lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Tuesday, May 11, 2010

mengambil semangat uhud



*saya pun tak pasti kenapa gambar tu buruk sangat. tapi itulah bukit uhud yang dicantum2kan. fresh dari ladang, tiada tambahan photoshop di sini.nanti2 saya ambil kelas fotografi :)

waktu nak exam ni lah semangat mula merudum, semangat yang kurang itukah yang bakal digunakan dalam menempuh ujian yang boleh tahan besar?

bagi saya tidak!

kalau dulu takda mood nak exam selalu tengok cerita perang, tapi sekarang, cukuplah buku raheeq makhtum itu sebagai pembangun semangat.

rasa nak paste semua bagi semua baca. (kalau post semua baik attach buku tu je terus kat sini.) ni keratan saje, sapa nk baca onine, scribd ada, cari situ. hee,

slamat bermujahadah semua!
ya Rasulullah, saksikanlah yang kami tidak akan membantahi kata-katamu lagi. T.T

TENTERA ISLAM BERKECAMUK DI TENGAH-TENGAH SUASANA YANG GAWAT


Setelah tentera Islam dikejut dengan serangan mendadak, mereka terperangkap di dalam kepungan musyrikin, kini mereka hilang perkiraan, tiap orang memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan diri masing-masing. Masing-masing mula melarikan diri dan meninggalkan medan peperangan tanpa mempedulikan apa di belakangnya, sebahagian dari kumpulan ini lari hingga sampai ke Madinah, yang lain lari bersembunyi di bukit-bukit, terjadi pula di mana sebahagian yang lari itu berpatah balik untuk berperang, hingga dengan itu berlaku kecelaruan bercampur baur dengan tentera musyrikin, di antaranya tidak dapat cam di antara satu sama lain malah hingga terjadi pembunuhan sesama tentera Islam.


Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Aisyah (r.anha) katanya: "Di dalam peperangan Uhud, kaum musyrikin menerima kekalahan yang parah hingga dengan itu ibUs bertindak melaung dengan katanya:


"Wahai hamba-hamba Allah! Awas belakang kamu", maka dengan itu tentera Islam yang lari, berpatah balik menyebabkan tentera Islam berbunuhan sesama sendiri.


Huzaifah tak semena-mena telah melihat bapanya dan terus melaung: Wahai hamba Allah! itu bapaku, itu bapaku. Kata Aisyah: Demi Allah! mereka tidak membiarkannya malah terus mereka membunuhnya.


Kata Huzaifah: Demi Allah! mereka tidak membiarkannya, malah terus mereka bunuhnya. Kata Huzaifah: Allah memaafkan kamu.


Kata Urwah: Demi Allah! pada Huzaifah masih tetap dengan ciri-ciri kebaikannya hinggalah beliau menemui Allah."


Kumpulan inilah yang menyebabkan kekacauan di dalam saf tentera Islam, membawa kepada huruhara, sebahagian darinya kebingungan tidak tahu arah mana hendak dituju, dalam keadaan begini tiba-tiba mereka mendengar pemanggil melaung: "Nabi Muhammad sudah terbunuh". Orang-orang Islam menjadi panik kebingungan, semangat juang kini berkecai, atau seakan-akan bercerai dari setiap individu, di antara mereka ada yang sudah tidak berperang lagi malah terus membuang senjata dan berdiam diri, yang lain pula ada yang memikirkan untuk berhubung dengan Abdullah bin Ubai kepala munafiqin bertujuan mendapat perlindungan dari serangan Abu Sufian.


Dalam keadaan begini maka Anas bin al-Nadhr berlalu di hadapan mereka yang telah lemah semangat lalu beliau menyeru kepada mereka: "Apa yang kamu tunggukan ini?"


Jawab mereka: "Rasulullah sudah terbunuh".


Jawab beliau: "Kalau demikian, tak ada erti hidup selepas Baginda. Kalau demikian matilah kamu seperti mana Rasulullah mati.Ya Allah,Ya Tuhanku sesungguhnya daku memohon maaf akan tindakan golongan ini, yakni kaum muslimin. Dan daku menjauhkan diri dari angkara apa yang dilakukan oleh golongan musyrikin".


Dengan itu beliau terus mara dengan perjuangannya. Di dalam kancah pertempuran, itu beliau bertemu dengan Saad bin Muaz.


Maka bertanya Muaz: "Ke mana wahai Abu Umar?".


Jawab Anas: "Aduh! selesanya daku menghidu udara Syurga wahai Saad, kini daku menciuminya di perkarangan Uhud ini".


Beliau terus bertempur hingga jatuh sebagai Syahid. Tidak dikenali beliau di akhir peperangan, kecuali saudara perempuannya yang cam dengan jari-jari tangannya, kerana terdapat lebih lapan puluh tetakan di jasadnya, bekas tikaman tombak, tetakan pedang dan asakan anak panah.


Di sini, Thabit bin Dahdah menyeru kaumnya dengan berkata: "Wahai kalian Ansar, kiranya Muhammad sudah terbunuh dan mati, maka sesungguhnya Allah tetap hidup tidak mati. Ayuh! berperanglah kamu kerana agama kamu, sesungguhnya Allah membantu dan memenangkan kamu".


Dengan itu, maka berkumpullah sebahagian dari orang-orang Ansar dan terus mereka menerkam ke kelompok tentera berkuda Khalid, bergelut habis-habisan hinggalah Khalid menikamnya dengan tombak dan membunuh sahabat-sahabatnya yang lain.


Juga berlaku di mana seorang lelaki muhajirin menghampiri seorang Ansar yang berlumur darah, terus beliau bertanya: "Saudara! Kau sedar tak di mana Muhammad yang sudah pun terbunuh?"


Jawab al-Ansar: "Sekiranya Muhammad telahpun terbunuh maka Baginda sudah pun mencapai tujuannya, sedang kamu pula hendaklah berperang mempertahankan agama kamu ini.


Dengan semangat juang dan keberanian seperti ini, maka tekad perjuangan kembali memarak semula di kalangan seluruh tentera Islam, kembali menyedari hakikat diri mereka, menarik balik idea untuk menyerah atau berhubungan dengan Ibnu Ubai, terus masing-masing mengambil senjatanya memulakan serangan ke atas tentera musyrikin yang sedang berusaha membelah jalan ke markas pimpinan Islam.


Kini tentera Islam sudah mengetahui bahawa berita kematian Rasulullah itu semata-mata dongeng dan cerita rekaan dan dusta, dengan itu mereka semakin kukuh dan bersemangat. Akhirnya mereka dapat memecah kepungan Quraisy dan berjaya berhimpun semula di sekeliling markas di samping meneruskan peperangan dengan lebih nekad dan menyerang lebih agresif lagi.


Terdapat sekumpulan yang ketiga tugas mereka hanya dan sanya mengawal Rasulullah, kumpulan ini mempertahankan Rasulullah dan membenteng Baginda. Mereka terdiri terutamanya dari Abu Bakr, Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi Talib dan lain-lain. Sebelum ini mereka adalah penyerang di saf hadapan, namun setelah dirasai Baginda di dalam berbahaya, mereka berpatah ke markas pertahanan mempertahankan diri Rasulullah di saf hadapan.



PERTEMPURAN SENGIT DI SEKELILING RASULULLAH (S.A.W)


Ketika tentera Islam sedang dikepung dan tersepit dicelah asakan tentera musuh, pertempuran terus memuncak di sekitar Rasulullah, sebagaimana yahg kita sebutkan bahawa semasa kaum musyrikin memulakan kepungan, tentera Islam yang ada bersama-sama Rasulullah hanya sembilan orang sahaja.


Tetapi apabila Rasulullah menyeru kaum muslimin: "Ayuh di sampingku! Aku Rasulullah! Seruan itu telah didengar terlebih dahulu oleh kaum musyrikin. Apa lagi, mereka pun terus menerkam ke arah Rasulullah beramai-ramai.


Sebelum sempat tentera Islam berkumpul semula, maka berlakulah pertarungan hebat di antara mereka dan tentera Islam yang sembilan orang itu. Padanya terpamer satu segmen kepahlawanan, keberanian, dedikasi dan kecintaan terhadap diri Rasulullah. Imam Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersendirian di dalam peristiwa Uhud bersama dengan tujuh orang Ansar dan dua orang Muhajirin Quraisy, setelah mereka hampir mengancam Rasulullah, Baginda pun merangsangkan mereka dengan sabdanya:


"Siapa yang dapat mengundurkan mereka Itu dari kita, maka balasannya Syurga. Atau ianya temanku di Syurga".


Maka tampillah seorang pemuda Ansar,terus bertarung hingga beliau jatuh syahid. Musyrikin sekali lagi mengancam Baginda. Baginda menyeru sekali lagi. Beginilah berulang kali hingga ke tujuh mereka jatuh sebagai syahid semua.


Kata Rasulullah lagi kepada dua orang muhajirin Quraisy: Kita belum bertindak adil dengan sahabat-sahabat kita itu. Orang terakhir dari kumpulan tujuh orang itu ialah Ammarah bin Yazid bin al-Sakan, beliau berjuang hingga luka parah menyebabkan beliau jatuh dan tidak berdaya lagi untuk berperang.


Terdapat sekumpulan yang ketiga tugas mereka hanya dan sanya mengawal Rasulullah, kumpulan ini mempertahankan Rasulullah dan membenteng Baginda. Mereka terdiri terutamanya dari Abu Bakr, Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi Talib dan lain-lain. Sebelum ini mereka adalah penyerang di saf hadapan, namun setelah dirasai Baginda di dalam berbahaya, mereka berpatah ke markas pertahanan mempertahankan diri Rasulullah di saf hadapan.


DETIK CEMAS DI DALAM KEHIDUPAN RASULULLAH (S.A.W)
Setelah beberapa ketika selepas terjatuhnya Ibnu al-Sakan sebagai syahid, maka tinggallah di saat itu Baginda dengan dua orang Quraisy itu sahaja, mengikut al-Bukhari dan Muslim riwayat Abu Uthman: Tiada siapa pun bersama-sama Rasulullah di hari itu untuk berperang di sisinya, selain dari Talhah bin Ubaidillah dan Saad bin Abi Waqqas, itulah saat yang tercemas di dalam hidup Baginda, dan peluang keemasan bagi pihak musyrikin.


Peluang ini tidak dibiar berlalu tanpa dipergunanya, mereka telah mengasak tubi ke atas kedudukan Rasulullah, kesemua mereka sebulat pakat untuk menlenyapkan Rasulullah, Utbah bin Abi Waqqas telah melontar Rasulullah dengan seketui batu hingga terjatuh ke atas diri Baginda dan terluka di kepalanya, menyebabkan terpatah pula gigi depan sebelah kanan dan bibir bawah Baginda terluka.


Abdullah bin Syihab meluru ke hadapan Rasulullah dan memukul menyebab dahi Baginda terluka, datang lagi penunggang ganas Abdullah bin Qamiah menetak Rasulullah ditengkoknya dengan pedang namun beliau tidak dapat melukakan kerana terdapat dua lapisan baju besi yang dipakai Baginda. Walau bagai manapun oleh kerana hentakan pukulan itu terlalu kencang menyebabkan Rasulullah mengadu .kesakitan beberapa bulan' selepas kejadian itu, sekali lagi Ibnu Qamiah memukul dahi Rasulullah sekencang yang pertama menyebabkan dua gelang baju besinya menikam masuk ke dahinya bersama jeritan bengisnya: Nah! terima ini, dan kenalilah aku ini Ibni Qamiah.


Jawab Rasul sambil menyapu darah dari mukanya: "Aqma'aka Allah" bertepatan dengan nama Ibni Qamiah yang membawa erti: "Allah mengkerdilkan/menghinakan kamu" Di dalam hadith sahih meriwayatkan bahawa gigi depan Rasulullah terpatah, kepalanya terluka hingga darah pun mengalir, namun Rasulullah masih menyebut: "Bagaimana boleh berjaya sesuatu kaum yang melukakan muka nabi mereka, mereka mematahkan giginya semasa Baginda menyeru mereka kepada Allah".


Di sini Allah menurunkan firmanNya: "Tidak ada sesuatu pun bagimu dari urusan mereka, sehingga Allah menerima taubah mereka, atau menyiksa mereka, sesungguhnya mereka itu orang-orang yang wlim" (Ali-Imraan: 128)


Di dalam hadith riwayat al-Tabrani dengan katanya: Bersangatan kemurkaan Allah ke atas satu kaum yang mencederakan muka RasulNya, setelah beberapa ketika Rasulullah berdoa: "Ya Allah ya Tuhanku ampunilah kaumku lantaran mereka tidak mengetahui". Sedemikian juga tersebut di dalam sahih Muslim dengan katanya: "Tuhanku ampunilah kaumku lantaran mereka tidak mengetahui". Manakala di dalam kitab "al-Shifa"' oleh al-Qadhi Eyadh pun menyebut makna yang sama: " Ya Allah ya Tuhanku berilah hidayat kepada kaumku lantaran mereka tidak mengetahui".


Sebenarnya tidak syak lagi tindakan kaum musyrikin ini bertujuan membunuh Rasulullah (s.a.w), namun dua orang Quraisy tadi iaitu Saad bin Ibi Waqqas dan Talhah bin Abi Ubaidillah telah bertindak penuh kepahlawanan Islam yang luar biasa itu dan bertempur tiada bandingan, hingga tidak memberi kesempatan langsung kepada musyrikin mengaut kemenangan atau mencapai matlamatnya, kerana mereka berdua adalah antara pemanah yang terhandal di kalangan bangsa Arab.


Mereka bertempur dan berlawan hingga berjaya menggagalkan usaha unit khas Quraisy yang bertujuan membunuh Rasulullah itu. Semasa Saad bin Abi Waqqas meluncurkan panah-panahnya, Rasulullah bertindak menghulurkan anak-anak panahnya kepada Saad sambil bersabda:


"Panahkan mereka, bapaku dan ibuku jadi pembelamu".


Ini menunjukkan kehandalan beliau memanah. Tidak pernah Rasulullab mengesa seseorang sebelum ini dengan melafazkan perkataan dua ibubapanya selain dari Saad ini. Al-Nasai telah meriwayat hadith berkenaan dengan Talhah bin Ubaidillah, beliau meriwayatkan dari Jabir: Kaum musyrikin telah sampai ke hadapan Rasulullah,


di masa itu Rasulullah melaung: "Siapa sanggup mencabar askar-askar musyrik ini?".


Jawab Talhah: "Daku Rasulullah!"


Kemudian Jabir menceritakan kisah kemaraan orang-orang Ansar dan kematian mereka seorang demi seorang seperti yang kami sebutkan di dalam riwayat Muslim tadi. Setelah kesemua orang-orang di situ terbunuh maka tampillah Talhah ke hadapan.


Sambung Jabir. dengan katanya: Talhah pun terus bertarung melawan sekumpulan seramai sembilan orang musyrik, hingga tertetak tangannya menyebabkan tercantas jarinya,


maka kata Talhah; "Itu adalah baik". Jawab Rasulullah: "Sekiranya kau kata: "Bismillah" nescaya para malaikat mengangkat kamu dan sekalian manusia akan memerhati kamu".


Tambah Jabir: Kemudian Allah mengundurkan orang-orang musyrikin. Al-Hakim menyebut di dalam kitabnya: "al-Iklil": Berlaku di dalam peperangan Uhud ini di mana beliau terkena tetakan sebanyak tiga puluh sembilan atau tiga puluh lima lubang dan terpotong jarinya, manakala al-Bukhari meriwayatkan dari Quis bin Abi Hazim katanya: Aku melihat tangan Talhah terpotong, ini berlaku kerana beliau mempertahankan diri Rasulullah di dalam peperangan Uhud.


Al-Tarmizi meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda di hari itu katanya: "Siapa ingin melihat seorang syahid sedang berjalan di muka bumi ini, tengoklah Talhah bin Abdullah.


Manakala Abu Daud al-Tayalisi pula meriwayatkan dari Aisyah (r.a) yang berkata: Abu Bakar apabila disebut mengenai peperangan Badar beliau akan mengatakan! Hari itu semuanya milik Talhah.


Padanya Abu Bakar bermadah dengan syairnya: Duhai Talhah bin Abdullah


Bertuahlah dikau dengan Syurga

Habuanmu termaktub sudah

Binatang tunggangan nan mulia



Di saat-saat yang tersangat genting ini,Allah menurunkan pertolongan dari sebalik tabir ghaib, seperti yang tersebut di dalam kedua hadith sahih dari Saad, katanya: Ku lihat Rasulullah di dalam peperangan Uhud bersamanya dua lelaki yang serba putih mempertahankan Rasulullah, penuh ketangkasan, mereka berdua ini belum pernah ku lihat selama ini dan selepasnya. Di dalam satu riwayat yang lain menjelaskan dua lelaki yang serba putih itu ialah Jibril dan Mika'il.

posted by Izyani Rosley @ 2:47 AM,


0 Comments: