lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Sunday, May 3, 2009

4 Tugas Berat Remaja Hari Ini


Macam familiar tak? Telah dijual oleh unit ekonomi dgn harga LE 6.00 sahaja.

"Zaman ini memerlukan satu golongan yang proaktif untuk mengasah agama Islam yang mulia ini. Siapa lagi kalau bukan remaja."

Kenapa Remaja?

Kerana remajalah golongan yang terkuat antara golongan manusia setara yang hidup. Dibandingkan dengan kanak kanak yang sifatnya lemah, manja dan tidak pandai berdikari, tambah lagi kalau belum sampai umur baligh. Kalau golongan tua pula, dinisbahkan sebagai golongan yang kurang serba serbi dari sudut fisiologinya. Kurang tenaga kerana muscle sudah mula atrophy, kurangnya kebanyakan hormon yang dulunya memberikan kekuatan dan sihat tubuhnya..namun bila sudah tua, kebanyakan fungsi tubuh sudah mula hilang, begitu juga dengan memori dan daya tajam pemikiran mereka.

Maka yang tinggal, ialah golongan remaja yang sihat tubuh badan, tajam akal pemikiran dan sungguh produktif setiap harinya. Kitalah siapa lagi. Kitalah yang perlu menajamkan kembali Islam ini. Berat?

Kalau kita tengok contoh biasa disebut-
  • Zubair bin Al Awwam yang memasuki Islam pada usia 15 tahun,
  • Talhah bin Ubaidillah yang juga memeluk islam pada usia 16 tahun serta menyertai perang Uhud,
  • Saad bin Abi Waqas pada usia 17 tahun menyertai peperangan Uhud
  • Saidina Ali pada 10 tahunnya yang pandai menjaga Islamnya, menjaga sirr Islam pada awal penyebarannya,
  • Zaid bin Haris, yang pada umur 13 tahun merengek untuk menyertai perang badar, sedangkan jika diukur , pedang itu lebih tinggi dari dirinya, tapi Nabi pujuknya "jangan nangis, kamu boleh berjihad dengan ilmu dan akal yang bijak", maka Zaid mengambil inisiatif belajar bahasa Yahudi dalam tempoh yang singkat, seterusnya menjadi penterjemah kepada Rasulullah dan menjadi penulis wahyu baginda.Hebat bukan?
  • Muaz dan Muawiz ni bertuah sikit berbanding Zaid, umurnya setara dengan Zaid tetapi disebabkan Growth hormon yang lebih, maka musculature mereka lebih tough, maka mereka dibenarkan Rasulullah untuk masuk perang badar, dan menjadi pemancung terhebat antara ahli badar. Muaz mencari Abu jahal kerana dia sendiri ingin memancung Abu jahal itu. Tetapi Abu Jahal dilindungi oleh sangat ramai orang, maka dalam celah celah kekalutan itu, Muaz ni segera lah libaskan pedangnya pada kaki Abu Jahal. Cerita tak berenti disitu saja pabila anak abu Jahal-Ikrimah nampak kejadian ni, dia terus tetak tangan Muaz ni.Malang tidak berbau kerana tangan tu tak terputus, masih tergantung gantang pada bahagian badannya..maka Muaz terus memotong bahagian yang tertinggal sebab "susahla nk gerak, kepit antara dua kaki lebih mudah bagiku.."adess.. Ooo ha, Abdullah bin Masud sambung tugas memancung Abu Jahal itu
  • Usamah bin Zaid pada umur 18 tahun antara tentera yang dihantar untuk melawan Rom.Beliaulah yang menjadi panglima peperangan arRiddah itu, sekaligus menjadi ketua kepada Khalid al Walid, Abu Bakr assiddiq dan Umar Al Khattab..tetaapi..haha skarang ni orang Malaysia paling muda umur brapa dihantar utk lawan bola sepak ngan Rom?

Model, siapa?

Wahai remaja, siapa model kamu?

Nabi-nabi yang kisah mereka termaktub dalam Alquran, sepatutnya diletakkan sebagai yang menduduki ranking tertinggi dalam list influential subjects dalam hidup kita. Nabi Ismail-yang tidak membantah utusan Allah pada Ayahandanya agar melaksanakan perintah dengan selayaknya sedangkan dia sedar dirinya yang bakal terkorban. Nabi Yusuf yang kuatnya pegangan akidah menolak maksiat zina yang dioffer pada baginda oleh wanita jelita dan berharta, si isteri al Aziz, dan seraya memilih penjara sebagai tempat tinggalnya yang selamat dari kerosakan duniawi.

Apa 4 tugas berat itu?

Tugas mengembalikan Islam kepada Muslim khususnya, dan menggemilangkan kembali Islam di muka bumi ini secara amnya.Terbalik ka? tapi yang penting, mengembalikan sinar Islam atas muka bumi ini.

1) Memahami Islam secara sahih.

Nak bawa Islam, bukan main hentam-sajalah-labu, tetapi perlu kepada ILMU yang mantap. Macam nak jadi doktor jugalah, nak kembalikan fungsi normal badan, kenalah ada ilmu Physiology, pathology, pharmacology dan sebagainya. Kalau dipertengahan jalan balik Ke Camp Caeser ada orang tanya, Islam tu Apa dik? Boleh jawab? (erk, memerli diri sendiri ni). Mungkin kita boleh kata Islam itu adalah cara hidup yang diutuskan oleh Allah kepada makhluknya, meliputi segala aspek hidup manusia....hingga akhirnya menyebut dalil 'aqli dan naqli Islam itu agama pilihan..namun macam mana pula kalau orang-yang-hendak-tahu-macam-macam itu tanya kembali, kenapa tak semua Muslim macam dalam gambaran encik ini ya?

Standard ahhh stdnt medic, stdnt medic tau pasal medic lah..yang agama-agama ni, slow-slow la kak, ustazah mandarah kan banyak lagi..

Bukan perlu kepada meninggalkan medic dan terus terjun kepada pengajian Islam baru kita boleh bercakap tentang Islam, tapi ilmu untuk semua, islam untuk semua, takkan tanak jadi multifunctional muslim doctors?

Oleh itu, marila sama sama pergi SC dan kelas tafakuh utk lebih berilmu.

2) Kewajipan beramal dengan Islam.

Pergi SC kongsi pasal sifat Ihsan, tak guna kalau esok pagi bangun lambat pegi skolah pun lambat, (aku bukan jenis mengata pada orang lain) sedangkan malam itu sudah faham konsep, maka yang tinggal hanyalah menggerakkan jasad mencapai apa yang dikatakan menzahirkan kefahaman melalui perbuatan. Dah belajar rukun solat, syarat sah solat, solat la betul betul, dah belajar had aurat, jagalah aurat betul betul, dah belajar pasal cortisol ada circadian pattern, tak payah la tukar circadian rythm tu kalau dah dekat dekat exam.

Janganlah kita menjadi seperti yang digambarkan Allah sebagai keldai , yang pabila sudah tahu cendana pula dan malas beramal dengan apa yang tahu itu-ibarat himar yang memikul kitab kitab besar, berat dan besar tetapi tidak faham apa isi yang dipikulnya.Sungguh buruk sekali.

3) Kewajipan berdakwah kepada Islam.

Sama seperti ibu mengandung, dalam fatrah mengandung, Human Chorionic Somatomammotropin Hormone akan prepare breast for lactation, kalau selepas beranak tak guna untuk lactation, rugilah.

Ilmu tentang Islam , insyaAllah sikit sikit kita ada. Dan pada peringkat diri kita sendiri, amalan setiap ilmu itu andai istiqamah, insyaAllah kita jadi outstanding personnel, cuma memrlukan satu lagi gerak kerja khusus iaitu menyampaikan apa yang kita faham kepada orang lain, dan sama sama menjadi yang outstanding juga. Nak masuk syurga ramai-ramai bukan?

Tapi maklumlah, kerja ni la yang paling berat sehingga Allah menggandakan 50 kali pahala remaja yang berdakwah pada zaman ini berbanding remaja yang berdakwah pada zaman Rasulullah(sahabat)Malunya kita jika dibandingkan dengan para sahabat ini..oleh kerana beratla tu la sebabnya tugas ni disandang pada bahu kita yang muda, kuat, gagah dan perkasa ni..(rujuk perenggan atas2 tadi)

4) Kewajipan bersatu di atas Islam
Habisla kalau semua remaja buat kepala sendiri dalam dakwahnya. Lidi yang satu lebih mudah dipatahkan berbanding lidi yang dalam berkas, kambing yang sorang sorang lebih mudah diterkan berbanding kambing yang ramai ramai.. Two Heads are better than one, bergerakla dalam kumpulan atau jemaah, kerana yang itu lebih mambantu kamu. (Cerita Jemaah lain kali panjang umur la post lain). Bayangkan kalau assignment histology kena preset sorang sorang satu tajuk tu?tak ke naya? semua orang ada part masing masing, kalau missed, lompong la..lebih kurang cenggitu..



Klau orang kafir bersatu padu menentang kita, maka kita nak berhadapan sorang-sorang?oh itu tidak mungkin..

lagi satu-Batil yang tersusun akan mengalahkan Haq yang tidak tersusun..fikirkan la!

posted by Izyani Rosley @ 7:07 PM,


4 Comments:

At May 3, 2009 at 10:35 PM, Blogger Jackster® said...

act berat @ x tu bergantung pada keingininan je, nak @ xnk =)  

At May 3, 2009 at 11:30 PM, Blogger Izyani Rosley said...

yups..btul2.  

At June 28, 2009 at 6:40 PM, Blogger earth angel said...

saya x la terer sgt pasal beda2 nih, tapi article kamu betul2 buat saya terharu..keep it up
:)  

At June 28, 2009 at 6:56 PM, Blogger Izyani Rosley said...

same2 muhasabah la kite.. syukran nway.smoga bermanfaat