lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Monday, March 22, 2010

Erti satu kehidupan baru.

Bukan bercakap tentang orang yang baru tukar status dari bujang kepada kahwin.

Bukan juga bercakap tentang orang yang baru pindah ke rumah baru dan punyai hidup baru.

Bukan juga tentang pertukaran musim sejuk yang belum lagi terjadi.

Tetapi tentang satu hidup baru di fasa Peranakan dan Sakit Puan, salah satu silibus yang perlu saya lalui dalam beberapa minggu lagi untuk melengkapi diri menjadi seorang wanita
doktor.
Gelombang hargai-ibu-dan-bini-kerana-penat-beranak sudah dilalui oleh saya dan rakan-rakan setelah didedahkan dengan proses menyakitkan bagi bayi dan ibu yang hamil sembilan bulan. BERANAK, atau bahasa sopannya melahirkan anak. Sudah saya tidak mahu bias lagi. Banyak kelebihan pada wanita yang kerjanya mengandung, melahirkan anak, dan kalau taat pada suami jaga puasa jaga solat terus masuk syurga, banyak kan kelebihan perempuan?

oke sudah.
Satu hari itu, saya dan kawan saya telah pergi melawat satu jabatan melahirkan anak. Yang kerjanya membuat goresan dalam daging pada dinding abdomen wanita hamil yang tidak boleh beranak seperti biasa yakni perlu beranak secara pembedahan. C-section orang panggil. Orang arab pula panggilnya Kaisar. Ceaserian Section bagi yang lurus. Maka dengan terujanya melihat pembedahan itu dijalankan hanya dalam 2 minit setelah segala persiapan bius dilakukan pada wanita itu.

Saya tidak mahu menggambarkan fasiliti pembedahan mereka.

Tapi apa yang pasti 2 menit yang jaya itu cukup untuk mengeluarkan bayi dan setelah itu bayi itu dilarikan ke bilik sebelah bagi membolehkannya dibersihkan ala kadar, ditepuk-tepuk belakang secara kasar, diberi oksigen dan disedut cairan yang tidak perlu ada dalam paru-parunya. Semua ini hanya dengan satu tujuan, membolehkan bayi itu bernafas dan menangis (sebagai tanda berjayanya ia mengembangkan paru paru yang kempis sebelum ini)

Cerita lanjut tentang bayi, nantilah .saya bukan ahlinya lagi. Cuma signifikan yang mahu saya kongsi : kelahiran baru itu menginsafkan.sungguh.

bayi yang di"resuscitate" setelah dikeluarkan dari perut ibu mereka itu, oh, sungguh menginsafkan. jika anda sendiri yang melihatnya, anda bagaikan "Subhanallah, nyawa yang Allah beri, bukan satu benda yang main2". Tambah pula bila lihat muka nurse yang resuscitate bayi itu, berkerut jika telah lama meepuk2, bayi masih belum mahu nangis. Tambah pula kalau kebetulan waktu itu hospital syatby itu terputus bekalan eletrik. Aduh, waktu itu, yang akan hanya anda fikir : survivelah bayi, insyaAllah masa depan kau cerah. Allah bantulah dia. Ini yang saya bisikkan dalam hati bila bayi kembar itu lebih 3 minit tidak bersuara walau pelbagai jenis trauma yang dia terima dari nurse tadi.

Hati saya tersentuh.

Ibu tadi perutnya (baca : dinding abdomen depan dan uterusnya) terbuka dan sedang dijahit doktor. si anak pula sedang berjuang untuk mendapatkan satu nyawa yg Allah janji untuk pinjamkan padanya untuk beberapa lama yang telah ditetapkan tempoh.

Kedua-duanya berjuang untuk satu kehidupan baru.

Kedua-duanya jika survive perlu hormati antara satu sama lain, satu persamaan yang mengikat kedua-duanya dengan tali kukuh-hubungan ibu dan anak. dan satu lagi ayah.tidak akan dilupa kerana telah berjaya menghantar ibu mengandung tadi ke hospital bersalin. Dan pastinya lebih dari itu.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Luqman, 14)

Hidup baru ini kemudiannya diserikan lagi dengan didikan mantap dari ibu ayah, akhlak yang mahmudah anak kepada ibu ayahnya, dan seterusnya bait muslim bahagia dan diredha Allah SWT. sama-sama doakan yang baru lahir itu, satu generasi baru yang akan menegakkan Islam dimuka bumi, tak mengira siapa pun ibu ayahnya.

dan doakan untuk anak-anak kita juga :)

posted by Izyani Rosley @ 10:57 PM,


6 Comments:

At March 24, 2010 at 5:39 AM, Anonymous nourah mahabbah said...

bila ditanya,knl x sapa ibu hassan al-banna? jwpn : x knl
sapa ibu ulama fathi yakan? jwpn : x knl..

wlwpun ibubapa mrk x dikenali, tp mrk sgt dikenali,dikagumi,disanjungi...x msthil utk kite bakal ibubapa yg biase2 ni, blh melahirkan anak2 yg bakal mnjadi ulama,mujahid, syahid lil Islam=)

anak2 masa depan...moga kamu dididik dgn smprna=)  

At March 24, 2010 at 6:15 AM, Blogger Izyani Rosley said...

ye! ni yg smngt nk ade anak ni!  

At March 28, 2010 at 8:55 PM, Anonymous sasraz said...

apabila nourah mahabbah memberi komen..
ahaks!^-^

..err.. knapa saya takde perasaan pape eh bila bace n3 ni.. saya tak normal kah?  

At March 29, 2010 at 4:54 AM, Blogger Izyani Rosley said...

hehe, sarah ni lampi la bab2 ni,

orang muda2 kata innocent lagi :)  

At April 2, 2010 at 11:12 PM, Blogger kucIngbUnge said...

bile bce entry ni,

sy rase.......

homsick!

huu~:(

bonda,,,ayahanda...

rindunye...

**kak sarahmmnnt kite syarah lebih kt klas ea..bg kak sarah rase normal ea..
pss..klas tutor tambahan,,ngah3  

At April 3, 2010 at 10:40 PM, Anonymous Anonymous said...

heee, dah bape taun dah akk syarahkan kat kak sarah tapi tak berkesan lg la. takpe2, sarah tak kisah kan

izyanhi rosley