Bermulanya ia dengan chalazion, berakhirnya juga, chalaziaon jua.
Hari itu, 3o Januari. Rabu. Beberapa hari lagi masuk lah aku dalam fatrah imtihan written dan syafawi. Tetapi, berlainan dengan mata . Ia mengambil keputusan untukmenyusahkan tuannya. (gamaknya tuannya sebelum ini kurang bersyukur dengan mata yang sihat ). Mata ditumbuhi dengan sebijik perkara. Bulat. Sakit. Merah - merah. Mencuci muka ibarat memarut mata. Parah.
Duktuur lil 3uyuun. Atau lebih mudah disebut Rhomad. Aku mencarinya dari Mustasyfa Salamah Adim berdekatan Azarita, namun unavailable. ( dah la malam, thanks to nperkhidmatan musyrif Unit Kebajikan PERUBATAN Cawangan Iskandariah yang bertungkus-lumus gaduh ngan pakcik hospital), setelah itu, mata diusung ke Hospital Babus-Syarqi (atau lebih dikenali mustasyfa Tolabah ) namun doktor on-call refuse to treat me that night. Burn satu malam study. Balik dalam angin kuat winter tanpa satu penyelesaian.
Besoknya, mata sekali lagi diusung ke Mustasyfa Salamah Adim. setelah berapi menunggu sejam setengah sambil memanfaatkan buku Pathology bahagian Ischaemic Heart Diasease, aku berjaya mendapatkan prescription dari doktor dan membeli ubat dengan harga hawalaiy LE60.00 . Istisyaroh terpaksa dikorbankan memandangkan Final Exam terpaksa diutamakan.
Mama kata, ketumbit tuh..pi demah lega la..
Kawan kata..mengintai orang ekkk..
Aku kata, multiple type of exam, dr pon bagi exam, Allah pon bagi exam. Aku harap, ''markah'' nya berganda.
4 hari, Chalazion hilang, membawa pergi bersama beberapa helai bulu mata yang sedia sikit dari kelopak mata. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji3uuun.
Waktu exam syafawi Pathology, aku berusaha menampakkan bekas chalazion pada dr namun belas tidak diberikan. Soalan tetap bertubi-tubi dari Dr Nahed.
Selepas 3 minggu exam, chalazion muncul kembali. Kali ni sebelah kanan pula. Alhamdulillah.
posted by Izyani Rosley @ 6:42 AM,
0 Comments: