Biarlah masa itu menjadi ubatnya.
Maafkan saya sekali lagi.
sekali lg tolong maafkan.
Jangan stress kalau nasihat anda tidak dimakan orang. Tambah lagi kalau orang yang mendengar nasihat itu kepalanya boleh tahan kerasnya. (isk mengata orang pula). Tambah jua kalau orang itu jenis tak makan saman. Surat saman boleh pula dikoyak depan polis trafik. Tambah pula kalau anda sendiri yang tak pandai bagi nasihat. Asik nasihat je orang nangis, asik nangis je orang nasihat.
Oleh itu, janganlah memakan hati andainya nasihat itu tidak dimakan orang. Etiologi mungkin adalah disebabkan;
- Setiap kali anda menerbitkan nasihat, orang asik cakap "elleh, dia pun sama.."
- Nasihat anda tak kena tempat dan masa.
- Anda ibarat diktator ketika mengeluarkan nasihat.
- Anda tidak mahu cuba masuk ke dalam kasutnya.
- Pendengar tidak mendengar nasihat kerana mungkin sedang mendengar mp3 mahupun mp4.
- Kurangnya doa yang ikhlas dari penasihat.(mungkin anda nasihat kerana takhta, harta mahupun wanita)
- ataupun sebab terakhir, Allah belum membuka hatinya.
"Pada suatu hari, di sekolah _ _ _ _ _, perak, terjumpalah penulis dengan seorang kanak2 yang 2 tahun muda dari penulis. kanak kanak ini sangat hebat perilakunya mengalahkan artis, dan akhlaknya bagai dilambung ombak, auratnya , solatnya entah kemana. berbuih mulut para penasihat veteran memberikan nasihat agar dia boleh mengikuti tertib seorang muslimah tetapi, mungkin kerana hidayah belum sampai..maka dijadikan cerita, sang penulis telahlah berjumpa dan sempatlah menyelami kehidupan kanak kanak ini.Walaupun penulis hanyalah pelajar baru dan pelajar 2nd intake pulak tu tetapi kerana tidak tahan dengan perilaku kanak kanak ini yang tidak menunjukkan kemusliman dia, maka, pada suatu hari, setelah banyak kali mencuba, sang penulis telah menegur secara kasar la kanak kanak ni.Mungkin berjaya menyuruhnya menutup aurat tetapi malangnya mungkin hanya pada masa itu sahaja. Kerana kesan serta merta bukanlah tahan lama kerana proses menerima hidayah itu adalah lama meskipun mak ayah menamakan anaknya dengan unsur2 hidayah seperti huda, hidayah,hadi mahufun taufiq (semata-mata,tiada kena mngena hidup atau mati).kerana selepas kejadian itu, kanak kanak itu masih lagi mengulangi tabiat lama.siap makin kurang ajar lagi dengan penulis.padan la muka penulis sebab tak belajar cara menegur yang betul"
Maka bersabarlah wahai penasihat, doalah banyak banyak semoga apa yang dinasihatkan sentiasa dibilang oleh ALLAH.La haula wa la quwwata illa bILLAH.
Dan antara faktor kenapa anda tidak boleh memendam perasaan, mengecilkan hati serta stress apabila nasihat tidak diterima pakai :
- stress membawa banyak kesan buruk kepada tubuh badan. Antaranya ialah sakit kepala, anda letih dan memerlukan tidur yang lama (tidur lama kurangla masa study.btul tak), kurangnya konsentrasi dalam kelas, anda akan banyak membuang masa dengan perkara yang tidak perlu (anda perlu mencari kerja lain agar anda tidak sunyi dan mengelakkan anda berfikir tentang perkara yang menyedihkan ini).stress juga boleh mengurangkan imun badan, gejala Perasaan Marah Sebulan-sekali yang melampau, jangkitan Herpes serta banyak lagi.
- muka anda kelihatan lebih tua.Silap-silap senyum pun tiada.
- kurangnya minat untuk memperbaiki diri (mungkin kerana ada unsur putus asa disitu)
- lebih parah jika ia membawa kepada tidak husnuzzon dengan Tuhan.
Correct me if I'm wrong, Support me If I'm down.
Wallahu A3lam.
posted by Izyani Rosley @ 5:05 AM,
2 Comments:
At December 14, 2008 at 1:07 PM, Anonymous said...
senjata perisai seorang daie yang paling kuat adalah doa,doa,dan doa
maka jgnlah jemu berdoa
At December 16, 2008 at 3:04 PM, Anonymous said...