Benci Kerana Allah Ta'ala.
Ok, later i'll tell you the reality.
Skarang aku nak share tentang syumul ibadah.
jap, syumul tu apa, ibadah tu apa?
syumul ialah sifat melengkapi. ibadah pula ialah penyerahan diri kepada Allah secara tak terhingga.orang puteh cakap ultimate obidience and submission to Allah
Dan kita kena la faham yang tujuan kita dihidupkan adalah untuk beribadah
Az-zariyat : 56 -Tidaklah Aku ciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadat kepadaKu.
Serta mengetahui bahawa ibadah yg syumul merangkumi semua aspek hidup kita.
Sesungguhnya ibadah tu bukan sekadar peristiwa yang berlaku di atas sejadah saja, malah segala jenisperbuatan kita dikira ibadah. Tak kisahlah walaupun hanya sekadar iktiqad, niat, perkataan dan perbuatan yang tunduk serta yang diredha Allah, dikira ibadah.
Hatta memindahkan peghalang di jalan raya.Dikira iman dan di includekan sebagai keimanan kepada Allah SWT.
Segala perbuatan ini (yang dikira ibadah) adalah bersesuaian mengikut cara hidup serta perwatakan kita sebagai seorang Muslim (takde la nk kate mencuri itu satu ibadah) kerana Islam mengehadkan perkara yang bukan ibadah, seperti pengehadan perkara2 haram.(eg boleh makan selain dari babi,bangkai, haiwan tak disembelih dan sebagainya, bukan hanya boleh makan itu dan ini sahaja)
Apa contoh kita merealisasikan syumul ibadah?
- Gerak kerja kemasyarakatan
- Menyara hidup seperti mengerjakan kerja yang halal, disertai niat yang baik, tekun dan ikhlas, serta beriltizam dengan batas2 Allah dan menjaga hak2nya. (Islam tak mngajar umatnya untuk meminta2),seta tidak meninggalkan agama untuk dunianya.
- Melunaskan tuntutan syahwat secara halal
- memperbetulkan hala tuju hidup atas alasan kita sebagai khalifah muka bumi.
ok, back to "saya benci kamu kerana Allah Taala"
Bolehlah dikatakan disini (dari apa yang aku faham), sifat benci itu, tergolong antara dua bahagian.
1.Benci yang mendapat ganjaran pahala.
2.Benci yang tiada ganjaran pahala.Malah mendatangkan dosa.
Benci yang mendapat ganjaran pahala:
Jika ia dilakukan kerana di suruh Allah. seperti contohnya, membenci kemungkaran yang berlaku atas muka bumi, atau jika membenci seseorang kerana perlakuannya bertentangan dengan syariatullah.Jika dia adalah pemaksiat,kita benci dengan maksiat yang dilakukan.Dan jika ia kembali ke pangkuan jalan, kita sentiasa memaafkannya, agar dia sentiasa bersaudara dengan kita (P Ramlee cakap sedangkan Nabi ampunkan Ummat)(tetapi benci ini perlulah didorong untuk membawanya kembali ke pangkuan jalan)
Benci yang tiada ganjaran pahala.Malah mendatangkan dosa:
Jika ia dilakukan tanpa sebab yang munasabah atau lebih tepat lagi, kerana menurut hawa nafsu. Perbuatan benci ini dilakukan tanpa tibangan akal yang waras.Kebenciannya kepada seseorang didorong oleh syaitan durjana yang sentiasa menangis melihat persaudaraan antara umat Islam.Ucapan maaf sengaja tidak diampuni sedangkan ia hanya insan biasa.Maka apakah status kita yang berada dalam golongan ini?Naudzubillahi min zaalik.
Oleh itu, andainya ada yang membenciku, biarlah yang mendatangkan pahala kepadanya.Aku sedaya upaya (laa hawla wa laa quwwata illa biLLAHil 'Aliyy el 'Adzim) akan cuba menjadi insan yang sentiasa berhijrah.Tegurla aku,aku menegaskan yang aku takkan makan orang yang menegurku.muka masam tu biasala,pastu aku akan berfikir insyaALLAH.pastu ok balik la.
Dan of course la kalau ada yg sayang, kerana Allah Ta'ala jugak.hehe.
"ihdina as-sirot al-mustaqiim"
posted by Izyani Rosley @ 6:55 AM,
2 Comments:
At November 10, 2008 at 4:49 AM, ainfarhan said...
ana bahibbik lillahi ta'ala~
At November 10, 2008 at 9:31 PM, Izyani Rosley said...