lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Monday, November 19, 2007

''bila iman kukuh, akan bertambahlah bimbang''

Pelajar, sentiasa dikaitkan dengan peperiksaan. Bagaimanakah menghadapi peperksaan?Tentunya dengan perasaan yang berdebar-debar.Namun sebelum hari peperiksaan dijalankan, perasaan bimbang tentu tak putus-putus mengunjingi diri, kerana bimbang dengan bentuk soalan yang bakal ditanyakan. Kertas peperiksaan menjadi satu benda yang amat menakutkan dan menggerunkan oleh pelajar. Lebih-lebih lagi yang kurang persediaan menghadapinya.

Realiti.
Itu merupakan realiti bagi kehidupan para pelajar. Tak kiralah yang bergelar pelajar tahun satu, sehinggalah kepada pelajar tertinggi PhD. Mari kita luaskan skop. Seperti yang digariskan oleh Imam Habib Abdullah Haddad dalam bukunya bertajuk Nasihat Agama Wasiat Iman, seseorang yang tidak merasakan perasaan bimbang dengan amalan sehariannya, sesungguhnya, dia leka, leka dengan dosa yang dilakukannya, tiada kesedaran untuk memperbaiki kehidupannya dari sehari ke sehari. Ini merupakan fungsi matemati yang mudah. Siapa yang bimbangkan imannya, sudah tentu sentiasa memuhasabah dirinya. Muhasabah = bimbang. begitu juga dengan peperiksaan = muhasabah = bimbang. Para pendidik bimbang dengan pencapaian anak didiknya, maka dengan itu, mereka melahirkan peperiksaan, untuk memastikan mereka mampu membuat yang terbaik dalam peperiksaan yang sebanar kelak.

Allah lebih mngetahui daripada segala jenis pendidik manusia, Dia mengaturkan satu hari peperiksaan besar, Hari Akhirat, disitulah peperiksaan sebenar. Kerana itu, sebelum peperiksaan yang sebenar dijalankan, kita patutnya merasa bimbang yang teramat sangat kerana pada hari peperiksaan itu, tiada lagi ''undo'' button yang boleh ditekan, tiada lagi pemadam berjenama yang mampu memadamkan segala kesalahan kita di bumi.

Sekadar Bimbang?
Adakah kita hanya bimbang tanpa menggerakkan sesuatu? Bimbang, namun bimbang hanya hilang di angin lalu. Tiada makna lah tajuk ini dibangkitkan. Bimbang perlu selari dengan gerakan. Bimbang dengan peperiksaan, buku perlulah dibaca. Bimbang dengan Akhirat, amalan perlulah diperbanyakkan.. Situasi hari ini, umat Islam dilanyak dari kiri, kanan, depan dan belakang.
Kita yang bimbang, marilah lakukan sesuatu agar sama-sama mendapat kitab yang bersih di akhirat kelak. Lihat dunia luar, kuffar begitu kejam menikam muslim, sesama muslim sendiri begitu.Lebih luas lagi : Isu Palestin tidak pernah selesai. Negara Islam lain ditindas. Selamatkan dunia kita,yang penuh dengan kemaksiatan, kerana azab dan bala, bukan diturunkan pada hanya yang bermaksiat, tetapi juga pada orang soleh kerana, tidak meng'islah'kan masyarakat sekelilingnya. Pesanan Khas untuk diriku dan lain yang bergelar Islam: Man Qaala La Ilaha Illallah, Fa Huwa daaa'ie. Bergeraklah.

posted by Izyani Rosley @ 1:24 PM,


0 Comments: