lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Sunday, February 24, 2008

fikir dan bertindak. No need to shout out loud

malam itu, aku diajak berfikir mengenai gerak-geri . Perlakuan manusia. Perkara yang berkaitan dengan halatuju serta pencapaian seseorang individu. Tiada haiwan digunakan dalam ujikaji ini.

Setiap perkara yang dilakukan, atau setiap gerak manusia, ada asalnya. Jika belajar Physiology, contraction yang dihasilkan oleh smooth muscle dimulakan dengan impulse yang disampaikan oleh stimuli. minimal impulse can give response, according to type of muscles. Jika degupan jantung, a simultaneous contraction begin with an impulse from SA Node. Macam tu la lebih kurang. Kalau belajar Humanology, gerakan pantas seorang anak yang liat untuk bangun boleh dilakukan oleh satu cubitan ibunya. Begitulah salasilah pergerakan, motions.

Bagi gerakan jasad manusia dalam mencapai satu tujuan tertentu, ia juga dimulakan dengan penggerak khasnya, iaitu otak, otak berfikir, berfikir jalan kerjanya, agar gerakan yang mantap serta berkesan mampu dilakukan. Namun gerakan yang dimahukan oleh individu berfikiran profesional ialah gerakan yang simple, namun mampu memberikan maximal achievement. Bukan seperti Pak Pandir yang perlu disuruh berulang kali hanya untuk menghasilkan satu pekerjaan mudah.

tujuan penulisan kali ini bukanlah untuk mengajar bagaimana untuk menghasilkan satu pemikiran profesional, namun hanya ajakan untuk menilai kembali bagaimana kita berfikir. Bagi yang bekerja untuk sesebuah organisasi, gerakan anda sangat bermakna ( jika tidak, anda bukanlah layak menjadi ahli jawatankuasa organisasi tersebut ). Jatuhnya anda, jatuhlah organisasi itu, proaktif anda, majulah organisasi itu.

Soalan-soalan berikut mampu menilai pencapaian anda:

  • siapa aku?
  • Kelebihan yang aku ada untuk aku memberi jasa?
  • bagaimana dengan semangat aku, main-main ataupun Kerana Allah?
  • Islam dan aku, siapa memerlukan siapa?
  • apa sumbangan aku kepada Islam?
  • Hidup berpuluh-puluh tahun hanya mampu bersyukur dengan lidah? Actions speak louder than words lah!





dari video ini, kita mampu mengolah gerak geri kepada pemikiran. Apa yang perlu diambil pengajaran dan apa yang perlu ditinggalkan. Gerakan yang proaktif mampu menghasilkan sesuatu dalam maju dan mundurnya. dalam video ini, kita dapat lihat, gerakan tangan menyapu pasir mampu membentuk satu imej baru, satu persatu. Oleh itu, kerberadaan kita dalam organisasi juga perlu sebegitu, tiada masa yang diluangkan dengan memberi satu hasil yang tidak bermakna. Kreatif dalam berfikir dan bertindak. Bukan hanya bercakap tanpa berfikir. kerana cakap tanpa fikir menghasilkan buah angin yang sia-sia.

Janganlah kita seperti kata Squidward :


People speak-out loud because they want to sound smart right?


bagi yang bergenetic XX, critical thinking are a lil' bit lower than XY. Is it true? Hit me back. Comments will be really appreciated. How? Deal!

posted by Izyani Rosley @ 1:38 AM,


0 Comments: