...adalah karena perbuatan tanganmu sendiri...
Namun ini semua mustahil.Kerana kita adalah orang yang berakal. Dibiarkan pada kita untuk berfikir salah betul pebuatan kita.
Namun kasihan, kerana ramai yang tak dapat menggunakan privilege ini. Engkau engkau aku aku.
Jarang sekali berfikir akan tindak tanduk sendiri.
42:30. apa yang terjadi dari musibah, adalah karena perbuatan tanganmu sendiri. manusia, khasnya aku, jarang sekali berfikir akan pernyataan ini. kalau berfikir mungkin hanya sejenak. jarang sekali berfikir dalam-dalam.
Musibah adalah suatu bencana yang Allah beri pada kita. Tak kiralah dalam apa jua bentuk, bala', ataupun waba' , ataupun fakhsyaa'. Dan umumnya tahu, bala' itu ditimpakan kepada satu2 kumpulan masyarakat, bukan kerana semuanya jahat bermaksiat, tapi kerana segelintir, mungkin hanya seorang yang jahat, tapi yg lain2 yang baik itu hanya melihat, tidak berusaha membaiki kejahatan itu, maka padahnya, semua terkena.
Kerana apa?Kerana Allah mahu kita BERFIKIR.musibah sebagai stimulus untuk orang baik itu berfikir akan kejahatannya tidak berusaha bangun membaiki keadaan. sebagai stimulus juga kepada orang jahat itu berfikir akan kejahatannya sentiasa melakukan perbuatan jahat atau maksiat.
Dan waba'?TB, Brucellosis, demam kura-kura, selesema, herpes, mahupun apa-apa penyakit epidemic yang melanda, juga satu peringatan buat kita. Setiap yang sihat dan sakit, stimulated untuk BERFIKIR akan kejadian ini. Bukanlah maksudnya yang sakit TB, salahnya menyedut tubercle bacilli sendiri-sendiri (baca : Mycobacterium tuberculosis), tapi pesanan Tuhan agar orang lain janganlah meludah merata-rata kerana yang akan sakit nanti orang lain yang tak bersalah. Agar manusia BERFIKIR akan apa yang sebenarnya Allah nk tunjuk pada kita hakikat musibah ini. Agar semua beradab tertib selepas peringatan dalam bentuk waba' ini diturunkan pada kita.
Taknak berfikir lagi?
Cuba berfikir tentang secret admire masing2 (yang ni ramai suka). Masing masing ada pengawal-malaikat dan syaitan. Bukan disebabkan chemistry (ni aku pun tak paham apa konsep dia sbnarnya) kamu terasa akan keterikatan suka sama suka, ataupun apa-apa ajalah term yang digunakan untuk menggambarkan cinta kura-kura sama manusia ni berbalas-balas, tapi disebabkan adanya internet antara syaitan masing masing yang sentiasa beri signal kepada syaitan yang lain untuk sama-sama membisikkan "sesuatu" kepada hati yang satu lagi. Maka wujudla apa yang kita kata, aku ingat kamu, kamu ingat aku. maka... kahwinlah manusia sebelum akad.. ohhla...ada jugak
Bisikan syaitan itu ada dimana-mana.Cuma cara kita berurusan dengannya. kalau cepat istighfar maka hilang la syaitan terbakar, jika layan, maka wujudla gelombang aura yang mengacau hati dari ingat pada Tuhan, dan bla-bla-bla. Tau kan apa consequencenya.
Ini juga satu musibah kepada hati yang hidup supaya sentiasa beringat.supaya kembali pada Tuhan.
Ok balik kepada cerita asal.
Kenapa musibah bertimpa timpa?
Seorang dijangkiti tibi.
Masih tak beringat juga manusia akan salahnya.
Palestin dibom.
Masih tak beringat juga manusia akan salahnya.
Seorang lagi dijangkiti tibi.
Masihkan kita ulang ketidakingatan kita.
(Apply jugak untuk yang ada masalah ekonomi, masalah perumahan, masalah akademik ataupun masalah pembangunan insan, masalah kebajikan dan lain lain lagi yang berkaitan)
Come on, ini bukan perkara sendiri sendiri. Kita hidup dalam masyarakat, maka setiap yang jadi perlu difikirkan secara mujtama', bukan sendiri sendiri. Kalau seorang dinaikkan biasiswa MARA, habis semua tak puas hati kenapa dia jugak tidak dinaikkan elaun, namun kalau seorang dijangkiti penyakit, kenapa susah untuk berfikir kenapa hanya dia seorang dijangkiti penyakit?
alasannya mudah, kerana kita selfish.mementingkan diri sendiri.Yang seronok untuk semua, yang tak seronok itu kalau boleh localize.
Mungkin bala' kita kali ini dalam bentuk penyakit yang bertimpa2.Takut juga. Takut juga kalau kita tak ingat-ingat, Allah bagi bala' dalam bentuk lain pula.
Hisablah diri sendiri-aku ni tergolong dalam golongan maksiatkah?
"..suatu musibah yang menimpa masyarakat di dunia sebelah timur, adalah puncanya dari perbuatan masyarakat di dunia sebelah barat. kerana mereka ini adalah terikat dalam satu akidah yang sama.."
-Amru Khalid.
Contohnya, kerana Husni Mubarak iktiraf Israel, habis beribu-ribu rakyat palestin hanya disebabkan pemimpin yang seorang ini.Abes arr mesir..tunggu la musibah Tuhan pasni.
Kerana kita, orang lain yang menerima kesan, bala dan musibah.Fikirkanlah.
......dan Allah memaafkan banyak dari kesalahan-kesalahanmu..
......sesungguhnya dari Allah lah kita datang dan kepada Allah jugalah kita kembali..
Allahuta3ala a3lam.
posted by Izyani Rosley @ 12:29 PM,
7 Comments:
At January 14, 2009 at 2:20 AM, ainfarhan said...
hehe.
At January 14, 2009 at 4:13 AM, Izyani Rosley said...
At January 14, 2009 at 10:12 PM, ainfarhan said...
cite 40 pemanah uhud yg turun bukit uhud mase rasulullah kate jangan. pastuh sebab dorg turun Allah matikan ramai pejuang Islam dlm perang tu, tp tak satu pun pemanah yg turun dr bukit uhud tu mati. Dan akhirnya kan Islam kalah perang uhud. Jadi cerita tu jadi cerita maksiat 40 pemanah uhud. sebab maksiat dorg, org laen yg mati. tapi Allah tak bg sorg pon dr kalangan dorg yg mati supaya dorg tanggung rasa bersalah tuhlaa.
kire ade kaetan kan ngn post ko? ade kan3?
At January 14, 2009 at 11:52 PM, Izyani Rosley said...
sbb jahilliyah 2008 ni lagi teruk dr jahiliah sblm 1470 tahun yg dulu.dulu org bunuh anak pempuan je tapi skrg tak kire laki pempuan anak zina org bunuh letak dlm tongsampah lepas lahir.
terukkan?
At February 9, 2009 at 5:07 PM, Anonymous said...
At February 12, 2009 at 8:18 PM, Izyani Rosley said...
=)
At February 15, 2009 at 6:21 PM, Junaidi Blog said...