lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Sunday, November 16, 2008

Tak layak ditegur.

Setelah seminggu kesilapan dilakukan. Dalam muhasabah barulah tahu ada silap yg sepatutnya ditegur awal.

Sudah terasa hati, barulah tindakan susulan diambil.itu pun nasib baik ada post-mortem.

(aku tak maksudkan mana-mana program atau aktiviti terbaru di Alex.ini tentang kehidupan)


Dah banyak kali aku hadapi situasi yang serupa.Bukan aku saja, malah ramai lagi yang serupa. Kebanyakannya yang menjadi figure rakan-rakan. Lebih senang cerita, golongan mentor SC, golongan AJK ataupun ketua-ketua apa saja,yang mungkin nampak hebat di mata masyarakat.

"Tak boleh tegur ke golongan ni kalau dorg ada buat silap?"

Mungkin aku termasuk dalam golongan yang susah menerima by-hand teguran dari sesiapa.bukan la sebab aku menolak teguran,tapi tiada komitmen dari pihak yang lain.

Siapakah kami?

Kami adalah manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan. Kami adalah manusia yang sentiasa lupa pada banyak perkara. Kami adalah biasa. Tiada yang lebih berbanding kamu. Kami berhak ditegur kerana kami adalah insan yang hina seperti kamu.

Kami adalah manusia yang memerlukan nasihat serta tunjuk ajar dari kamu. Sepertimana kamu memerlukan nasihat dan tunjuk ajar dari orang lain. Kami juga begitu. Kami bukanlah malaikat dari langit yang sangat bersih dari kotor dosa.

Kami juga...dah2, cukuplah. Yang pastinya kami adalah seperti kamu semua.

Yang perlu ditegur andai adanya silap salah.

Situasi 1
Aminah seorang yang sangat kuat berdakwah tetapi suatu hari dia terlupa untuk memberi makan kucin sepenjagaannya dan ahli rumah yang lain. Bedah pula memendam perasaan dengan Aminah disangkanya Aminah sengaja tidak memberi makan kucing mereka kerana lebih mementingkan kerja dakwahnya. Bedah hairan kenapa Aminah boleh lupa tanggungjawabnya pada kucing itu?Sedangkan itu tanggungjawab umum semua ahli rumah.

Situasi 2
Izyani seorang yang sibuk. Entah sibuk ape entah. Pada hari Sabtu tadi, Izyani telah berjalan dengan gagahnya ke ABC Bank (nama sebenar) untuk mengambil ATM card yang baru kerna ATM card yang lama ditinggalkan di Malaysia. Tiba-tiba ketika menolak pintu bank, alamak, hari Sabtu bank tak bukak.Dan akhirnya Izyani pulang dengan dompet yang kosong. Sedangkan sebelum ini Izyani sentiasa mengingatkan diri sendiri dan kawan kawan agar tidak pergi ke kaunter bank pada hari sabtu kerana ma'ruf hari itu hari cuti untuk bank.(kecuali ATM)

Izyani pulang sambil berfikir. Inilah jawapannya.

Manusia sentiasa terlupa. Janganlah ingat petahnya berkata menunjukkan bagusnya otak mengingat dan mengaplikasikan.Ia juga perlu sentiasa diingatkan agar tidak melupakan kata-katanya sendiri.Dengan bantuan manusia lain di sekelilingnya.

Appearance yang bagus tidak melambangkan kebagusan serta kesempurnaan dalaman, tetapi itu adalah salah satu cara untuk memantapkan hati dan iman.

bak kata Atun "ye la korang mane penah pakai seluar keluar.."

well, kamu semua tahu ke kebagusan hati seseorang yang tak pakai seluar keluar tu mcm mana?
tidak sama sekali, kamu takleh judge pon.Jauh sekali menganggap orang tak pakai seluar keluar itu sangat bagus, perfect, dan tahu segala benda tentang kehidupan.

Dia kadang kadang lupa untuk makan,lupa untukmenjaga hati orang lain, lupa untuk senyum dan lupa untuk menggembirakan orang sekeliling. Apa yang dia ada cuma harapan agar dia serta sekeliling lebih memahami antara satu sama lain.

Tragis betul.


Dan berpesanlah dengan kebenaran dan kesabaran.

Annaasu a3daa'u ma jahilu.(manusia itu musuh kepada apa yang dia tidak tahu)

posted by Izyani Rosley @ 5:34 AM,


0 Comments: