lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Thursday, January 10, 2008

berhidup, berhijrah

Tahun baru, 1 Muhaharram 1429 Hijrah. Dua hari sebelum tu, genaplah aku 19 tahun.Mude kan?hehe.

''hijerah itu pengorbanannnnn, hijerah itu perjuangannnnn''
Setiap tahun sama saja bunyinya. Hijrah, namun sebanyak mana kita menguasai pengajarannya, Allahu A'lam. Kalau di sekolah dulu, ada minggu khas untuk menyemai perasaan dan semangat awal Muharram pada pelajar-pelajar sekolah. Namun sekarang, sendri mau ingatla, dah tak ada aktiviti, maka, diri sendiri berkuasa mutlak untuk memperingati diri sendiri.
Peristiwa hijrah banyak beri kesan pada hidup. Antaranya, jika diteliti semangat muhajirin dan kesanggupan penerimaan ansar terhadap kedatangan muhajirin memberikan 2 pengajaran besar. Kesungguhan. Ukhuwwah. Dua elemen penting dalam pembentukan individu. Tiada kesungguhan, jatuhlah kita dalam mengejar cita dan redha. Tiada ukhuwwah yang ikhlas, murni, tiada lah cermin diri untuk kita betulkan kesalahan setiap hari.
Tahun baru, Tanggungjawab baru, Semangat baru, apa lagi yang baru? segala-galanya perlu jadi baru. Kalau tak, perjalanan hidup tak akan selari dengan perubahan yang kita terima dari sehari ke sehari. Kalau tissues atau cells, mereka mempunyai tahap adaptation yang tinggi pada persekitaran, sebagia contoh, muscles cell mengalami hypertrophy kalau tuan badan sentiasa beri training ,exercise yg berat pada muscle tu. Maka kehidupan kita juga perlu begitu.
Semakin banyak cabaran yang diterima, semakin kuatlah kita perlu bermujahadah. Directly proportional. Jangan biarkan dihanyut gelombang agar destinasi kita semakin hari semakin sampai, buakn semakin jauh. Semakin hari, semakin dekat dengan Allah. Aminn ya Rabb.
Kepada sahabat terdekat, sentiasalah beri sokongan, nasihat, teguran, tazkirah dan pelbagai lagi agar diri ini cepat adapt dengan perubahan tanggungjawab yang semakin hari semakin berat juga. ( directly proportional too)

posted by Izyani Rosley @ 8:46 AM,


0 Comments: