lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Tuesday, October 21, 2008

SakitRumah.Homesick



“Andainya esok bukan milikku lagi, dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi..”Hijjaz-Sebelum Mata Terlena.

Kali ni cerita homesick.Sakitrumah. penangan bagi kawan-kawan seperjuangan yang merasakan rumah Malaysia sangat jauh bagi anda semua (bajet ah Yani ni, mcm dia tak homesick lak)..dan bagi jr yang terbaca post ni, jgn sedih2 pulak. Sesungguhnya ramai lagi yang senasib dengan kalian.

Cuti Summer digunakan oleh para pelajar yang kaya untuk kembali ke pangkuan keluarga tercinta. Begitu juga dengan pelajar yang tak terhingga dirindui oleh sanak saudara, mereka juga pulang ke Malaysia dengan hati yang gembira. Tak kurang juga bagi yang nak menikah serta bertunang;dan sebagainya.

Yang pastinya segala perkara disetelkan di Malaysia dengan sebaik-baiknya. Walaupun jarang-jarang dengar ada yang boring bila sampai di Malaysia.oh…

Dan sesungguhnya bagi para pelajar yang sangat jarang pulang ke Malaysia, masa cuti diperlakukan dengan penuh sekali.Dua bulan bercuti, sebulan saja melekat dirumah. Sebulan lagi, batang hidung pun tak Nampak. Taka pa, program jenuh diikuti.bukan benda tak berfaedah.

Tak kurang juga yang balik membantu sanak saudara masing masing. Yang menjaga anak saudara, yang menjaga adik-adik, yang tolong emak menjahit, yang tolong bapa cuci kereta, yang tolong datuk isi borang bank Simpanan Nasional, yang tlong menyulam padi, yang tolong menyebok dan bermacam-macam lagi adegan menarik tak dapat diperkatakan disini (cakap sehari semalam pun tak habis)

Yang pastinya, perkara-perkara ini sangat menggembirakan hati.Tapi bila sampai masa untuk berpisah,oh..

Tidak……..lepas ni siapa yang nak tolong mak, siapa yang nak bermanja dengan mak, siapa yang nk teman mak ke pasar, siapa yang nak habiskan beras, oh…

(mungkin ada yang lega, tak payah la mak ayah susah-susah keluarkan duit untuk petrol untuk dia drive lagi pasni,kereta tu pun tak la selalu jahanam bila dia tiada dirumah,dan ayah pun boleh lega hati kerana henset baru dia tak perlu dirampas untuk kali kedua lagi..)

Dan akhirnya mereka para pelajar ini PERLU pulang ke kampong kedua.Macam aku-Mesir.Menghadapi hari-hari seterusnya sebagai pelajar ilmu.

Maka bermulalah adegan-adegan tak sepatutnya. Tengok gambar boleh menangis, tak dapat evoiz pun merajuk dengan penjual evoiz, Geram dengan intenet Convension Center yang tak membenarkan mereka mendownload Dialer evoiz dan akhirnya merah muka,tekan-tekan butang henset tetiba menangis, tengah-tengah cerita keseronokan Malaysia dan tiba-tiba meleleh air mata.oh…(siapakah aku yang mendengar ini..hanyalah insan biasa yang mngerti serta terkesan dengan perasaan sakitrumah itu.)

Dan yang mendengar penyesalan kawan-kawan,kerana di Malaysia tak buat tu, terbuat yang ni, tak makan pekasam dan termarah adik-adik…tak tolong mak masak dan tergilis kucing sampai mati, bersabarlah anda semua.Biarkan mereka seketika..kerana jika dipujuk mereka akan bertambah resah di jiwa…oh..

Sungguh merisaukan,bukan.

Jika mereka sudah kering air mata, katakan pada mereka, Orang berperang tak boleh lari dari medan perang. Dan Sesungguhnya hati yang sentiasa mengingati Allah akan sentiasa menjadi tenang. Dan semoga mereka sedar yang mereka bukanlah sengaja datang ke Mesir untuk suka-suka, tapi ada misi dan hajat besar ibu bapa untuk mereka. Berjaya.Berjaya dunia akhirat.Bi IzniLLAH.

Dan jika mereka masih tidak tenang, katakan pada mereka, Allah sentiasa suka pada orang yang manumpahkan air mata untuk dosa-dosa mereka. Jadi apalah sangat untuk ditangiskan. Doakan agar mak ayah adik kakak abang sentiasa dalam Rahmat Tuhan dan moga Tuhan menenangkan hati kalian.

Oleh itu, andai anda punya peluang untuk pulang ke Malaysia lagi, buatlah list apa yang perlu anda buat dan apa yang perlu anda tinggalkan.

Contohnya perlu makan pekasam, tempoyak,petai,kangkung,sawi,perlu hadiri program, perlu peluk cium mak ayah setiap hari, dan tidak marah adik-adik, tidak tidur dengan lama, dan tidak akan buang masa.Jika semua dalam list ni Berjaya dilakukan, InsyaALLAH tiada la homesick lagi taun depan.

Semoga semester baru ini menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ingatlah kita sedang menggunakan duit rakyat.

Berentilah homesick.Penat je menangis.(Seruanku untuk S*****.)

posted by Izyani Rosley @ 12:56 AM,


2 Comments:

At October 21, 2008 at 8:58 PM, Blogger 테하 ♕ said...

kte rse bosan gak dok lme2 kt umah..
hm3..len kali kne bajet time btoi2 ni..  

At October 21, 2008 at 9:30 PM, Blogger Izyani Rosley said...

woho..tula takleh balik tym summer 1st year.tade bende nk bincang ngan fmly kat umah.kalo balik taun 2, dah gemuk skit, ilmu pun dah banyak sket, baru best nk sembang ngan org...hehe.just a view.