lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Monday, July 28, 2008

Bertanggung-jawaban

Lets talk about something that we acquired after birth. No, actually we acquired it since before we are created as an human.

Kalau dalam uterus ibu dulu, makan pun directly dimasukkan dalam perut. Guna placenta. Canggihkan. Tapi bile keluar je dari situ, dah kena makan via mulut. Kena kunyah, telan, esophagus, baru masuk perut.

Kalau kanak-kanak tadika, pakai baju tadika, ibu yang responsible utk masukkan butang pada lubang butang yang sesuai, tapi bila dah besar, tutup aurat yang proper, real proper, menjadi tanggungjawab tersetia sejak akil baligh.




Kalau kat sekolah menengah, cikgu yang suapkan ilmu, tak payah susah-susah cari sendiri, tapi bila dah masuk IPT, macam-macam kena cari sendiri. Tuntutan berjemaah juga dicari dan dipraktiskan agar kelak bila dah bekerja, amal islami tidak ditinggalkan hanya untuk golongan bergelar agamawan sahaja.

Dan disinilah kita kembali menilai sejauh mana tanggungjawab yang kita pikul sejak lahir hingga sekarang?[really dont like soalan sejauh mana]

Tanggungjawab yang Allah bagi sejak sebelum ditemukan sperma dan ovum yang menjadikan kita, sudah tercatat di Luh Mahfuz. Dan kita semua juga dengan amannya berjanji yang akan menjadi muslim, walaupun pengakhiran yang kita tengok ada yang mati dalam pelbagai agama.

Soalan ni menjadi tajuk utama perbahasan minda malam keberangkatan ku ke cairo International Airpot dam bas superjet. Selama 2 tahun aku dihantar kat sini, bagaimana aku menguruskan segala tanggungjawab yang telah dipikulkan keatas diri aku.

Dulu aku selalu mencetuskan persolan-Apa perubahan yang adik-adik rasa selama setahun datang Mesir, dan antara jawapan yang dapat didengar, mereka berkata, mereka menjadi lebih matang, lebih ilmu dan lebih kesedaran. Alhamdulillah, namun ada junga yang mnganga. Yang ni tak taulah kenapa, mungkin kerana ghayah hidup yang belum difahamkan sejelas-jelasnya.

Bagiku, aku paling terkesan pada persoalan tanggungjawab. Dan berbetulan, tahun ni, aku memegang jawatan Penolong Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan PERUBATAN Cawangan Iskandariah. Jadi, aku dapat rasai betapa tanggungjawab yang Allah amanahkan padaku kali ni, sangat sangat sangat sangat sangat bermakna.

Dalam menyelesaikan amanah yang diberi, aku banyak kali termengantuk dalam kelas, aku banyak kali menerawang sewaktu lecture, aku banyak kali mngabaikan tanggungjawab pada ahli bait, rakan-rakan dan juga tanggungjawab pada Allah Taala yang lebih utama. Aku takut kalau aku sibuk kearah yang bukan tujuan utama.

Dan aku juga dapat lihat, usaha kemedican aku juga menurun dan resultnya, nah,pencapaian CGPA yang tak pernah aku dapat sejak sekolah mengah pun, aku dapat. Tapi , tasyji' dari rakan-rakan dan rasa tawakkal yang menggunung menyebabkan perasaan tidak puas hati akhirnya hancur sedikit demi sedikit [tak pandai ayat puitis, sorry]. Dan aku berserah, kerana aku tahu, Allah melihat pada usahanya.

Pernah aku mengadu pada seorang senior, tentang masa yang aku rasa sangat tak cukup, tapi pendiriannya, kalau tiada masa untuk movies, namun masih tak cukup masa, maka itulah yang sebenar-benarnya masa tak cukup.Padan Muka!

Itu tika tahun 2 pengajian di Alexandria Universiti, benar-benar mngejar erti tanggungjawab dan cara menguruskan tanggungjawab. SC, junior, ahli bait, dan juga anak jarak jauh, pelajar medic serta hamba Allah sepenuh masa benar-benar menguji [really salutela pada sapa-sapa yang mampu kawin tym belajar ni]

Abah cakap, takda benda mudah dalam dunia ni, dan mama cakap, setiap benda yang jadi ada hikmahnya. Tu la kata-kata yang aku pegang sejak aku datang Mesir. Memilih bidang perubatan, aku baru sedar yang jalan ni sangat payah,namun terima kasih pada pihak MARA yang baru-baru ni menaikkan elaun, tersuntik untuk lebih berusaha.

Dan kecomplicatedan aku menjawab solan sejauh mana anda pergi dengan tanggungjawab sedia ada- memutuskan satu kata- Ia mengajarku lebih matang dalam berfikir dan dalam berkehidupan-walau kadang-kadang aku curi tengok kartun kanak-kanak.

Thousand miles-uncountable-inilah jaraknya. Dan segala tanggungjawab itu, perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Dan aku pernah rasakan BETAPA BERATNYA JADI AJK PERUBATANNNNNN.hehe,maybe sebab otak tak berapa genius dan badan tak berapa rajin membaca buku, jadi bila bertambahnya tanggungjawab lain, percentage masa aku pada tumpuan medic tu semakin berkurang. Dahla memang sedia sikit dah.aduh..



Dan sekarang , aku dalam perjalan balik mengutip hikmah bekalan yang bakal aku guna tahun berikutnya di Mesir. Doakan aku.

posted by Izyani Rosley @ 5:42 AM,


0 Comments: