lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Sunday, April 27, 2008

Jika Islam itu sebuah pondok usang...


Assyahid Imam Hassan Al Banna pernah mengungkapkan, perumpamaan Islam hari ini, umpama pondok usang yang menanti untuk roboh. Beliau akan keserata dunia, mencari jiwa pemuda-pemuda yang hatinya untuk Islam, supaya dapat memperbaiki kembali pondok itu. Bukannya dari segi bilangan, tetapi betapa ikhlas hati-hati itu diperlukan agar hasilnya, Allah yang menilai.



Bilangan?


Janganlah menstresskan diri anda mencari bilangan yang banyak. Dalam apa jua pekerjaan pun, kualiti amat diperlukan berbanding kuantiti. Banyak namun meruntuhkan, apa gunanya. Banyak namun tak bergerak, apa faedahnya? Biar kalau banyak pun, jagalah kualiti.



Tak dapat banyak A dalam exam pun, biar kualiti ibadah study itu ada. Sedih dengan usaha yang tak cukup supaya dapat muhasabah, tak mengapa, asal jangan bersedih atas sesuatu yang tak berasas, yang mendekatkan kita dengan kufur dengan Allah itu, jangan.



Dan kita, semuanya pekerja untuk Islam, yang perlu kembali memartabatkan Islam. Persiapkan diri sebetul mungkin. Dari segi pelajaran, tarbiyah, ukhuwwah, kefahaman, dan ikhlas dalam melaksanakan kerja yang ditaklifkan.


[kenapa rasa macam tengah bagi ucapan untuk ruangan kalam editor nih?]


seorang dari ramai 'amilin tengah sapu sampah. Insyaallah nanti besar jadi 'amilin untuk Islam pulak ya.[darwisy]
Yang pastinya, semua dari kita bertanggungjawab memegang Islam ini, tapi kesedaran itu, perlu dicari, bukan dengan hanya bergoyang kaki.

posted by Izyani Rosley @ 4:33 PM,


1 Comments:

At May 2, 2008 at 7:18 AM, Blogger saadahzaimi said...

jadi 'amilin @ 'amilat...10 ciri fard muslim.izai?
chaiyok yani n darwish gak, semoga dibesarkan sbg syabab n fatah muslim/ah.insyaallah.
adah selalu di igtkan tidak bertindak mengikut perasaan.
susah gak cz baru kenal perasaan. kat skull org kate budak nie cm xde perasaan.huhu..cmne ye?
ade guide?