lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Monday, May 12, 2008

Is3aaf!! Is3aaf!! (embolen-embolen!)




hormonal imbalance.[for those yg rase mcm same je pnyakitnye, sile bace]

Diagnosis sahabat setelah aku mengadu dalam beberapa hari ni, tak berapa semangat nak study. Rasa macam semangat tu hilang, semangat yang aku bawa berciciran dimerata-rata tempat. Entah kenapa jadi macam ni.

Aku cuba sedapkan hati, cuba kuatkan hati, dengan mengingati sahabat-sahabat yang terdahulu dari zaman ini, yang mana semangat mereka sangat tinggi untuk mempertahankan sebuah agama, Islam.[sedangkian aku hanya perlu bersengkang mata membaca buku je pon]



Terasa jauhnya kedudukan aku berbanding mereka. Mereka yang aku maksudkan, Salahuddin al Ayubi, yang mana pernah menawan Baitul Maqdis, Tidak segagah Sultan Muhammad Al Fateh, yang mana telah menawan kota Constantinople setelah cubaan 800 tahun gagal menaklukinya. [kalau cerita bab Sultan Muhammad al Fateh ni, tak cukup ruang, sebabnya pernah program summer dulu, aku kena bentangkan pasal hidup sultan ni]. Tak lupa juga the Fantastic 4- Abu Bakr Assidiq, Umar Al Khattab, Usman Al Affan, Ali bin Abi Talib~ yang mana tanpa mereka, kita mungkin tak merasa indahnya Islam ini.

Aku juga sangat rendah martabatnya dengan serikandi-serikandi Islam yang lain, ingin kucontohi anak Rasulullah, Saidatina Fatimah, yang begitu tabah dalam hidupnya, yang begitu penyayang orangnya, dan dikasihi oleh masyarakat sekelilingnya. Aku juga sangat kerdil dibandingkan dengan Rabiatul adawiyah yang merintih takutkan neraka dan segan dengan tawaran Syurga Tuhannya.



Alangkah kecilnya ibtila' yang Allah beri pada aku [emo] jika dibandingkan dengan tentera peperangan perang salib. Bangunlah wahai fata muslimah..bangunlah, dan sedarilah yang wajibat kamu melebihi masa yang kamu ada. Tidak perlu membebani pemikiran dengan bisikan syaitan yang maha nipis, sedangkan tanggungjawab setebal gunung masih lagi belum dilaksanakan.

Bangunlah, fikirkan masalah umat di luar sana!Mereka memerlukan kita!


Bangunlah. Biarlah setiap denyutan nadi, berisi dengan ibadah [ibadah, umum dan khusus, not mean atas sejadah je ye], biarlah helaan nafas terisi dengan kalimah ALLAH semata.. Bangunlah.. perangilah perasaan itu, perangilah nafsu yang sentiasa minta untuk dimanjakan, takutilah maksiat dan punca maksiat sebagaimana kamu takuti api neraka. Bangunlah, Islah Nafsk, Wad'uu Ghairak..... BANGUNLAH MUJAHIDAH!

pada sahabat, bantulah aku untuk membantu diriku. sesungguhnya kata kata semangat serta dorongan, sangat aku harapkan waktu ini. Terima Kasih. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

[in a state of ~~real depression~~]
[1204,12APRIL2008]

posted by Izyani Rosley @ 5:00 AM,


1 Comments:

At May 15, 2008 at 8:55 AM, Blogger saadahzaimi said...

nah..[SEMANGAT]
hehe