ujian = peperiksaan
Tadi exam. Exam akhir Hematology Block. Ini sistem yang agak baru di Mesir dalam pengajian perubatan. Rata-rata universiti di Mesir mengamalkan sistem pembelajaran konvensional dimana pengajaran subjek diajar tidak mengikut sistem. Bagi kami, pelajar Malaysia Alexandria Universiti, sistem pelajaran subjek mengikut sistem badan diamalkan. Maka, bagi setiap blok sistem dihabiskan, ada pula peperiksaan kecil bakal menyusul. Namun, peperiksaan kali ini agak membebankan. Bukan kerana subjeknya susah, tapi, entahlah.
Peperiksaan tadi mengambil masa selama 3 jam merangkumi 6 subjek. Hah! Bayangkan bagaimana peperiksaan itu dilangsungkan. Semua pelajar membulatkan mata ketika satu kepilan kertas merangkumi 6 subjek beserta 2 kes kecil untuk diselesaikan. Pukul 8 pagi, tepat, para assistant doctor menerangkan tatacara berpeperiksaan. ''Tulis nama kamu pada setiap helaian'' diulang beberapa kali sehingga ada yang mencebik muka kerana arahan mudah itu sudah menyebabkan masa telah dibuang begitu saja.Tangan bergetar kerana menerima arahan dari otak, namun keliru kerana mana satu subjek perlu didahulukan. Grrrr...Takut kalau-kalau fakta tersilap subjek yang sepatutnya.
Satu persatu kertas diselak. Anatomy, Histology, Physiology, Biochemistry, Pharmacology, Pathology dan 2 kes kecil. Semuanya dijawab namun beberapa fakta yang tertanam di dalam kepala gagal dikeluarkan menyebabkan beberapa bahagian jawapan lompong terpaksa ditampal dengan ' hentam sajalah Labu...'.
Beberapa subjek lagi belum dimasukkan dalam multiexam tadi. Community Medicine menunggu masanya untuk dipersembahkan pada para pelajar. Microbiology, mungkin blok seterusnya.
Fenomena Exam.
Bukan hendak menyatakan ketidakpuasan hati berkenaan exam, tetapi kadang-kadang rasa terkilan dengan diri sendiri. Sepatutnya masa yang diberikan cukup untuk mengulangkaji. Masa berkuliah cukup untuk bertanya pada para pensyarah. Masa tambahan amali juga tidak patut dilupakan. Kedai buku juga cukup banyak menyediakan buku-buku tambahan untuk ulangkaji. Namun, kita masih beralasan untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan.
Mungkin kerana kita sendiri tidak menggunakan masa sebaik mungkin? Mungkin?
Saya memuhasabah diri sendiri. Kenapa aku tak boleh memberikan yang terbaik dalam exam tadi?Sedangkan tahu ' if you want the best, you have to give the best'. Kadang-kala aku banyak membuang masa. Kadang-kala aku banyak menghabiskan masa dengan benda-benda yang sangat tak berfaedah bagi seorang pelajar medic. The 7 Habits pun sudah ditampal pada dinding. Kata-kata semangat sudahpun terpahat pada meja. Apa lagi yang kurang cukup?
What do you want in life?
Kadang-kadang soalan ini agak bagus diajukan untuk menaikkan semangat untuk belajar dan fokus. Cuba tanya diri pada persoalan utama, apa tujuan kita dihidupkan? Itu yang lebih utama. Ia telah disyarahkan oleh ALLAH dalam ALQURAN sejak beribu tahun dahulu.
''Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bimi (Adam)'' jawab Allah pada soalan malaikat bertanyakan padanya tujuan duhidupkan Adam.
Lagi:
''Tidaklah aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepadaKu''
Dari sini kita dapat lihat, tujuan kita yang sebenar hidup di muka bumi ini adalah untuk beribadat kepada ALLAH. Tidak kiralah berexam atau tidak, yang pastinya study itu sendiri kita jadikannya sebagai ibadat.Itu adalah equation yang sangat mudah. Kerana apa? Kerana setiap ilmu dalam dunia ini adalah datangnya dari ALLAH.
Janganlah jemu untuk belajar, kerana belajar itu membawa hikmah yang amat besar. Sebagai contoh, dalam amali anatomy, saya sendiri dapat lihat bagaimana Allah menciptakan satu pam dalam badan yang dikenali sebagai jantung, amat berkuasa dengan impulsenya, tanpa menggunakan apa-apa generator, hanya berbekalkan ruh daripada ALLAH, semua sistem dalam badan bergerak dengan sistematik sekali. Sehingga kini, belum dikenali secara pasti, ruh itu bagaimana. ATP? ADP? Energy? Impulse?
Maka, pesanan pada diri terutamanya, ikhlaskan niat untuk belajar. Tiada jalan mudah untuk memeliki cita-cita. Ujian itu adalah lumrah dalam kehidupan. Pejuang di medan perang berbekalkan pedang, biarlah kita berjuang berbekalkan ALLAH dan ilmuNya serta hikmahNya, agar kejayaan yang kita peroleh di dunia moga-moga tidak sia-sia di akhirat kelak. Disitulah semua markah ujian yang sebenarkan bakal diumumkan.

posted by Izyani Rosley @ 10:38 PM,
0 Comments: