kekurangan yang teramat sangat. Terasa yang diri tidak disayangi Allah lantaran kecewa kerana gembira tidak dicapai lagi seperti dulu-dulu. Yang ada hanya duka keperitan kerana nikmat pinjaman Allah itu ditarik balik. Manusia kecewa.

Kecewa ini ditonjolkan pula dengan melakukan apa saja yang diingini tanpa meletakkan apa-apa benteng yang telah ditetapkan Allah sejak awal kejadiannya. Yang haram dihalalkan dan yang halal diharamkan. Kerana apa?Kerana imannya tak semantap nafsu, amalnya yang dulu tak mampu membentenginya lagi.

Dulu soleh sekarang tak tau nak kata apa,
Dulu berjihad sungguh-sungguh untuk agamanya namun sekarang berjihad untuk menangkan nafsu,
Dulu belajar di pesantren namun sekarang baju longgar hilang, aurat tidak dijaga, pergaulan juga dimurahkan untuk yang bukan pada haknya.

Muhasabah diri, maksiat yang kita lakukan adakah disebabkan jahil atau kita kecewa dengan RABB kita sendiri?

Atau ada kerana yang lain?

kerana kebanyakan kita lupa KERANA yang satu lagi,
KERANA MANUSIA YANG MENGINGATKAN ITU TIADA DISEKELILINGNYA UNTUK DIJADIKAN TEMAN DAN SULUH KETIKA MASA GELAPNYA.

Manusia kebanyakan memilih jalan mudah dan tiada kepayahan. Ignorance menjadi tunjang dalam hidup. Tiada usaha untuk memulihkan masyarakat, tiada perasaan sensitif agama itu dikoyakrabakkan oleh saudara sendiri. Tiada kesedaran yang sebenarnya kita semua mempunyai satu tanggungjawab yang sama. Berusaha mengeluarkan manusia dari kejahilan dengan izin dan hidayah Allah, menguatkan sesama manusia dalam agama Allah dan mengembalikan manusia kepada agama Allah tika saudaranya hanyut.

Tapi apa yang terjadi, hanya sebahagian yang bekerja untuk itu, selebihnya?

Sedangkan Allah telah menjanjikan kepada kita, umat masyarakat itu pasti menjadi umat yang berjaya jika semuanya concern dengan masyarakatnya. Menyuruh kepada yang baik DAN menegah dari terjadinya perkara mungkar. Bagaimana?

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Ali Imran: 104

Bangunlah, umat memerlukanmu!
Berbaktilah dalam kesatuan, BERSAMA PERUBATAN salah satunya :)

posted by Izyani Rosley @ 7:51 AM,


3 Comments:

At March 7, 2010 at 2:19 PM, Anonymous nourahmahabbah said...

study leave merupakan suatu tempoh masa di mana manusia sentiasa berfikir, dan banyak bermuhasabah..idea untuk post entry pun tiba2 ada...hehhe

nice post kak yani.=)

bercakap psl maksiat,kita pun kdg2 x sedar kite ade terbuat atau buat maksiat. n bile tgk maksiat brlaku di depan mata,hati hanya mampu membenci.so, sy trfikir, smpai bila iman nk selemah ini?tak kan hanya membenci?
kadang2 putus asa juga menyinggah

moga Allah beri kekuatan...  

At March 7, 2010 at 8:43 PM, Blogger Izyani Rosley said...

hahaha, adeh.mcm la tade masa lain nk post blog kan.oke la janji ngan diri sndri pasni kna post sminggu skali.ni pun kalau baik jadi ibadah dan dakwah kan.

kdg2 hati pun tak kuat dgn maksiat yg kita sndri buat, apatah lagi maksiat yg ORANG LAIN buat.

slalu la muhasabah, itu kuncinya  

At March 8, 2010 at 11:37 PM, Blogger saadahzaimi said...

"Transformasi manusia dari satu perkara yang baik kepada satu perkara yang kurang baik merupakan [bagi saya] satu petunjuk yang paling sensitif sebagai ukuran kekecewaan manusia."

nice conclusion

everything/something happen for a 'good/bad' reason?

pendapat saya tranformasi itu tidak harus dibiarkan.
masing2 memerlukan bimbingan@jawapan.
untuk mengubati kekecewaan,
membimbingnya untuk kembali kepada RABBnya.
"demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian,kecuali org2 yg berIMAN, dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."al asr(103;1-3)

diri ini sendirian juga masih lemah untuk menghadapi...

jawapan dr Tuhannya, mgkn dgn 'saling' itu dpt membantu.

...

rabbunayusahhil.