Buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali mahupun byk kali
No need to make another equation for the unrespect-to-their-God person. Full Stop.
Nasihat senang nak masuk dalam hati, tak de la nasihat tu tumpang lalu je kat auditory meatus. Dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri. Tu pun kalau die betul betul respect Tuhan dia.
The Most Powerful One, Tuhan yang Maha segala, andainya Dia tak ditakuti, disegani, seseorang itu mampu melakukan apa saja. Mampu saja meletakkan hukum Tuhan dibelakangnya.
Macam teruk je bunyinye.
Ok, mungkin kita tak sampai tahap tu. Cukup saja kita tengok musim study leave. Dilemma buku dan Tuhan? bagaimanakah itu? Sepatutnya tiada frasa tu ok..
Antara buku dan Tuhan, yang mana satu?
Bagi yang melihat Tuhan itu matlamat hidupnya, tiada masalah. Tapi yang mengatakan Usaha aku Kejayaan aku, itu perlu dipertimbangkan semula.
kenapa?
Andainya kita malas dan main-main, bila nak jawab exam terasa susah, maka dapatlah kita simpulkan yang "Ala.. aku main-main, macam mana Allah nak bagi.."
Dan andainya kita sangat rajin dan tekun, tiada masa blog dan tiada masa tercicir selain pada bukunya, maka tentu akan dia jawab "Tak sia-sia aku usaha selama ini"
No difference. Sama je, ade ke bezanya?
Usaha seorang manusia tidak mampu menjadikan apa-apa hasil. Semuanya atas Irodat ALLAH yang mahukan hambanya itu berhasil atau tidak. Maksudnya, atas sesuatu benda yang kita dapat atau suka, semuanya atas Rahmat dan Redha ALLAH. Syukurlah ALLAH merestui usaha anda selama ini.
Dan yang bagi masih lagi tidak berjaya mendapat apa-apa hasil, teruskan berbaik sangka dengan ALLAH, mungkin apa yang anda terima itu juga merupakan jawapan. Mungkin apa yang kita terima bakal menjadi istidraj (kesenangan yang ALLAH beri menyebabkan seseorang itu terus leka dan hanyut) buat kita? Na'uzubillah..
cuma teruskan berusaha kerana apa yang Allah tengok hanyalah usaha kita yang istiqamah.
so the reason for ALL THINGS happened kat dunia ni hanyalah sebab ALLAH yang mahukan jadi macamtu. So tak payahla nak rasa bangga diri ke apa pulak.Just ingat ALLAH said so.Keep humble dan ingatlah kita hambaNya.
Bagi yang berkurung dalam bilik selama exam ni, jenguk-jenguk la kawan-kawan kat luar sana, mana tau ada yang dalam kesusahan. Jangan takut dengan masa yang terluang sedikit itu, dalamnya mungkin ada rahmat. Hablu minallah wa hablu minannnas. Allah sangat suka orang yang berusaha melepaskan kesulitan saudaranya.
siapa yang menolong agama ALLAH, ALLAH akan menolongnya kembali. Tapi sila baca ni
Allah juga selalu uji kita dengan masa senang, kita buat sesuatu yang lagha. Masa susah, baru teringat semua tu. Hei masa lapang, kemana perginya kau, sedangkan bila ada masa lapang, langsung tak da amal kebajikan yang dilakukan. Haih (diri sendiri la tu maksudnya)
Buktinya?
dari hadis ke 36 matan arba'ien.
عن أبي هريرة -رضي الله تعالى عنه- عن النبي صلى الله عليه وسلم- قال : ( من نفَّس عن مؤمن كربة من كرب الدنيا؛ نفَّـس الله عنه كربة من كرب يوم القيامة، ومن يسر على معسر يسر الله عليه في الدنيا والآخرة، ومن ستر مسلما ستره الله في الدنيا والآخرة، والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه. ومن سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له به طريقا إلي الجنة، وما اجتمع قوم في بيت من بيوت الله يتلون كتاب الله، ويتدارسونه بينهم؛ إلا نزلت عليهم السكينة، وغشيتهم الرحمة، وحفتهم الملائكة، وذكرهم الله فيمن عنده، ومن أبطأ به عمله لم يسرع به نسبه ). [رواه مسلم بهذا اللفظ].
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat.
Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya.
Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu,nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga.
Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya.
Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.
Tok cakap, rezeki ada banyak jenis..jangan takut untuk menghadapi rezeki yang dijanjikan.Allah knows the Best. (tapi tok takde la speakin)
So, jangan risau-risau. Tolonglah orang lain disamping menolong diri sendiri. Tak Rugi!
posted by Izyani Rosley @ 6:18 PM,
0 Comments: