lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Sunday, June 15, 2008

what if, you wannna see a better world?

Sure you can. Itfaddholi. But bolehkah dunia itu bergerak ke arah kebaikan dengan sendirinya?


Mustahil!




Dunia ini mustahil akan baik dengan sendirinya.




maka? Anda tahu jawapannya, ia adalah kita!
Kita yang perlu bergerak untuk melihat dunia yang lebih baik.
Dunia apa? Dunia di sekeliling kita. Surrounding kita. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kita.


Pasti kita benci melihat kerosakan. Kerosakan akhlak, kerosakan iman, kerosakan periuk belanga, yang disebabkan oleh orang lain bukan? Pasti juga kita tidak tahan melihat kerosakan dunia serta kebiadaban manusia pada Tuhan, bukan? Deep inside, at least kita ada rasa, pasaipa la depa buat macam tu? [uslub perlis disini]

tahniah bagi anda yang masih ada rasa demikian, maksudnya anda masih lagi mempunyai rasa malu dengan kebobrokan masyarakat, malu maksiat itu dilakukan oleh golongan sejenis kita[manusia] dan, tahnish juga, kerana anda ada lagi rasa,tanggungjawab pada umat sejagat, bukan hanya perlu ditanggung oleh golongan ustaz, ustazah, unit pembangunan insan, budak sekolah agama, mahupun, budak agama je..

tahniah sekali lagi.

so, camna nak mula?

ini tips untuk mengajak kawan-kawan membuat kebaikan :
1- kenali kawan anda dengan lebih baik lagi.
Tak kenal maka tak cinta, jangan berhenti ta'aruf kawan anda sehingga lubang cacing, bila dah kenal betul-betul, maka, anda boleh la tau kat mana kelemahan, dan kat mana kekurangan kawan anda tu, anda juga dapat tau macammana cara untuk menyampaikan maksud mengikut jenis manusia. Boleh la kita katakan seperti situasi kita meletakkan diri kita dalam kasutnya. [as in their shoes]


2- bagitau dia pasal ALLAH
alah, simple ni, dorang dah tau ALLAH tu macam mana... bahaya ni.. jangan pandang remeh. Apabila dikatakan kita betul mengenal ALLAH, maka, dia tak akan berani langgar apa yang ALLAH suruh dan larang. Mereka yang betul kenal tuhan, akan sedar yang mereka ialah hamba dan mereka tak akan sesekali lawan tokey. Remember that, sentuh perkara asas yang dilakukan sehari-hari, solat, study {kaitkan study itu sebagai ibadah},pg skolah, pergaulan kawan-kawan, apa yang Allahsuka, n apa yang ALLAH benci. Ajaklah mereka dengan berhikmah serta ingatkan mereka dengan rahmat ALLAH yang melimpah ruah.

3- ajakla pg majlis ilmu..
kat situkan ada malaikat, selain tu, nak tambah ilmu lagi, apa-apa ilmu, bukan hanya ceramah agama, apa-apa yang dikatakan boleh mengelakkan otak mendapat alzheimer. Dalam tu, sentiasa kaitkan dengan apa yang perlu, kejadian kita sebagai manusia utk apa? khalifah dan beribadah, syukurla ALLAH tak sempitkan ibadah tu hanya atas sejadah je.

4- selalu la tadabbur Quran sama-sama.
ALLAH tak jadikan quran hanya sebagai buku bacaan semata-mata. Allah jadikannya sebagai pencetus pemikiran manusia. Banyak isi al Quran yang menegna dengan kita.

5- Sentiasa ingat mengingati
Sentiasa saling ingat mengingati, yang sebenarnya manusia bukanla bersifat maksum macam Nabi. Oleh itu, kat mana-mana pun boleh buat silap, dan yang bermanfaat bagi oranag beriman ialah, peringatan yang berguna. Sampah tak buang lagi, Barang pasar tak beli lagi, Toilet tak basuh lagi,err,apa lagi? apa-apa je..

6- think +ve
yang penting disini ialah ukhuwah serta qudwah. Usahalah untuk memperbaiki dirimu, pada masa yang sama, lihatlah dunia sekeliling, mereka memerlukan orang yang teguh untk memperteguhkan mereka, kalau bukan kita, siapa lagi. Actually everybody have their own part to do, tapi disebabkan sebahagian tak lakukan bahagian mereka, orang lain mendapat bahagian lebih sisa mereka yang tidak mengambil bahagian. Macam makan dalam talam, kalau ada seorang tak habiskan makanan part dia, orang lain dengan gembiranya akan tolong habiskan makanan tu. Macamtula dikatakan tanggungjawab (actually seua org kena habiskan part makanan dia sendiri, kalau tak, orang lain akan gemuk terlebih)

what if, tak berjaya

aku lemah, aku tak boleh buat pape pon, dorang sangat keras kepala, macam batu..takpa, Allah masih lagi bersama anda .. Dia tak kemana-mana pun, Allah hitung segala usaha anda. Bukankah hidayah itu Hak Allah. Anda hanyalah pemberi peringatan! Janganlah putus asa! usaha lagi! Kita mampu mengubahnya. Insya allah!

posted by Izyani Rosley @ 11:37 PM,


0 Comments: