lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Monday, September 22, 2008

Ijin dan Redha

Ini bukan tajuk filem atau drama Indonesia.

Tapi hanyalah buah fikiran orang biasa yang macam aku dan mak aku tercinta.

Sedang bertukang dengan kelengkap asam pedas ubi keladi,mama tanya, apa beza, antara izin yakni ijin; dan redha?

memandangkan takda org lain kat dapur tu, maka aku perlu jawab soalan tu.

"Err, ijin itu permisi,kalau diapakan suatu perkara tanpa ijin,tiada senanglah hati tuan mahupun pelaku. tapi redha tu, perkara itu andai dilakukan tanpa ijin tuannya, pun hati senang memberi permisi dalam hati sahaja..dan senang dengan perlakuan itu.granted la bahse omputih.."aku berfalsafah Indo.

"hmmm.."Mama jawab,maybe right,maybe wrong..aku tau nih mesti nk relatekan dengan ketauhidan neh..maka jawapan aku tu tak kena pada tempat lah.

mama kata (seperti yg aku sangka) "macam mana kalau kerja Tuhan?kerja tuhan mengizinkan sesuatu perkara dan jugak sesuatu perkara itu, ada yg diredha dan ada yang tak diredha, kan?"

"ahah."

"macam mana pulak ngan analogi ni.pencuri mencuri.Pencuri berjaya mencuri.Dan Allah mengizinkan kecurian, tapi redha takda kat situ."

"Yup..so..."aku tanak ulas, biar die je besyarah.

Cana tah mama bagi conclusion tapi yg aku paham gini lah :"Keizinan yang Allah bagi untuk sesuatu yang berlaku itu, semuanya atas urusan serta kudrat Allah. Laa haula wa laa quwwata illa billah...izin ke tak, itu urusan Allah, yg manusia hanya mampu buat ialah, berusaha untuk lakukan sesuatu.(tapi sebelum tu kena la fikir samada benda tu betul ke tak dari segi syara' ataupun hukum Tuhan)..manusia tidak dihukum atau dibalas untuk sesuatu yg diizinkan Allah untuk berlaku atau tidak."

..."keredhaan pulak,subjective pada manusia itu sendiri.Andai dia ikut hukum tuhan, insyaAllah kerjanya Allah redha.dan dia dihukum atau diganjari untuk setiap perkara yang dilakukan pantas dengan redha atau tidak Allah padanya."

...."kenapa Allah izinkan kecurian tetapi tidak redha akan kecurian tu?"

..so that manusia berfikir serta tahu cara mencorakkan bumi.Inni jaa'ilun fil ardi kholiifah. Kalo Allah aturkan semua baik sempurna, berlawanan lah dengan sifatnya yang maha Kaya, Bijaksana serta Adil dalam segala sesuatu.Manusia cuma tahu membuat sesuatu mengikut kata2nya saja.macam robot..

namun robot ciptaan manusia, tiada akal..tapi robot ciptaan Allah ada akal dan dilantik jadi khalifah lak tu..

berbalik kepada pencuri itu dan kita..

dapat la disimpulkan yang setiap yg kita buat..kalo berhasil, jangan anggap semua perkara yg terhasil tu Allah redha semuanya, oleh itu, sentiasa la merenung kembali sesuatu perkara itu, adakah ibadat ataupun bukan...hidup ini untuk beribadat..(janganla cakap kat aku yg ibadah itu hanyalah sejadah)

Bersempena dengan kelahiran result baru2 ini..
kesimpulan cepat yang aku boleh buat :

1.kalo result elok, tahniah la Allah izinkan result jadi elok, maka bersyukurla dengan result elok itu, dan muhasabah la samada jalan result elok itu Allah redha atau tidak.maka hasilnya..tahap iman kita harapnya semakin meningkat hendaknya..

2.kalo result kurang elok, takziah la Allah tak izinkan result jadi elok, tapi tetap bersyukurla dengan result kurang elok itu, dan muhasabah la mungkin jalan result kurang elok itu Allah redha ..maka hasilnya..tahap iman kita harapnya semakin meningkat hendaknya..

oleh itu, Allah da bagi ruang kat kita ni..samada result teruk ke, tak teruk ke.. yang Allah lihat hanyalah pada jalan usahanya..

maka teruslah berusaha dengan sepenuh percaya pada Allah agar Allah redha dengan segala usaha kita

Bagi sahabat yang repeat, janganlah mengeluh, pastinya suatu yang hebat menanti anda. Selamat berjuang.

La takhof wa la tahzan!

posted by Izyani Rosley @ 1:27 AM,


0 Comments: