Sesuatu yang Mencerdikkan
memang semua sedang bercakap tentang mati sekarang, kerna semalam bumi Mesir dikejutkan berita kesyahidan seorang pelajar Perubatan Tahun 3 University of Cairo, Allahyarham Ammar Zulkifli, kerana telah terlibat dalam kemalangan. Beliau diakui seorang yang berbudi oleh rata rata anak buahnya.Beliau seorang ketua antara mereka. Itu yang saya tahu.
Dekat sekali.Mungkin telinga yang berdesing sehari sebelum kejadian menandakan daun namanya gugur, tersentuh daun kepunyaan kita?
petang yang sama, mata telah melihat kejadian tragis di jalan raya. Seorang wanita muda juga rasanya, dilanggar teksi lawa.kerana momentum yang teramat tinggi (faham-faham sajalah berapa laju kereta sini kalau jalan) wanita itu telah terlambung, dan tersembam-haih tatau la nk describe mcm mana. Allah izinkan mata aku lihat ketika wanita itu kembali ke permukaan jalan.
nampak macam sesuatu yang merah memercik, aku ingatkan darah, tapi bila sorang pakcik yang jugak kebetulan melintas jalan menyabung nyawa bersama wanita itu mengalihkan badan dan menepuk2 pipi wanita itu, aku lihat tiada pula darah pada mukanya.ye la aku atas tremko je waktu tu (tremko ialah microbus).terus pening kepala.
pakcik tremko meneruskan kehidupannya dengan memandu ke arah Mansyiah. Ternampakla akan keadaan teksi lawa Hyundai accent membawa poster Mobinil kalau tak silap, retak seribu cermin depan.Jauh sungguh dari tempat kejadian menunjukkan betapa lajunya kereta itu, memerlukan jarak yang jauh untuk membuat nyahpecutan.
baru teringat sebelum aku naik tremko, aku juga seperti wanita itu, melintas jalan menyabung nyawa!Dan sempat aku berteriak sewaktu melintas dgn shbt "zdaaaa..aku nk jumpa mak aku..."takut tapi buat jugak!
dalam perjalanan serta selepas menerima berita gempar yang terjadi pada sahabat Cairo, tak berhenti aku fikir. Aku boleh mati bila2.bila2.tak kira masa.(nampak sgt sebelum ni tak ingat mati)
Laptop ni standby je la nanti balik nak guna lagi.
Baju kotor nanti la balik kuliah basuh.
Blog ni dua tiga hari lagi update lah.
mak , esok kena kol ni.
Hutang ni nanti la kuar duit bayar la.
istighfar nanti2 la sebelum tido.
minit mesyuarat, nanti2 la lps xm baru buat.
sc minggu ni tak buat lagi, takpe la lusa buat.
tetiba ada sesuatu meragut nyawa.on the way balik rumah, on the way untuk merancang selesaikan segala kerja yang belum tertunai lagi.
Laptop sampai selamanya akan standby, mungkin orang lain akan offkan.
Baju kotor sampai bila2 kotor, kecuali ada yang mahu tolong basuhkan.
Blog~Tiada yang mampu deactivate kerana password hanya sorang yang tahu.Shoutbox yg terus actv
istighfar tak sempat 100 kali hari ini.Quran pun mungkin tak sempat baca harini hingga selamanya, mungkin akan ada yang sedekahkan.
minit mesyuarat, orang lain kena tolong siapkan.
sc, tak sampai hajat untuk buat sendiri, orang lain yang tolong lengkapkan.
bukan sekadar menangguhkan kerja...tapi,
banyaknya hak yang tak tertunaikan!Sedangkan aku bakal masuk kubur bila2 masa.bakal ditanya Allah bila2.
Tak terkira lagi yang menangguhkan hidayah. Esok la aku solat penuh, esokla aku tutup aurat, esokla aku bla bla bla..
ada ka esok untukmu?
Begitulah pesan ibu tersayang.
Terus aku off laptop seblum ke kuliah sebab tak yakin akan hidup lagi hingga lepas kelas pharmacology nanti.
AlFatihah untuk Allahyarham. Moga Allah tempatkan beliau dikalangan syuhada..ampunkan dan halalkan beliau untuk setiap perkara..
posted by Izyani Rosley @ 5:38 AM,
1 Comments:
At June 18, 2009 at 12:53 PM, nadeiya said...