sisi-sisi islam
- Tarbiyah-perihal menjaga akhlak manusia agar selari dengan akhlak seorang muslim.
- Ilmu dan Saqafah -perihal menjaga kepadatan pemikiran dengan ilmu agama dan dunia agar tidak menjadi manusia jahil.
- ekonomi- perihal jual beli untung rugi agar kebaikan dapat dicapai bersama, tiada penindasan berlaku pada yang lemah, tiada monopoli bagi yang berkuasa.
- politik - perihal pimpin dan pemerintahan agar tiada penindasan yg zalim pada yang lemah
- kekeluargaan dan kemasyarakatan - perihal nikah kahwin, hubungan persaudaraan antara muslim agar sejagat merasa bahagia sebagai masyarakat yang berbilang mahupun hidup dalam bangsa yang satu.
- Sosial- perihal tingkah laku manusia sesama manusia dalam persekitaran hidupnya.
- Pendidikan-perihal aplikasi ilmu dan saqafah kepada semua generasi agar kemajuan dunia akhirat dapat dicapai.
- Dan banyak lagi..
Tidak penting kerana apa?kerana kita yang menutup mata. Kalaupun kita men"spesifikkan" diri kita pada salah satu perihal tersebut, biarlah kebersamaan kita itu membantu menggerakkan sisi-sisi yang lain juga. Biarlah yang membantu, bukan yang membantut.
Kerana hidup kita bukan kita semata (ananiyah) tetapi kita hidup bersama orang l;ain, bermasyarakat (mujtama'). Orang lain memerlukan kita dan kita diperlukan oleh orang lain untuk sama-sama menuju puncak khilafah Islamiyah yang telah runtuh pada 1924 yang lalu.
Ia bermula dengan diri kita (lebih2 lagi yang menulis ni). Ini masanya untuk kita bekerjasama menaiktaraf kesungguhan kita menggerakkan sisi-sisi islam ini. Tanya diri- anda dimana dan bersama siapa?
Pelajar, pekerja kilang, peniaga, petani mahupun apa saja anda, sama-sama kita luruskan kerja itu untuk Islam. Yang benar memahami kerjanya itu adalah 'amilin dan 'amilat..
posted by Izyani Rosley @ 8:38 AM,
0 Comments: