lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Friday, September 11, 2009

Kau Sedih?

Tak, saya sedang gembira sekarang. Entah kenapa banyak sungguh taujihat untuk orang yang sedang bersedih yang telah saya terima dalam 2 hari terdekat ini. mungkin muka saja yang nampak sedih.Tapi sebenarnya saya tidak, bahkan gembira.

Mungkin bukan utk saya pada masa ini, mungkin utk yang lain di luar sana pada masa ini.

Taujihat 1 : Oleh Syeikh Ahmad di Ma'had Iqra selepas tahsin bacaan.

Kenapa kau sedih?Kau ada masalah?Kalau ada masalah, kenapa kau menangis? Orang muslim tak menangis, kalau dia ada masalah, dia bersabar dengan ujian itu. Itu sifat seorang muslim.

of courselah dia orang arab dan bercakap arab dengan saya yang a'jami ini.bahasa arab fushah yang dicampur sikit dengan bahasa ammi(bahasa pasar mesir).

Saya yang mulanya tiada perasaan, bergenang jugak kerana bukan sedih pada ketika itu, tapi sedih dengan sebelum ini, sebelum ini yang kalau ditimpa ujian, jarang sangat bersabar dengan yang betul-betul sabar. juga kerana beliau mengaitkan yang sabar dengan ujian itu ialah sebenar orang muslim. Ouh siapalah saya!Muslim kah?

Tahap muslim kita obviously mudah diukur ketika kita berhadapan dengan ujian dari Allah.bukan?

Ayatnya simple saja tapi mampu membuatkan saya berfikir panjang. Itulah hikmah bahasa Arab.penuh makna. Tapi akhirnya air mata tak menitik pun.nasib baik lah.

Taujihat 2 : oleh syeikh di Jami' Qaid Ibrahim, Iskandariah.Pertengahan Terawih malam ke-21.

(setelah melenggokkan syair yang sangat menghibakan berkenaan ujian dan manusia). yang kita dituntut untuk tidak menjahrkan kesedihan dan kesusahan kita. yang kesusahan kita itu adakah antara kita dan Allah, bukan seperti kebanyakan manusia yang mengharapkan balasan manusia atas kesusahan mereka setelah menunjukkan kesusahan yang ada. seperti asyik meminta sedekah dengan kecacatan dan kemiskinan hidup yang melarat.

Ataupun asyik letak status sedih pada ym?

Ataupun facebook?

sedangkan Allah menjanjikan ajr atau ganjaran yang lebih besar jika ujian itu, mereka sabar dengannya, jika mereka sentiasa bersyukur dengan nikmat lain dan tidak kufur, sungguhnya banyak yang akan Allah tambahi mereka dengan kesenangan.Mungkin walaopun bukan sekarang, nanti2 kat akhirat mana tau.

Kerana bagi sesiapa yang meminta-minta untuk dikasihani kerana keadaanya yang sempit, sungguhnya dia sudah menolak ganjaran yang sudah dijanjikan Allah sejak azali lagi.

" Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Sampaikan berita gembira kepada orang orang yang sabar"
Al-Baqarah 155

"Siapa bersyukur, akan Aku tambahi mereka"

"Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberi kesenangan, maka dia berkata-Tuhanku telah memuliakanku. Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata - Tuhanku telah menghinaku"
Al -Fajr 15-16

Kesimpulannya, sebarang bentuk ujian itu, itulah yang mematangkan dan menguatkan kita.

Sebagai contoh, Orang yang sentiasa selesa dengan Islam-dilahirkan dalam keluarga Islam, dibesarkan dengan penuh kesenangan-tanpa tarbiyah dia mungkin akan membesar sebagai seorang yang menentang dan meremehkan Islam suatu masa nanti.
Tapi lain isunya bagi yang ditindas pada awal hidupnya, akhirnya kerana mencari Islam dengan penuh kepayahan, dan dengan kesungguhan, selalunya dia akan menjadi seorang dari muslim yang terbaik.

sebagai contoh : Mungkinlah seperti baba ali ini :sangat hebat.



selamat berfikir dan mendalami setiap kesusahan dengan kesabaran
sungguhnya dengan setiap kesusahan, ada kesenangan.insyaAllah

posted by Izyani Rosley @ 4:32 PM,


0 Comments: