sekolah vs. universiti
yang rajin, alhamdulillah. dikejar semuanya agar ilmu segalanya ada dalam dada.
corak pemikiran juga perlu berubah. yang dulunya persatuan putri islam mahupun pengakap, KRS dan sebagainya, kini, yang boleh dipilih ada didepan mata. yang dulunya belajar ikat tali, kini sudah perlu belajar untuk gerakkan kaki mencapai misi visi persatuan mencapai redha Allah. kini sudah pandai membicara tentang bezanya aku dan kamu, sudah pandai membandingkan aku lebih baik dari kamu, sudah pandai membolot ahli, sudah pandai meresapkan isme yang dibawa persatuan masing-masing.
dulu sekolah, kini universiti. dulu murid sekarang siswa. dulu muda sekarang tua. dulu kerja sekolah matematik tambahan, sekarang minit meyuarat yang melimpah-limpah. kerana kita seorang mahasiswa kini.
kalau dulu pengumuman perjumpaan persatuan bahasa melayu sekolah boleh diumumkan dengan PA system sekolah, kini surat jemputan untuk mesyuarat menjadi keperluan.mungkin dunia sudah canggih barangkali, ataupun mungkin etika professional seorang mahasiswa ada disitu. sekarang semuanya menjadi professional dengan kerja masing2. terima kasih kepada buku log PPIM yang menjadi tanggungjawab kepada aku suatu ketika dulu.terima kasih.
dan persatuan bulan sabit merah yang sentiasa tenang mengusung first aid kit dulunya atas arahan cikgu, kini segalanya memerlukan kerahan minda bagi mengatur jalan kerja serta perjalanan persatuan.dulunya dengar dan jalan, tapi sekarang yang tak berapa cerdik akan berbalah bersama-sama instead of duduk berbincang semeja .bukannya apa tapi hanya kerana kurangnya kesedaran kita sebagai mahasiswa, bukan lagi murid sekolah. masing masing emosional dan galak mendabik dada, yang kononnya perbezaan itu tiada penyelesaiannya.
sedangkan kita semuanya Islam, dan perbezaan antara kita, ada yang kata ia suatu rahmat selagi tidak bercanggah dengan Islam.
Kenapa perlu dibalahkan? (baloh)
aku punyai cita-cita membangunkan tarbiah untuk umat,kau bercita-cita membangunkan negara untuk umat, dan kau yang lain pula bercita-cita membaiki umat dengan tabligh dan tasauf.
masing masing ada cita-cita yang lebih kurang sama, menaiki bas yang berbeza.tapi apa yang penting semuanya perlu ada amar ma3ruf dan nahi mungkar. bukan amar ma3ruf sahaja atau nahi mungkar sahaja.
kerana menanam pokok dalam pasu yang berumput, perlulah dicabut semua rumputnya terlebih dahulu maka barulah ditanam biji yang baru, maka barulah hasilnya biji yang sihat, bukan rumput yang sihat.
siapa lah aku untuk membicarakannya?
cuma kadang kadang menyesal dengan segelintir yang kurang memerhatikan sekeliling. yang disuap, itulah yang ditelan. lebih kurang macam blind folded. kadang kadang sampai tidak tahu ia siapa, dan apa ada diluar tembok, tembok ciptaan penyuap.ahaha. pening2.
tapi kadang2, suara lantang diperlukan supaya kepala tidak dipijak.kan?
bak kata budak2 ikhwan muslimin, Islam itu penyelesaian.
piker2!
posted by Izyani Rosley @ 8:00 PM,
2 Comments:
At April 4, 2009 at 10:38 AM, Anonymous said...
buka mata pandang 360 darjah bukan hanya 180 darjah je
-saya yang buka mata luas2-
At April 5, 2009 at 3:20 AM, Anonymous said...
yani