lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Friday, July 4, 2008

Selamat2

maybe sbb aku pernah mengalaminya...maka aku pun share la ngan kwn2..tiada niat syadid mahupun glamour...hanya untuk membantu..

Assalamualaikum warahmatullah. .
[post ini ibarat sudah terhantuk baru terngadah]

Berkenaan keselamatan akhwat yang agak tak berapa terjaga sejak akhir-akhir ni, sini ada sedikit nasihat-nasihat berguna yang perlu diberikan perhatian oleh kita semua.

Musim panas memang memanaskan, tambahnya lagi dengan berita kecurian serta rompakan yang berlaku baru-baru ini memanaskan lagi musim panas dan peperiksaan kita.

Oleh itu, kita tidak ingin lagi perkara sebegini berulang disebabkan kelalaian serta kelengaian kita sediri. Cukuplah yang terjadi sebagai pengajaran pada kita.

Antara perkara yang boleh diberi perhatian :

1. Kelibat yang mencurigakan
Kalau ada nampak mcm orang yang selalu berkeliaran mundar mandir berdekatan sya'ah tanpa melakukan sebarang kerja dan mcm tak munasabah berulang-ulang ke rumah anda, sila lebih behati-hati dengannya. Tambah lagi kalau dia kata nak tumpang umah, kata ada benda jatuh kat balakon, kata nk pinjam tangga nk naik sutuh, n mcm2 lagi, jangan biarkan dia masuk rumah tanpa ada orang yang dipercayai spt ammu khamis (sbg contoh) kat dalam rumah anda. sama ada anda sendiri yg pg tengok kat balakon atau pun suh die tunggu jap kat luar. Bia lambat asal selamat.

2. Tutup rapat
Pintu, tingkap serta apa-apa shaja lubang yang membolehkan orang ceroboh, sila tutup dengan rapat time nak keluar, tido, walaupun sekejap. Maybe anda tak terpk cmne orang boleh masuk, tapi, ketahuilah yang otak kita tak sekreatif perompak. Mereka lebih mengetahuinya. Kunci bia elok2. Tukar kunci rumah bg yang baru pindah rumah-sile contact ngan simsar masing2 ataupun sile tanya senior2 yang lebih tahu prosedur (actually takde la susah sgt). Bagi yang akan balik ke Msia, tolong la beli mangga (kunci pedai ayam tu..) yang paling besar..ohh lupe, kita hanya berusaha, namun letakkan sepenuh wakil kita pada Allah ok..


...ini la dinamakan pedai ayam....

3. You are soo hot!
Semua orang tengok kita time kita keluar rumah. segala accessories yang menampakkan kita ni saaaangaaatt kaya, sila simpan elok2..takutnya ada yang ikut sampai balik rumah n orang aim la umah kita tu. Contohnya barang emas sampai ke siku, henset tercanggih zaman ni, laptop terkecik dan macaam2 lg yang tak terfikir kat sini. Tgk2 cermin ;la time nk kuar tu, kot2 nmpak obvious sgt mcm org kaya. BANK!! Duit menggunung kan kat dlm bank, bile cucuk kat ATM pun, menggelembung je purse kan..oleh itu, sile bawak teman time pegi bank, tak kira time mana pun sbb org akan consider duit itu bukan kepunyaan sesiapa selagi tak de tulis nama kat atas not2 tu. kalau boleh amik teksi terus time balik tu lg ok Insya Allah..

4. Beware at evrywhre u are.
Beware n not be over-brave ok..Keluar berteman tu sgt penting ok..kwn2 ramai kan..buat kerja beramai-ramai lg ok kot..Insya Allah. Orang arab semakin berani ngan kite skg ni, oleh itu, sile la sangat-sangat berhati-hati. ..tambah- tambah la mlm2,bhya la..(sile dptkan nasihat sesape yg pernah rasa summer kat sini)

5. Contact! Contact! Contact!
Aiyyu musykilah? Sile contact ngan akak-akak senior terdekat ataupun mane2 AJK PERUBATAN Cawangan Iskandariah. Dan bagi sape2 yang ade penambahan, sile la buat utk kebaikan kita jugak kan?

Sesungguhnya ini hanyalah usaha yang kita mampu rancang, namun sila letakkan sepenuh kepercayaan kita pada ALLAH selepas kita berusaha dengan sesungguh-sungguhny a.

Happy exam n stop plagiarism. Allah is watching you!

Salamullahi Alaikum.

posted by Izyani Rosley @ 11:38 AM,


0 Comments: