Kisah Terharu sahaja.
Aku bukanlah pelajar tebaik, ataupun bukanlah pelajar teraktif dalam menjawab soalannya. Kerana aku bukanlah pelajar yang pandai. Biasa biasa saja.Ada naik turun.
Ini kisah dapat hadiah dari cikgu. Aku tak pernah dapat hadiah pelajar terbaik kecuali3 kali. sekali semasa dalam darjah tiga kerana lukisanku lawa dan dapat jadi pelajar terbaik pendidikan seni (buah-buahan didalam talam-biasa saja aku rasa). kali kedua semasa aku tingkatan 3 sebab dapat tempat pertama dalam kelas.Tu pun biasa biasa saja.Lupa pula yang aku penah la dapat saguhati pertandingan mewarna waktu tadika di Stella Maris Kindergarten..(tolak la hadiah anugerah UPSR,PMR n SPM ngan medal hari sukan tiap2 taun dari skolah rendah n menengah)kira hadiah yang aku dapat bukanla sebab pencapaian akademik sangat, lebih pada seni.
Hari ni aku dapat satu lagi hadiah dari doktor. Tu pun bukan sebab aku jawab soalan akademik, tapi soalan Politik.hehe, Dr Haitham-doktor anatomy agak political. Dia menggemari Gamal Abdul Naseer. Dan pada dinding serta almarinya tertampalla muka Gamal Abdul Naseer ni ha. Dia tanya "siapakah ini"(sambil menunjukkan pd gambar itu) dan setelah jawapan yang banyak diterima tetapi salah, aku pun cuba la jawab "Gamal Abdul Naseer".haha.betul lak tu.Dapat la aku hadiah biskut Dady dari doktor itu. Terharu la aku apa lagi.
Kes #2-Jiran yang prihatin.
Aku baru pindah ke bangunan ni. 5 tingkat tapi tiada lif.Setiap hari panjat turun tangga.Tangga pulak gelap.
setiap hari aku dan ahlibait akan terkapai kapai mendaki serta menuruni tangga itu.Kadang kadang mengharapkan ihsan jiran.Kadang kadang menggunakan cahaya LCD henset untuk selamat sampai.
Tadi kejadian yang sama berlaku.Tangga gelap.Tup tap tup tap bunyi tapak kasut naik tangga.tiba tiba lampu terbuka!oh alangkah baik hatinya jiran ni ha.ingatkan ada org nk kuar, tapi sampailah aku tiba di puncak, tiada pun manusia yang turun dari tangga.
Setibanya aku kat atas, lampu dipadamkan (ni penambahan semata mata untuk menyedapkan cerita).
pastu satu lagi ni ha, suatu hari tu, disebabkan tapak kasut aku yang berbunyi, tiba tiba ada jiran bukak pintu umah dia, pss pss dia panggil, bagi cookies kat aku. sepiring. tapi aku tak berani la nak makan sebab dalam rumah dia ada anjing. lagipun baru belaja pasal Rhabdoviridae-Rabies.psycho skit.
tapi yang pasti baik hati kan jiran2 aku ni.kagum dan terharu sungguh.
insyaAllah pasni aku bg la pape kat jiran2.nak bagi kari,tomyam takut takleh telan, bagi pisang kak iba tak bagi,kek,..mungkin?
Smoga jiranku yang Kristen akan mendapat hidayah.
posted by Izyani Rosley @ 5:46 AM,
3 Comments:
At November 10, 2008 at 4:45 AM, ainfarhan said...
erk?
At November 10, 2008 at 9:27 PM, Izyani Rosley said...
At December 5, 2008 at 12:54 AM, Anonymous said...