Daging ni buat gulai.Abah pakar buat gulai.jadi kerja menggulai kerja abah. kami yang perempuan membalut ketupat saja.Dan mengukur nyiur(kukoq nyoq).masih lagi asli.bukan dari paket.mesin bulat makan tangan pun tiada wujud disini.kecuali yang manual.20 tahun juga kukur tu berjasa.bukan ketinggalan tapi senang kerja.senang disimpan.dan lebih ayu.haha
Dan menjadi gadis pemerah santan.oh bukan, mama menjadi wanita pemerah santan.
Kendian dari memerah santan, santan dimasak dengan beras pulut.Lagi lemak santan lagi best tapi kali ni takleh lemak sangat sebab abangku dah gemuk,perut pi dulu kalau bejalan, maka makan lemak lebih sikit dah sakit gall bladder.(aku rasa la) maka beras pulut, santan dan sikit garam dimasak sampai separa masak.
Taun ni 2 bangsa.Apartheid.Pulut hitam dan pulut biasa.
maka siaplah dihidang dalam talam pelbagai.supaya mudah sejuk dan senang dibalut.
Haa ni cerita aku tak reti membalut.Mama rilek2 buat ketupat kali ni sebab bajet taun ni aku balik n tolong dia balut ketupat.tapi malangnya aku mengambil masa sejam jugak untuk ingat balik step membalut sampai daun satu tu jadi lonyai.
muka dah herot dah sebab tiap taun buat, tiap taun jugak lupa. namun akhirnya,huh, dapat jugak buat. air kat bawah tu adalah untuk melicinkan pergerakan pembalutan ya.kalau yang tak puasa dan curi makan pulut separa masak, alamatnya masuk angin la perut.
Setelah berpenat lelah revise cara pusing daun yg betul (penting ni kalau tak, akan ada lubang kat ketupat n waktu kukus nanti masuk air n jadik lembik pulak), maka taraaaaa, ni habuan aku. macam macam jenis.kecik besar.tapi ada org bukan utara cakap aku balut pesen betina.ntahlah.ni ja yang mak aku peturun kat aku.
setelah balut n simpul, finally, dia kena buat simpulan mati kat apex ketupat. supaya tak masuk air kot n lebih kemas tak terbuka.
kita bagi kerja ni kat orang yang gagah perkasa.iaitu pemain ManU yang dah bersara dan tembun.Dik Muhammad.
yang ni yang aku punya saja.tak leh campur.haha.obses2. dan besedia utk dikukus.
Ni pulak kisah daun palas tak cukup.Daun pisang pun boleh.ikat guna tali rapia.tapi ni hudoh la sebab aku yang buat.dah senja dekat berbuka dah waktu tu.contra dgn tuan.
nanti cicah la dengan gulai daging abah atau rendang kak eda.yang mana laku?
Macam biasalah.laptop jadi mangsa mandi wap dapur.Pasang jugak lagu raya.dah radio lagu baru orang tua pakat tak suka.dengar lagu klasik juga.Seb baik streamyx berjasa sampai ke dapur.
Bila Tiba hari raya, solat raya dan pakai baju baru. adik beradik mak pak menakan semua mai rumah.makanla ketupat hasil tangan kami sekeluarga.hidang dia mcm ni la, tak yah bagi daun palas, sebab orang malas makan daun palas, buang mcm tu saja.
Selamat berketupat!
Ini mungkin tandanya fasa ingat pada Malaysia.
3 Comments:
At December 28, 2008 at 11:10 AM, Anonymous said...
At December 28, 2008 at 1:28 PM, Anonymous said...
-yani
At February 9, 2009 at 5:11 PM, Anonymous said...