Pahit itu jalannya.
-Bahtera nabi Nuh yang terdampar di bukit Ararat? between Armenia dan Turki
Dakwah dan tarbiyah : Siapa yang menginginkan keselesaan mahupun kesenangan, sungguh, kamu bukan berada dalamnya. Dengannya seribu kepayahan, dan sejuta pengorbanan diperlukan.
Sape yg nak?
Kamu?nak?jomla, hujungnya Allah janji dengan pengampunan dan bonus pahala yang besarr. Rujuk Al Fath : 29.
Kisahnya?Aku mahu petik 1 dari 25 kisah biasa. Biasa bagi yang jarang memerhati dan memikir.
Nabi Nuh.
Beliau merupakan Abul Basyar Assaniy.Bapa manusia yang kedua selepas Adam. Umurnya cukup panjang. Macam lagu saujana sepohon kayu,1000 tahun namun hidupnya cukup bermanfaat. 950 tahun daripadanya berdakwah. Iaitu 95% dari keseluruhannya.Ni congakkan je kalau tak caya picitla kalkulator.
Dan dari hidupnya, ada siang dan malam macam kita sekarang. Siang study manakala malam pula tidur berdengkur dan jarang jarang sekali bangun qiam. Tapi Nabi nuh siang malam dari 950 tahun itu adalah melakukan ajakan yang tiada henti bg kaumnya tika itu untuk mantauhidkan Allah. Kerana kaumnya tika itu jahil sejahilnya bertuhankan 5 patung keramat nenek moyang yang dikatakan sangat berjasa pada mereka. Waadd, Suwa’, Yaghus, Yaghuq, dan Nasra.
Dah la siang malam, tak berhasil, dan Nuh alaihissalam mengadu pada Tuhan :
"Sesungguhnya aku mengajak dorg siang dan malam, tapi takde pun menambahkan iman dorg. Pastu tiap kali aku ajak, dorg siap sumbat2 lagi telinga ngan jari jari mereka. Ade gak yang tutup kepala dan telinga dorg dengan baju, sombong sungguhla dorg ni ,oh Tuhan…"
Btw,nabi Nuh sentiasa merujuk masalahnya pada Tuhan sedangkan Tuhan sentiasa mngetahui segalanya. Macam tu la kita sepatutnya, sentiasa dengan Tuhan dalam setiap perkara. Kerana sesungguhnya dengan sentiasa mengingati Allah, hati sentiasa tenang, walaupun tentangan yang hebat diberikan pada kita.
namun perjalanan itu diteruskan lagi. Dengan pelbagai cara. Terang benderang, secara rahsia. Pujukan untuk kembali kepada Allah juga tidak berhasil. Sedangkan Tuhan menjanjikan rezeki dalam bentuk hujan yg lebat, anak2, kebun2, dan sungai2 kepada mereka sebagai ganjaran bagi orang yang meminta ampun.
Hei jahil betul.
Namun mereka tetap dengan tuhan mereka yang 5 itu.
Siap ajak lagi orang lain jangan tinggalkan berhala mereka..tipu dan sesat yang nyata..
Maka berdoalah Nabi Nuh “ Ya Tuhan, janganlah engkau tambahi orang orang yang zalim itu selain kesesatan”
Setelah itu, yang beriman antara mereka diselamatkan atas bahtera, dikalangan manusia dan haiwan..dan Allah hapuskan orang-orang yang sesat supaya yang lahir dari keturunan yang selamat ini, hanyalah orang orang yang benar beriman pada Tuhan.
“sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka tinggal nescaya mereka akan menyesatkan hamba hambaMu dan mereka hanya akan melahirkan anak2 yang jahat dan tidak tahu bersyukur.”
Tapi nape la skang ni ade orang jahat?Soalan cepumas.
Dan kita tergolong dari yang mana?Buktikan yang kita merupakan golongan terselamat atas kapal.hee..takpe2, susah2 je ye nk cek, siapa pun anda, kalau ada banjir besar lagi mcm zaman Nabi Nuh, sediakan diri untuk bersama2 yang terselamat.
-Rujukan Surah Nuh.
“susah itu character dakwah. Nak ajak solat subuh pun susah, apatah lagi nk ajak orang percaya Tuhan.Kalau Nabi Nuh habiskan 95% masa hidupnya untuk dakwah (kalau kita zmn skg ni, 57 taun dr 60? erk), dan beliau istiqamah, kita perlu la contoh. Walaupun sekecil2 perkara dakwah itu, ajak orang suh study tinggal game atau internet pun satu dakwah jugak..”
Biase la kadang2 orang berpaling, sedangkan dalam Quran pun dah cite, orang yang tanak dengar bende baik memang sentiasa berpaling…kerana hidayah itu Allah je yg tau bila masa akan diturunkan..mane tau dia berpaling untuk berfikir..husnu Dzan lah. Doa yang tak putus itu penting.
Eh aku nk exam minggu depan.Lupa pulak.
posted by Izyani Rosley @ 6:20 PM,
3 Comments:
At February 2, 2009 at 5:35 PM, Anonymous said...
very nice n meaningful post!moga kt semua terus kuat dan sabar spt Nuh AS dan nabi2 ulul azmi yg lain.Study utk dakwah iA,rabbuna yuwaffiq!
At February 3, 2009 at 8:21 PM, Izyani Rosley said...
syukran.(err, kne respon cmne ye kalo org puji cmni?)haza min fadli rabbi.
ajarkan sy menjadi manusia tabah seperti baginda juga!
At February 5, 2009 at 7:28 AM, ainfarhan said...
eh, aku lg 2 hari nk exam.hehe.
good luck yani.