Ramadhan yang bererti.Disana.
Ramadhan sama saja dimana-mana. Cuma yang membezakannya ialah penghayatan yang kita beri setiap kali tibanya Ramadhan. Samada melupakannya dan mengingati Syawal atau beusaha memperbaiki diri dengan tarbiyah dari Tuhan pada bulan ini.
Dan sebagai manusia biasa, aku tak lari dengan tindak tanduk diri sendiri yang tidaklah secantik mana, tidaklah semampu mana mengubah susana Ramadhan yang kurang kepada lebih baik.Kalau anda dari Mesir, mungkin anda nampak apa bezanya suasana Mesir dan Malaysia dlm bulan Ramadhan kan?
Aku tak nafikan pulang bercuti bersama keluarga pada cuti 2 bulan ni sangat memberi banyak manfaat dan keseronokan, tapi suatu benda yang aku fikirkan, bagaimana dengan Ramadhan?Aku takut kehilangan susana Ramadhan di Mesir.Boleh ke kalau balik kejap then dtg balik raya kat mesir demi mendapatkan Ramadhan di sini?
Oh, itu melampau beno namenye.Akhir simpul, redha la, tunaikan hak mak ayah dulu.pasni pegi la Ramadhan kat sana pulak. Sbb yang senenarnya bukanlah kat mana kita berada, yang penting ialah siapa kita dimana saja kita berada.
Kamu la yang sebenarnya menghidupkan Ramadhan. Bukan Syeikh Hatem yg selalu jd Imam terawih dan imam Qiyamullail!
Duh, rindunya suasana itu. (Ni belum g mekah lg ni)
Suasana Ramadhan Mesir
Teringin berkongsi sbnarnye cmne Ramadhan kat sana.
Selalunya Ramadhan tym summer. maksudnya siang lagi oanjang dari malam. maksudnya puasa lagi panjang dr Msia la. Tapi dengan berkat Ramadhan itu, letih tetap ada tetapi tidaklah sehebat bulan bukan bulan Ramadhan.
Sahur dengan ahlibeit, makan dalam talam lah selalunya, tp makanan tu masakan melayu la sbb kami org melayu kan!
Lepas Solat subuh berjemaah, kami kembali dengan tugas masing2. Kalau yang masih tindukan tilam bantal, tido la, ada yang study dan macam2 lagi la. Kalau skolah, kena siap2 g skolah la. Kalau cuti2, rilek la skit.
Kat mana2 pun boleh tengok org baca quran,Dalam tram, dalam kuliah, tepi jalan, dalam bank, tak kira tempat lah. Suasana ni tak terhad dlm bulan Ramadhan je, slalu je nampak..
Banyak la keja dan akhirnya senja dah nak dekat berbuka,sapa yang kena masak, dia akan masak lah,selepas berbuka, solat maghrib berjemaah dan bersiap2 utk g masjid utk solat isyak dan terawih. Aku pilih Gami3 Ibrahim. Situ ada imam yang baca best-Syeikh Hatem Farid. mendayu2 dan bila dengar mcm kita sangat faham dengan apa yang dibacanya
Ni contoh doa yang slalu dibaca dalam doanya-bersama doa Qunut
Kat Jami3 Ibrahim, kami bersolat didataran yang luas yang dihampar dengan tikar2.Bawak la sejadah sendri..dan kasut tu nk elakkan hilang tak jumpa maka kita buh la dlm plastik-kis org arab panggil.
Sebelum solat sure la ada azan kan.hehe. imam kan bagi ruang utk para makmum utk solat sunat dan bila saja dia sebut "istauu" maksudnya samakan...samakan saff, para makmum akan berengsot2 utk samakan saff.
Kat bahagian saiyidat slalu bising2 sruh org samakan saff.para pekerja akan slalu tarik2 org supaya samakan saff.Ni3ma Ajrun 3amiliim..-nikmat ganjaran bg org yg bekerja kerana Allah ta'ala..
Gamba ni ade makcik tu pengsan, so ada Dr yg dtg jenguk Dia, note dat ramai org kan?Ni bhg saiyidat je
selepas solat isyak, solat terawih la pulak.
8 rakaat terawih dan 3 rakaat witir. Setiap rakaat terawih akan dibaca dengan satu Rubu' dari juzuk alquran (satu juzuk ada 8 rubu')satu rubu' tu lebih kurang satu helai suku la.(tgk kat quran, satu rubu' sama dgn jarak antara bintang2 permulaan ayat)Agak panjang dan siapa yang tak tahan, duduk la kejap. Mak Arab selalu bwak krusi lipat spare.Nk pinjam dorg tak bg kot..
selesai terawih, witir pulak.3 rakaat 2 salam. Rakaat terakhir akan ada bacaan doa Qunut, yang pasti menumpahkan air mata para Makmum, doanya yang sangat menyentuh pelbagai aspek, dari sekecil2 perkara-jadikan syabab2 ini berguna untuk islam, sehinggalah yang tiada nampak pada mata-bglah dunia ini dunia islam dan kurniakanlah ni3mat syurga, dan semoga kami bertemu dengan ramadhan yang seterusnya, semoga ramadhan ini membawa berkat pada semua, dan yang paling menyentuh hati, ketika Merayu pada Tuhan agar diampunkan dosa2 sekelian umat Islam. Aduh...terasa bersih selepas solat witir tu.huhu
Habis solat, balik la, dengan tram slalunya,.
yang paling best, kalau 27 Ramadhan,.Bg org mesir, mereka mamutuskan yang lailatul Qadr jatuh pada 27 Ramadhan(banyak Qaul-jgn argue). Maka, selautan manusia akan berkumpul pada masjid tu.Datang lambat, terpaksala solat tempat tak best. Mcm aku penah je terpisah ngan kwn2 dan terpaksa solat kat perkarangan masrah-panggung wayang.open air la, bukan tertutup.
Kita still dengar apa yang dibacakan Imam, jadi, sediakan quran kecik untuk semak bacaannya.Cmna nk pegang eh?Oh ha, kami tak guna telekung-lebih pada jubah dan baju kurung-tutup la aurat suma.bukan dalam telekung je tutup aurat kan..
utk 10 malam terakhir, pihak Gami'(masjid) akan menganjurkan Qiyamullail-maka, berpusu2 org datang memeriahkan suasana-kita kat Msia takkan nampak susana cmtu kecuali sambutan merdeka.Pernah sesekali tidur di kawasan dataran tertutup tu spy nanti tak perlu rebut2 tempat solat(ramai2 la..)
Ngan kak Syu tym tunggu Qiyamullail dimulakan.Wuduk kena jaga betul2.
Budak2 muda, syabab2 suma turun dengan sejadah tersangkut kat tengkuk. Nampak mcm rock, tapi dorang kaki masjid.Dorang tak jadi Mat Rempit macam kat msia yang rempit tak kira masa.
Video ketika balik dr solat Subuh,Jalan kaki sbb tram tak bekeje.Awal lg,AYam pon tak berkokok lg.(abaikan suara2 yang tak diingini)
Kagumnya dengan mereka.Dengan semangat serta menunjukkan 'izzah sbg seorang Muslim.Tk dapat nk cerita mcm mana bestnya Ramadhan kat sana.Best2, try la sendri. Mama cakap macam kat masjidilharam..tapi, bg aku takda tandingannya masjidilharam tu..Gami' ibrahim ni hanya sejemput dari tu. Aduh, teringinnya nk pg Mekah pulak..
Dan kesimpulannya, aku sangat sayang pada Mesir.walaupun banyak benda yg org tak suka ada kat situ.Mesir la yg mengajar aku erti Islam dan kehidupan, selepas Mama dan Abah ajrkan aku.Betapa aku rindukan Ramadhan itu.
posted by Izyani Rosley @ 4:19 PM,
2 Comments:
At September 3, 2008 at 9:10 PM, CONNIE said...
At September 4, 2008 at 2:17 PM, Izyani Rosley said...