Olimpik, PTPTN dan Malaysiaku Gemilang!
Then we talk about money.Ada la jumpa sorang kakak ni, bus-mate la kirenye. Jumpa ngan dia kat dalam bus Plusliner dari KL ke kangar. Dia student UniMaP, iaitu yang dulunya dikenali sebagai KUKUM.ok,Kami bercerita mengenai apa yang digelarkan sebagai nyawa para student yang ibu-bapanya kurang berada. Iaitu pinjaman.wow.Akak ni mengeluhla betapa susahnya beliau ingin mendapatkan pinjaman PTPTN. Dan setelah segala cerita dikeluarkan, aku bagi satu conclusion : jadila sorang pemain badminton. Dapat 300K, senang nak study dan lebih lak tu. Mungkin boleh dapat Pansion skali macam Lee Chong Wei.
Kejadian yang sama berlaku pada kakakku. Dia dulunya sorang student Pendidikan Islam. Di tengah pengajian, digemparkan dengan PTPTN yang tak nak masuk akaun. Biasalah, ni mehnah dan tribulasi golongan agama. Namun alhamdulillah, selamat grad dan sekarang mengadakan posting di Kluang, Johor.
Dan jugak kejadian adik-adik nurse yang terkejut kenapa duit PTPTN dalam akaun tinggal 50 ringgit?
Ini kisah duit kerajaan (sedangkan orang kampung yang bayar tax, kerajaan dapat nama.Apeda.) Yang aku tahu, untuk mendapatkannya, kita tak boleh jadi orang yang berguna untuk agama. Beginikah?
Duit MARA dan orang yang meminjamnya.
Dan tak kurang juga dengan karenah pelbagai peminjam duit rakyat yang bernama MARA.pinjam nak, tapi nak buat hal macam-macam (ni untuk aku jugak ni). Sedarla duit rakyat bukan untuk memanjakan diri. Bersediakan kita ditanya kat akhirat nanti?
Dan bagi Ahmad Kamal Poor, mudah saja, carilah investment company yang menawarkan more than 6% pulangan per year. Pasti banyak faedahnya.Hehe. Selingan je.
Dan Kisah Pemberontak UiTM
Actually tak nak kembangkan kisah ni, takut orang kata pro Tan Sri Khalid pulak, tapi kita kurang sedar kenapa Naib Canselor UiTM, atau student yang memberontak tak setuju dengan tindakan kerajaan yang ingin membuka kuota pada pelajat non-Malay, tak pula memberontak dengan segelintir pelajar UiTM yang socialnya melebihi non-Islam or non-Malay?Tak heranke?Pakai macam cina dan siam, tak langsung macam melayu Islam. Tak Pelik ke? Tu baru isu pakaian.....
ya, aku pun bekas pelajar UiTM ok.-INTEC 3 Bulan itu buktinya.Dan aku bukan pro mana-mana, aku hanya pro-Islam.
So, gaining without giving, camne tu?
It only goes to those who fall in the trap of AhLongs..hehe. Yela, to get the best, you have to give the best. Sesiapapun kamu, nak dapatkan duit PTPTN ke, nak dapatkan duit MARA yang lumayan ke..Nak kekalkan UiTM untuk bangsa Melayu Islam je ke.. ataupun apa sahaja yang anda ingini , anda perlu la bijak bertindak, you have to play your part off. Be a good student, never sia-siakan amanah rakyat n berilah sumbangan untuk masyarakat sekeliling, dengan apa cara sekalipun. Kalau ada ilmu agama lebih, share ngan org lain siit. Dan kalau ada duit lebih sikit, share la ngan sedara yang memerlukan, dan, jadilah pelajar Melayu Islam UiTM yang bijak. Barula Non-Malay nampak kita macam ada maruah..
(1st time tulis pasal isu Malaysia.Sbb sekarang aku rasa betapa teruknya Msia. tu tak cakap pasal isu sumpah dengan Quran lagi tu. dan isu tu dah tambah kerja Mufti2 Semalaysia, dorang kena buat mesyuarat pulak pasal isu "bersumpah dengan Quran" ni agar org tak salah guna sumpah dengan Quran..Hai melayu2..)
untuk org2 PRKPP nanti, bijaklah memilih ya! Ini menentukan masa depat anda!hehe
posted by Izyani Rosley @ 9:00 PM,
0 Comments: