Embryo.Saya tak reti cerita.
Tapi yang pasti aku nak share pasal ilmu embryology.iaitu belajar tentang perkembangan manusia dalam rahim.Rahim ibu.
Cerita tentang selepas bertembungnya sperma dan ovum.Selepas menjadi setitis darah.ketika kejadian segumpal daging.
Kebetulan (cee kebetulan lak, actly 3 taun pre-clinical mmg akan sentiasa blaja embryo pon) taun ni blaja embryo psl development of head and neck.glands,mouth,nose,cranial structures dan macam-macam lagi.
Setelah berapa lama belajar embryo, tetiba satu hari, Allah lemparkan perasaan kagumnya dengan ciptaan ALLAH pada manusia ni.Zuuuuppp,tetiba menusuk hati.Kagumnya dengan kerja halus dalam rahim ibu itu.Kagumnya kerana sekecil kecil sel menjadi manusia yg...macam-macam.
ini bukan kagum sembarangan.Kagum yang tersangat kagum. Subhanallah.
Cukuplah cerita kagum disitu.Aku nak cerita pasal kejadian muka manusia.
Muka yang dijaga oleh semua manusia, biarpun akhlaknya buruk, muka itu yang dihias sebaik-baiknya.semua mahukan muka yang elok.elok rupa paras.
Dan muka kita yang lawa sekarang ni, asalnya dari beberapa processes yang lebih kurang macam kepingan kertas yang di bengkokkan.(pepandai je aku-ok itu dari apa yg aku nampak lah dalam buku dia lukis cmtu).pastu processes ini akan menumbuhkan processes yang lain untuk membentuk rangka muka.
dan rangka-rangka ini pandai pula membentuk bahagian muka.ada yang berlopong dan ada yang terjojol. (atas arahan Allah la),ada yang membentuk dagu, lelangit,hidung, lubang mata,dahi dan tengkorak (ohh~bahasa melayuku teruk). Dan untuk menjadikan itu, processes dari 2 lateral side akan fuse pd bhg midline. (midline ni garis tengah badan kita).
Dan ntah bagaimana, terbentukla muka kita sekarang
(adeh memang tak reti cerita la, tp yg pasti, ketahuilah aku tgh kagum ngan ciptaan Allah ni)
Pastu belajar bab anomalies.Apa yang abnormal berlaku dalam pembentukan manusia. Contohnya cleft (sumbing) dan size mulut yang besar dan kecil.
Aku sgt bersyukur kejadianku sangat sempurna dan kebanyakan kawan-kawan aku pun macamtu.Waktu ni lah terfikir macam mana kalau Tuhan biarkan aku sorang sorang dalam perut ibu, mesti aku tak jadi macam hari ni, mungkin brain function retarded,mungkin aku ada cleft yang memerlukan special artifical nipple untuk menyusu, ataupun, mungkin tiada lidah , mungkin itu dan ini, semuanya mungkin berlaku.
Pernah waktu attachment aku jumpa IUD (Intra Uterine Death ) Case. Baby ni ada spina bifida kalau tak silap.Dia ada cleft n sack kat sacral area yg ada CSF,kaki n tangan dia jd bengkok mcm tombol.. (pandai je diagnose sndri-sbb terbaca buku surgery kak nik). Dan sempat aku mngelamun tym Dr tengah syarah.Macam mana la kalau aku yang jadi semua ni?(nauzubillahi min zaalik)
Oh serta merta aku mengucapkan syukur pd Allah kerana menjadikan aku manusia sempurna. Serta merta aku rasa Medical Study ni mendekatkan diri dengan Tuhan..oh..Subhanallah..(hey cepatla rasa benda yang sama..)
Ya Allah cantikkanlah akhlakku sebagaimana engkau cantikkan rupaku..
Kepada para ibu, sila la jaga kandungan anda.Bagila fetus tu dengar Quran selalu agar bila kuar nanti senang nk menghapal Quran.Jadi anak yg soleh insyaAllah.
Macam ustaz Hasrizal cakap, didiklah anak menjadi ibu bapa yang berjaya, 20 tahun sebelum mereka menjadi ibu bapa. (so jgn kawin sblm anda 20 tahun.hehe)
ok embryo tak masuk exam, namun, belajarlah kerana Tuhanmu..
posted by Izyani Rosley @ 12:33 AM,
4 Comments:
At November 3, 2008 at 11:50 PM, Zahida binti Bakri said...
At November 4, 2008 at 9:48 PM, Izyani Rosley said...
At November 10, 2008 at 4:51 AM, ainfarhan said...
At November 10, 2008 at 9:28 PM, Izyani Rosley said...