hikmahnya kutemui dalam TLOA
Mama pun pernah kata, setiap benda yang jadi tu ada la hikmah dia, kita tak jumpa lagi hikmah tu la ni, mungkin lambat sikit baru nampak. apa apa pun, life must go on.
tu cerita dulu-dulu.
ini cerita baru:
Aku keluar dengan Bibi, kononnya nak cari tempat untuk print TLOA kali ni. Semua cc di Azaritha kena pusing, tapi semua cc tak guna Windows Publisher. Apa lagi, rasa putus asa bertandang skali lagi setelah sekian lama tak memunculkan diri. ( kali ni rasanya dah 3 kali rasa nak quit buat TLOA). Akhirnya kami menyedapkan hati dengan mengisi perut. Forakh Banih. mahal, Bibi belanja.
Selepas tu, naik tram dengan hati yang sangat sedih. Sebabnya tak jumpa kedai print. Aduh.. rasa lemah macam nak golek-golek je atas tram tu. Tapi Bibi menggunakan autoriti sebagai sahabat dengan baik, menyedapkan hati, dia kata, mungkin ada hikmah disebaliknya..
Ok, aku pun relax kejap. Dah maghrib dah time tu, selepas makan, solat. Dan waktu tengah tunggu Isya' aku sengaja belek-belek TLOA yang tak terprint-print lagi. Due dah lama terlepas sebab diganggu exam. Tiba-tiba! waaaaaaaaaa,, aku ternampak hikmah..
apekah hikmahnya? iaitu muka depan TLOA silap tulis edisi keluaran. Tergelak besar aku. Aku bersyukur dengan teramat sangat, kerana, kalau aku dah print, alamatnya, TLOA kali ni tak up to date lah.
Tu je sebenarnya nak kongsi . Takde pape pon. Tapi ingatla kawan, SETIAP BENDA YANG TEERJADI, ADA HIKMAHNYA. mungkin bukan sekarang, nanti-nanti jumpa lah tu. Oleh itu, jangan putus asa..
A Special thanks to Zahida Bakri n Shafora Bibi atas sokongan mereka. Semoga Allah menolong orang-orang yang menolong agamanya. Keep this up , girls! All d best!
*TLOA = the letters of avicenna
posted by Izyani Rosley @ 8:01 PM,
1 Comments:
At January 24, 2008 at 6:20 AM, dalilyD-LA~~ said...