lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Saturday, March 21, 2009

"mcm nak mati" dan zahida tag saya.

ape lg kne tag lah.

tp disebabkan aku perlu mencurahkan masa membelai GIT yang baru saja terjangkit kuman, gastroenteritis(mungkin kerna aku termakan sesuatu yang dihidangkan oleh cyst passer kat kedai sofwani berahimiah itu), enjoy dengan well known dose [2g 4 tablet once]pnye ubat, maka aku tak dapat menumpukan perhatian dlm post ini.

lecture pun baru 3 hari pg untuk sem ni.dah kena stop dan rehat kat rumah mcm nk naik bed sores dah kat bony prominence (aku kan kurus.ahaha).3 hari aku merenung ceiling dan mendehydratedkan diri sendri. macam nak mati.

sebut pasal macam nak mati, suatu ketika dulu, waktu aku berumur 5 tahun, dah p tadika dah, tadika TDG (Tabung Derma Guru-satu tadika ngan kak jojie ya) dan cmna tah aku bleh demam, teruk jugak, seminggu.ramai gak la classmate datang ziarah(aku memang femes dari kecik2 lg,sbb apa lagi kalau bukan nakal). Budak 5 tahun, bukan reti apa lagi, innocent. pada suatu hari, aku g bisikkan kat telinga mak aku, "ma, adik nak mati dah".waktu tu memang aku rasa dunia ni berputar2 dan kepala rasa nak pecah dah. teka mak aku buat apa?

mak aku cari kain kapan.

eh tidak sama skali, mak aku lantas menangis, dan terus menangis.kesian kan.teruk sungguh aku ni.selalu sungguh merisaukan orang.ni pun tok aku cerita.nanti balik aku siasat balik.nak tnya dlm message mcm sensitip lak isu ni.

rindu pulak mak (mama actually) yang jelumkan kepala, bagi makan ubat,suapkan bubur, cicahkan asam jawa dengan garam, dan macam macam lagi upacara tradisional yang diamalkan untuk orang demam.maka tiba tiba pukul 3 pagi kelmarin aku pun msg la mak. "ma,adik demam,c_r_t,muntah2,doa la, suruh wan jampi2 skit" ter message dan terrisaukan dia skali lagi.

havock la satu rumah bila berita ni dapat kat mama.cepat p klinik!p dengan kawan!minum air banyak2!

"takpa, Allah nk pekurang dosa dikni ja tu.."


tenang skit.

oh lupa, cerita kena tag rupanya.

1.Go to your photos folder in your computer.
2.Go to the 6th folder of photos.
3.Go to the 6th picture in that folder.
4.Put the picture on your blog and describe about it.
5.Invite six friends to join the challenge.
6.Link them in your blog and let them know they have been challenged.

ni dlm library(library) lab physio.cuma gambar tingkap buruk.tapi masing2 ada cara menilai.aku bukanla orang seni sangat pun. diamik guna camera motorola v3i 1.2 MP, SLR lambat lagi kot.

oh, zahida tak cakap pulak tableh tipu.hehe.jadi itulah kebenarannya,aku tipu saja.gambar yang ikut steps tu mcm tak berapa senonoh nak letak kat sini.hee

sapa nk buat tag ni?kalo teringin gtau.

*sapa yang blajar parasit, dose "2g 4 tablets taken once" itu adalah sangat femes utk treatment amebiosis iaitu sejenis parasit yang boleh ditransmit melalui pembawa yang mempunyai cyst dalam ususnya.macammana kaitan makanan dan usus?boleh fikir sendiri.rasa nak termuntah kalo aku fikir banyak kali.

posted by Izyani Rosley @ 2:58 AM,


0 Comments: