lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Saturday, March 15, 2008

Pelancaran Unit Bait Mulim dan Unit Hisbah




14 Mac, 10.30 pagi , kat markaz DPMI, tak jauh dari area kuliah ( 30 minit naik van or lebih dikenali tremko)



Tajuk haritu tak besar sangat pun, tapi cukup berbisa dan mampu menarik lebih kurang 50 pelajar perubatan Alex turun padang . Ye la , bab kawin, sapa tak mau dengar?


Majlis dianjurkan UPI (Unit Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Iskandariah dan dirasmikan oleh presiden sendiri)



Majlis dimulakan dengan slot ceramah bab Tauhid dan pecahannya ( namun aku miss slot ni sbb datang lambat kan..hehe. Malu kat adik SC, dorang sampai lagi awal dr mentor). So tak dapatla nak huraikan pasal tajuk ni.



Slot kedua mengenai Aurat dan Ikhtilat yang disampaikan oleh ustazah Fatimah, kuliah Syariah tahun ke 4. Beliau refresh semua berkaitan aurat. Bahgaian aurat, syarat tutup aurat, n all common things pasal aurat. Kisah ni tak penah senyap sebanya semakin hari, semakin banyak pulak nampak orang Islam buka aurat masing masing. masyarakat Islam sekarang lebih selesa membalut aurat instead of menutup aurat. Membalut ibarat nangka dipakaikan sarung. Bukan nak kisahkan cantik atau tidak, tapi tak ke rasa macam memperbodohkan diri sendiri dengan memakai pakaian ketat? Dia rasa macam tutup tapi dia masih lagi bagi hint kat orang sekeliling tentang apa yang ada dalam bajunya. Sekuntum bunga cina mungkin? Haha, lawak golongan macam ni. nA'uzubillah.



Bab ikhtilat pula , tentang syar'ie an tak syar'ie. pergaulan sesama lelaki dan perempuan yang dibenarkan hanyalah dalam beberapa perkara sahaja, antara yang aku ingat, dalam pekerjaan, dalam kesihatan, urusniaga, dan,.. tak ingat. Dan aku perasan kat situ dia tak statekan ikhtilat sya'ie dalam ber YM. macam mana ya?



khalwat. seorang lelaki, seorang perempuan. Dua lelaki, dua perempuan. Maka, akan ada la yang ketiga,..syaitan, dah slalu dengar dah benda ni. Tapi nasib baiklah ustazah tu ingatkan sekali lagi , bagaimana kalau kita nak buat kerja ( berurusan dgn partner yang berlainan jantina ?). Biasalah, seorang ajk lelaki, seorang lagi ajk perempuan. Barulah lengkap . Katanya , ada cara elakkan fitnah, antaranya: tak yahla berdua, ajakla teman. Jarak tu, janganla dekat, jauhkanla sjkit. Tempat meeting tu, jnganla mencurigakan , cari tempat yang ada orang ramai. lagi, kalau ada mahram atau suami/isteri, lagi bagus. (conference room YM, kalo 2 org cmne?)



habis slot tu, orang lelaki pakat sembahyang jumaat. Yang perempuan, sesi beramah mesra dgn ajk PERUBATAN Kaherah. Ada yang berqailulah, ada yang membeli belah sakan sebab kat markaz je la ada jual serai. Tak kurang juga ada yang mengisi dengan baca quran menanti slot seterusnya.



1.40 ptg.


puak lelaki naik markaz., seterusnya slot bersambung. Slot paling best. Pandai ajk pilih masa. petang petang kalau tak kena gaya, ada yang mengangguk saja sepanjang sesi ceramah, tetapi kali ni, semua mata cerah memanjangkan leher ibarat zirafah, kerana masing masing terkena panah. penerangan mngenai Bait muslim dan unit Hisbah.




Dr Ilham pelajar tahun 6, universiti Kaherah (sudah berumahtangga dan mempunyai 1 cahaya mata ..Sofi...dan menikah pada tahun ke4 studynya) memberikan ceramah utk slot ni. Pertama mngenai konsep unit ini yang membantu golongan yang ingin menikah melaksanakan hajat mereka. Samala macam unit merisik, cumanya merisik kali ni tak de la perempuan tu buat air hidang kat tetamu, cuma sekadar merisik melalui borang yang diisi dan dipersetujui bersama. Yang perempuan isi mengenai dirinya serta pasangan yang dihajati, begitu juga lelaki. Lepastu sign n tick either nak borang tu diproses ataupun tak. Kalau nak diproses, maksudnya bersedia utk dirisik, kalau tak diproses, senyap la borang tu. Jangan risau, borang tu secret n confidential. Tapi takpa, aku tak isi pon borang tu. Katanya wajib isi dan hantar, tapi , tak pa lah, tak dak taufik lg untuk hantar borang tu. Mama abah kata apa la kalau dia tau sistem ni. ...

Unit Hisbah ni pulak, adala macam polis, yang bersedia mencegah kemungkaran disamping menyeru kebaaikan terhadap ahli-ahli persatuan. Namun konsep hisbah ni agak Kontra dengan pandangan Ustazah Habibah, kenapa ya ( Ustazah Habibah ialah wakil JPMI)

maka, selesailah sudah tugasku kali ini ..penerbitan n PENERANGAN..;ni je laporan,

hehe, coming up next..

''Tak Couple Pun Susah..''

tunggu masa....

posted by Izyani Rosley @ 10:47 PM,


2 Comments:

At March 16, 2008 at 2:16 AM, Blogger saadahzaimi said...

salam, yani. kalau isi borg BM tu letak xyah proses pon xpe je kan?
hehe..ajk tunjuk la cth support persatuan!
n bab meetim ym, kire cam berdua jugak kan?
bagaimana ya?
kerja kerja jugak, syariat dan hati kena jaga...
kerana dari hati semua boleh terjadi...ada org nasihat kalau nak jumpa jugak dgn kaum yg berlainan jenis, kena ada org ketiga..n kalau meetim ym, ade org ketiga pon no hal kan?
just cdgn.boleh fikirkan.
cam familiar je next title,
harap konsep anda tepat!
mabruk.  

At March 18, 2008 at 10:03 PM, Blogger Izyani Rosley said...

nak kena isi ke?hm, tak yah penat2 habiskan dakwat , takde org nk tgk pon (bunyi mcm desperate je)tgk ah cmne, ade taufik hidayah, isi la kot borang tu. Muhasabah2, dlm keje2 yg kne buat, ISLAM tak leh dibuang, jd kwn2 sekeliling, kalo ade org suh teman jumpe kwn keje, jgn la lari, ye! (actly dah ramai yg jd magsa ngan kte.hehe)