Perihal Ingat pada ALLAH
''Subhanallah, subhanallah, God creates ATP synthase complex as a complementary to these 4 oxidizing enzyme complexes. If there's no ATP synthase, there'll be no phosphorylation occurs, consequently, no ATP formation. Subhanallah''
'' ulli elhamdolillah, musy kuwaiyyisah bas'' [cakaplah alhamdulillah, bukan hanya 'baik' sahaja]
''fein assalamu'alaikum?''
Teks pertama, diujarkan oleh seorang lecturer biochemistry, sambil menerangkan Electron Transport Chain [ETC], betapa pentingnya kehadiran ATP synthase dalam badan manusia untuk menghasilkan ATP [energy].Maha Kuasa , Allah telah membuat aturan yang sungguh lengkap dalam badan manusia.
Teks kedua, diujarkan oleh ammu Khamis, simsar rumah [broker sewa rumah] selepas bertanya khabar, dan aku hanya menjawab, kuwaiyisah [baik] ketika bertemunya.
Teks ketiga, diujarkan oleh tuan kedai Farouk, setelah aku menonong masuk ke dalam kedainya untuk membeli barang [actually aku bg salam, tp dia tgh bising time tu]
Dan situasi yang paling mendamaikan jiwa, apabila menaiki tramko atau tram, ucapan salam diberi, dan satu gerabak jawab salam! Subhanallah
Zikrullah
Zikir membawa maksud ingat . Ingat pada Allah.
Beginilah situasi masyarakat arab, tak lekang dengan zikrullah. Mengingati allah, dan sentiasa mendoakan orang Islam yang lain. Terharunya aku dapat hidup dalam suasana ini. Mesir. Mungkin kerana Islam yang sampai disini ketika dulu, sangat pure, tepat utusan Amru Al Asr ke sini [binaan masjidnya di Fustat, masih kekal hingga kini]. Jika dibandingkan dengan Malaysia, habit berzikir, mungkin hanya di tikar sembahyang! Mungkin bahana sambil lewa masyarakat melayu [aku pun zai ba3d jugak-lebih kurang] dan kurang memahami bagaimana amalan anjuran Islam. Maka, hasilnya, tercetuslah budaya Melayu , berzikir sambil berhibur, maka beranaklah tarian Zapin..
Jauh pulak perginya.
Sekaligus, masyarakat arab mendorong kita melakukan perkara sama. Quran dibaca dimana-mana. Dalam tram, teksi, kelas, kedai makan, tunggu bas, atau mana-mana masa kosong. Seronok bukan? Oh, syukur pada ALLAH.. Tasbih, dipegang dan sentiasa digerakkan, ibarat ada pelincir.
Dari buku Nasihat Agama dan Wasiat Iman, [credits to Mama yg bg buku ni time nk fly dulu]
Zikir yang utama adalah dari dua jenis. Bersama hati atau lidah. Jika dibandingkan antara dua, ulamak lebih menekankan zikir dengan hati adalah lebih utama.
Bukanlah maksudnya hati itu bermulut utk berkata-kata zikir. Tetapi setiap zikir itu dihadirkan padanya ingatan pada hati. Samada lafaz atau maknanya [asalkan faham la maksud zikir tu..] seperti لا اله الّا الله disebutkan pada mulut, pada hatinya, terkesan dengan maksud syahadah, tiada tuhan melainkan Allah.
Berkata Imam Ghazali, zikir itu 4 kategori :
1. zikir dengan lisan sahaja
2. zikir dengan hati beserta dengan lisan yang terpaksa
3. zikir dengan hati yang dibantu lisan secara sukarela
4. zikir dengan hati dan menumpukannya
Kemudian Imam Ghazali berkata, yang pertama itu, sedikit faedahnya dan lemah kesannya [ yakni ketika hati itu lalai] .
Memangla betul, tetapi, keadaan yang pertama itu lebih baik berbanding tidak berzikir langsung. At least, ada jugak anggota yang sedang ingatkan Allah. Maka, paksala diri utk berzikir ya, asalkan niat sentisa ikhlas, bukan untuk menunjuk-nunjuk.Bukan juga disebabkan kakak SC nak penuhkan borang mutaba3ah amal. Ataupun bukan kerana apa sahaja selain ALLAH. So, apa-apa jenis zikir, selagi tak melanggar syariat,silakanlah. Alam ini terbentang luas, nikmat ALLAH bg sngt besar untuk kita balas dengan amalan zikir ini.
''sesungguhnya, nafsu kamu, apabila tidak disibukkan dengan perkara kebajikan, I akan menyibukkan kamu dengan perkara yang batil ''
So, jom sibukkan mulut kit adengan zikrullah. Tak rugi, malah ada kebaikannya.! Semoga Allah menghitung setiap amalan kebajikan kita, dan menjadi salah satu sebab api neraka menjauhi kita. Aminn ya Rabb.!
posted by Izyani Rosley @ 8:54 PM,
0 Comments: