lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Sunday, March 2, 2008

The Little Lover


l.o.v.e.
simple thing to say
even budak skola pon pandai cakap
im not provocking
but its the truth
how do you nilai your chenta?
(er.. Im not the expert , k)
But that night, atas cruise Nile River, belagak mcm experts la konon, 2 other friends (of course la girls) and I, we did nite talks, n cup of espresso n cappucino, till 1.30 a.m. i think. ~ bercuti lah katakan ~ n we got something great that nite. Coupling habbits. Bebudak suka , memang suka couple. Entah kenapa, mereka memang suka couple. Ada yag cakap naluri, fitrah. btw, fitrah ke? kesimpulannya, sebenarnya mereka hanya tahu main, main cinta.
Bermula dengan zaman sekolah
Ramai yang support couple time belajar ni. Antaranya UNIC. CUDIPT lah, ape lah, macam-macam lagi. itu baru nasyid, belum lagi kira kumpulan lain.
fenomena biasa. Kat sekolah agama yang campur lelaki perempuan biasa situasi ni. Kat dalam kelas, nampak alim-alim semua, kepiah songkok kemas atas kepala. Yang bertudung labuh, ayu semua, tak nampak cacat cela. Tapi dalam hati , no body knows. Ana Enti atau Ana Enta lancar diguna, mahupun dalam program kelas ataupum persatuan. Nampak gaya, cara Islam memang diambil panduan hidup.
kita bukak pulak internet. Apa ada? yang agak terkejut,(testi Friendsterlah selalu)
Ana saje je nak test enti, just nak tau enti ni mcm mana
Ana segan la nak tengok enti lumba lari, nanti orang kata apa pulak..

baru form 3, 4, 5 gitu. ini situasi sekolah agama lah, bukannya sekolah2 harian biasa. Dah dua tahun tinggal sekolah, tak tahulah kalau ada syllibus cinta dalam matapelajaran pulak. makin rancak nampak gayanya. Sistem pendidikan, ada masukkan pendidikan Islam, tapi tak tau lah sejauh mana keberkesanannya.

( Test balik, ingat tak tajuk2 pend Islam form 3 dulu? macammana boleh tak ingat sedangkan pendidikan Islam dapat A utk PMR? tu menunjukkan sistem pendidikan masih lagi tak mampu masuk dalam limbic system saya., mahupun kita. Pendidikan Islam hanyalah pelengkap korum untuk dapatt straight a dlm slip PMR. hanya untuk exam)

seronok adik-adik bercinta? bercinta dengan siapa? bercinta dengan kawan kelas sebelah? cumanya bunyinya tak lah kuat mengaum seperti bercinta , tapi powernya dah cukup kuat menyebabkan adik tak larat membaca buku, dek kerana mata hati yang nampakkan girlfriend ataupun boyfriend kelas sebelah. Setiap hari pergi sekolah, dengan azam Hari ni aku nak pergi menuntut kekasih instead of Hari ni aku nak pergi menuntut ilmu, supaya keluar dari kelam jahil, masuk kepada terang ilmu. inikah perkara yang kita hilang?

Sebenarnya dik, kakak tak mahu cerita panjang dengan cerita yang adik tak mungkin dapat pastikan kebenarannya, tapi, orang tua kata, orang yang hidup lebih lama dari dirimu, lebih banyak makan garam. Cinta dengan kawan sekolah, di bangku sekolah, sebenarnya adik sangat BODOH.

kerana apa BODOH?kerana adik tak belajar lagi macam mana nak langsaikan hutang dengan mama abah yang penat besarkan adik dari kecil sampai sekarang . Penat Mama Abah tadah adik untuk ke sekolah agama setiap hari, dengan harapan, adik mampu membesar sebagai pembangun Ummah, namun, Khidmat adik sebagai seorang anak soleh atau solehah kepada parents dan Tuhan masih lagi terhuyung hayang? kini adik dah ambil tanggungjawab untuk menjaga hati anak orang? menjaga kasih anak orang yang tak tahu kesudahannya bagaimana?

ingatlah adik, kakak belajar medic ni, dah banyak tengok miracles yang Allah bagi pada golongan yang sama dengan Mama dari saat dalam Rahim hingga menetas besar seorang dewasa, banyak darah yang hilang, banyak tenaga yang dibebas, banyak wang yang tercurah, banyak lagi benda yang dikorban ( termasukla AWANG sikambing yang dikorban untuk kenduri aqeqah cukur jambul )banyak, hanya semata melihat adik dan anak-anak yang lain menjadi dewasa berguna pada agama, Islam itu lebih tinggi dari segalanya.

Alangkah sakitnya parut kelahiran perut Mama andainya dia tahu, anaknya mempunyai belas kasih pada anak orang lebih dari kasihnya pada Tuhan Mama dan Mama itu sendiri. Alangkah. Sakitnya!

Adik, jangan hanya disebabkan anak orang, adik menjadi orang lain pada Mama Abah, keluarga adik sendiri. Berlaku jujurlah, kita punya keluarga, jangan biar kita hanya mampu menangis di alam akhirat mengenang alangkah indahnya keluarga andai aku pimpin tangan Mama Abah, semua adik kakak, menuju ke syurga bersama-sama. Seronoknya! janganlah sampai terucap mulut ingin menjadi seperti tanah ( an-naba' ayat 40) kerana tanah itu hanya tanah, tiada syurga neraka baginya, tiada perpisahan bersama keluarga, tiada kesedihan, tiada gembira. Biasa.

adik, andainya nasihat kakak yang kurang bijak ini dibuang, kakak tiada kisah. namun adik, janganlah sekali-kali ingkar pada Kalam Tuhan.

كنتم خير امّة اخرجت للناس. تاءمرون بالمعروف و تنهون عن المنكر

Jagalah diri adik, agar adik menjadi seorang yang berjaya, فاءزون

Orang yang berjaya, ialah adik, Aminn ya RABB.

sesungguhnya Tuhan, aku sangat ingin melihat adik-adikku yang buta dari maksiat, tiada anggota untuk maksiat, tetapi segala pancaindera yang Kau beri, hanyalah untuk Mu..

Kecintaanmu pada Islam, itulah yang utama..

فادخلي في عبادي,وادخلي جنّتي.......al Fajr.

sayang,

kakak.

posted by Izyani Rosley @ 3:43 AM,


2 Comments:

At March 2, 2008 at 10:54 PM, Blogger saadahzaimi said...

nak sayang kakak la..tapi takut sayang kakak lebih dr sayang Tuhan...  

At March 4, 2008 at 4:26 AM, Blogger Izyani Rosley said...

sepatutnya sudah tahu menilai, tapi kadang2 org buat2 terlupa menilai yang mana stu lebih berharga, kan?