manusia dan pengetahuannya.
'' ..inilah tudung yang paling selesa buat masa sekarang.., fesyen tudung puan Siti akan menjadi kegilaan ramai tidak lama lagi'', kata jurufesyen puan Siti.
Tahniah dicapkan pada puan Siti yang berupaya menjejakkan kaki di ambang hidayah Allah. Semoga permulaan ini bakal menginjakkan satu perubahan besar buat dirinya, mungkin buat masyarakat Malaysia juga.
Trend tudung hari ini
Tudung bawal, Tudung wardina, Tudung arab, mana satu nak pilih?pilih lah, asal tudung saji masih lagi di dapur. Pakailah apa yang nak dipakai, asalkan pakaian kafir tidak dicuri. Kita punyai pakaian sendiri, kenapa perlekehkan kelebihan sendiri?
PERLEKEHKAN?.."tak lah kak, ok pe ktorang pakai ni, da tutup kepala ni.." tahniah kerana memahami erti menutup kepala. Namun dik, kepala je ke? Baju ketat, Peha bersarung sarung cempedak, rambut terjojol macam ekor keldai, apakah itu. Lekehlah.
Bagi sesetengah pihak, mereka berasa cukup sekadar tudung di atas kepala, memadai dengan itu, dia dikira muslimah yang menyahut seruan Ilahi, menutup auratnya. Sama juga yang menutup seluruh kulitnya dengan kain getah plus tudung di atas rambut.Awas, mungkin tersilap kerana anda perlu memahami apa itu aurat sebenarnya, dan bagaimana cara menjaganya, sama seperti mempunyai buku Histo dan cara menjaganya dari cabik.
Aurat itu ibarat satu bahgaian yang digariskan oleh Allah sebagai ''self territory''. Tiada siapa yang berhak melihatnya, selain dari diri sendiri dan sperti mana yang ditetapkan sahaja., Tiada kurang dan tiada lebih. Jika semua kecuali muka dan tapak tangan, maka itulah semuanya. Jika anda ikut, bererti anda patuh, jika anda berpaling, maka anda?
Rasanya masih ramai lagi wanita yang tidak sedar betapa aurat mereka amat berharga, amat bernilai, bukan sekadar menjadi jamuan mata peminat majalah Mangga mahupun TV3, tetapi lebih sekadar itu. cukuplah rasanya jika dibandingkan disini dengan analogi berlian didalam balutan tisu didalam purse di dalam handbag berzip, dikepit di celah ketiak. Betapa tuannya mahu menyimpan berlian itu dari tatapan orang, kerana mungkin takut dicuri orang, ataupun mungkin takut kilauannya jemu dipandang orang. Maka, lead your mind to think about it. Masih rasa tak bersalah andai anda menjaja aurat? Tak tau la nak kata apa..
Hendak diingatkan disini agar jagalah imej Muslim yang anda bawa kerana , dimana saja anda berada, anda diperhati manusia (Allah apatah lagi) Janganlah sampai menipu Allah, pabila nak solat, barulah terkocoh-kacah cari telekung nak tutup kekurangan pakaian sedia-ada. Allah nampak anda time solat je ke?
Nak tergelak pun ada bila perhatikan gelagat macam ni. Kat mana mereka letak Allah sebenarnya? kat sejadahkah? ataupun di masjid sahaja? Berfikirlah sejenak, Ihsan lah (nasihat pada tuan rumah juga )
Pernah suatu ketika, aku ditanya " enti muslima?" oleh pemandu teksi sewaktu dalam perjalanan ke kuliah. ''Aiyuwa'' jawapanku tidak memuaskan hati ammu tadi. Dia tanya lagi ''enti bitsolli wa kullu hagah muslimin keidah?''. Pengakuanku sekali lagi dengan ''aiyuwa,,leih?'' Pakcik tu terpaksa jawab soalan pendek itu. Rupanya, dia bukan Muslim, Masihi gamaknya. Dia mungkin tahu aku Muslim melalui pakaian yang aku bawa. Hanya menguji apakah Muslim Malaysia sama dengan Muslim Mesir. Cuma aku gundah andainya ada Muslimah diluar sana berpakaian ketat tidak beraurat lagaknya menjawab soalan yang sama seperti yang aku kena. Bagaimana ya?
posted by Izyani Rosley @ 10:49 AM,
1 Comments:
At February 21, 2008 at 12:47 PM, CONNIE said...