lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Friday, March 21, 2008

Dunia ini penuh penipuan. Buanglah hipokrit wahai kawan!

ini merupakan status aku petang tu, setelah berkesempatan online selepas menghadapi hari yang penuh dengan kes hipokrit.





mula2, niatnya nak telefon mama,nak tanya tentang dik Ammar yang katanya dapat tawaran sambung form 4 kat Kuwait, tapi internet petang tu kurang memuaskan, [evoiz pnye line tak clear], mata dah berlinang dgn air, kredit henset ada spuluh genih ja, duit takde sakrang i, sewa rumah berhutang..adeh.. hurmmm, sedihnya...انّ مع العسر يسرا tenang sikit, lepas basuh muka, aku sambung mengadap laptop kembali.





Apela nak jadi?



Soalan ni tak patut diajukan, sebab mendekatkan diri dengan kufur, iaitu kurang rasa percaya yang sesuatu terjadi , sudah ditetapkan ALLAH dan ada hikmah yang tersendiri.





Tapi aku still keep questioning myself, kenapa susah sangat kita nak baiki diri yang selalu hipokrit?





Kenapa...kenapa.....kenapa....?





dan kenapa?





Situasi



Banyak yang kita boleh tengok, dan kalau diperhati sungguh-sungguh, benda ni ada pada diri kita sendiri :



#1 : Abang yang kononnya ingin berdakwah kepada masyarakat, namun sasaran utamanya ialah junior-junior perempuan, sedangkan junior sejantinanya kurang diambil perhatian.





#2 : Bercakap dengan kita, bukan main kasar, dengan kawan berlawan jenis, alahai, bukan main lembut. Nasib baik lidah tak memberontak. Kalau tak, habis lah tuannya malu , rahsia dirinya terbongkar.





#3 : Kerja persatuan lebih cepat diselesaikan kalau diapproach oleh geng berlawanan jantina, yang sama jantina minta tolong, alahai, bukan main pemalas lg!





#4 : banyak lagi situasi lain berkaitan appearance dan kekemasan. Haih.. tak larat nak tengok..







*situasi ini diadaptasi dari kejadian sebenar. yang terasa, maafkan, sebabnya jangan risau, nama kalian tidak pernah ditimbulkan.


Bila ditanya pada senior, borak borak mengenai isu ni, jawapannya, ya , hanya satu, ghayah tak betul....mengaku, hanya pada Allah setiap amalan dilakukan, tetapi, mata dan pandangan manusia diletakkan sekali dalam perlaksanaan amalan.


maka, buatlah dengan ikhlas. ibarat semut hitam di atas batu hitam dalam malam yang sangat gelap. biar sapa pun tak nampak.

posted by Izyani Rosley @ 11:57 PM,


0 Comments: