Musyrif?
Musim berlalu meninggalkan banyak kenangan [ceh puitis pula!]dan datangnya musim baru membawa satu hidup baru kepada semua umumnya, saya juga khasnya. ya lah, sekarang saya ada anak-anak baru yang lebih banyak, saya ada tugasan baru yang sangat besar, saya ada matlamat baru yang perlu dicapai, dan saya ada masih ada sahabat-sahabat yang lama untuk saya teruskan perjuangan.
Jadi untuk perkara baru [the new nurul izyani], saya perlu mematangkan diri dengan penuh hikmah.Bantulah saya!Doakanlah saya!
Musyrif. Tau apa itu musyrif?
Sistem musyrif lebih specific. Tau apa itu sistem musyrif?
Sistem musyrif ialah salah satu sistem keselamatan yang digunapakai masyarakat Melayu di Mesir. Tidak ketinggalan di Alexandria, sistem ini masih lagi dijalankan secara meluas bagi membantu orang orang perempuan disini untuk berasa lebih selamat jika ada keperluan keluar rumah pada waktu malam. Jadi kerahan tenaga dilakukan dari kalangan orang orang lelaki yang bertanggungjawab untuk men'escort' akhawat (saudara perempuan) yang memerlukan bantuannya, dalam keadaan ikhtilat yang syari'e , terkawal dan tidak mengambil kesempatan.
Jadi bila diajukan kepada wanita kontemporari (medic alex), kebanyakannya kurang mahu untuk menggunakan sistem ini atas beberapa alasan yang best. Antaranya mahu menjaga hati, tidak mahu mengganggu musyrif dan segan dengan musyrif. Jadi untuk alasan-alasan ini, saya diamkan saja. Oh ha ada lagi satu alasan, Allah ada untuk jaga kita. Saya tersenyum sekali lagi.
Jadi kat sini bukanlah apa, bukanlah saya mahu suruh anda semua untuk mematuhi arahan saya untuk menggunakan musyrif ketika keluar malam [sebab kalau saya keluarkan arahan, ada yang berani ingkar ke?hehe :)], tapi mahu begi penegasan yang sebenarnya sistem musyrif diwujudkan bukanlah atas dasar ikhwah-yang-mahu-sangat-jaga-tepi-kain-akhawat, tapi atas dasar KESELAMATAN itu sendiri.
Ala, orang baik pun tak guna musyriff..
hee, untuk alasan ni, nak dengar satu cerita?
iaitu
err, orang baik tu, mak ayah dia tahu ke dia keluar malam?
jawablah. :D
Saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi satu kisah. Kisah yang amat saya banggakan [hoho] iaitu tika kunjungan ibu bapa saya ke Mesir summer lepas. Saya berlagak seperti biasa, nak pegi ambik barang kat rumah kawan je pun, dekat je, tapi malamlah tapi, ibu bapa saya yang sangat innocent itu lantas mahu bersiap-siap juga untuk menemankan saya.[wah ayat skema].
Juga satu cerita. Kebetulan malam itu, baru balik meeting.Sembang dengan mak dan mak pelik yang teramat sangat bila cerita kena keluar malam.Perlu keluar malam.Begitu juga dengan kelas2 agama kat sini.Perlu keluar malam.
Jadi saya bercerita pada mereka tentang adanya sistem musyrif ini. Mereka lebih rasa lega jika bukan saya keluar keseorangan pada waktu malam.sebab kalau kat Malaysia, ada ke peluang anak dara keluar malam tanpa mak ayah?aib kot.err tapi tatau la kat bandar camna, saya kan orang kampung saja :)
Kesimpulannya, sistem musyrif ni mendapat approval dari mak saya. Kerna mak saya PASTI tak akan benarkan saya keluar malam sendirian kalau di Malaysia. Kat sini?lagi lah! Kena lah ada orang escort. :)
Tanya la diri masing masing. Keselamatan, kepercayaan dan tanggungjawab mak ayah kita.Yang pasti bukannya guna sistem ni untuk bergalok galok kan.
dan sebab kedua kenapa kena guna musyrif kalau keluar malam : Sebab ni satu peraturan dari PERUBATAN,Sila lah ikut :)
Mesti ada yang kata, Yani ni obses lah dengan musyrif.haha.sekadar menyampaikan saja..
Sebarang aduan kerosakan akhlak, silalah hubungi talian panas saya!
posted by Izyani Rosley @ 4:46 AM,
,





