Bantuan Diperjuangan
123. dan Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan Dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).
124. (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Engkau berkata kepada orang-orang Yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, Bahawa Allah membantu kamu Dengan tiga ribu tentera dari malaikat Yang diturunkan?,"
125. bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu Dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu Dengan lima ribu malaikat Yang bertanda masing-masing.
Malaikat dalam konteks perang badar, adalah bermaksud malaikat yg diturunkan khas untuk menolong 313 kaum muslimin ketika itu.
Malaikat yang turun ade bekal pedang atau panahkah?Tidak!
Malaikat ini lah yang bersama muslimin membunuh kafir.Menguatkan tikaman dan melajukan gerakan serta menggetarkan musuh.
Malaikat inilah yang menguatkan,menetapkan kaki kaki bakal syahid ini di hadapan musuh, agar tidak undur dan bangun semula andai jatuh.5000 untuk tugas ini sahaja. Ma syaa Allah!
Semangat btul!Tak heranla Hamas bleh menang!
Bagaimana?
"....oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu)..."
Bukan free nk dapatkan bantuan sokongan, ia perlu dibayar-prepaid -dengan taqwa.
..hukhuk, nak jugak malaikat!..
posted by Izyani Rosley @ 4:05 AM,
0 Comments: