Bainal Manzilatain
Pandangan peribadi semata-mata.
dengar macam mu'tazilah sangat ghopenye.
Tapi itu je yang terpacul dari kepala ni setelah ditanya tentang Solat hajat dan motivasi anjuran ISMA dan MARA kali ni.tapi kita PERUBATAN?
Maka aku rasa, untuk baca post kali ni, mungkin yang hanya mahu berfikir tentang waqi' Alexandria, Mesir..orang luar, saya tak jamin anda akan faham.
-
Pengetahuan tentang jemaah itu sangat perlu.alah biasa sgt kenyataan ini.
dan kefahaman kenapa adanya kepelbagaian jemaah itu juga, perlu.kerana kalau tak, semua asyik berperang.perang psychic semata-mata yang tiada membawa keuntungan pada mana-mana pihak.dan yang untung ketawa-syaitan!
antara dua fikrah yang berbeza
mungkin boleh baca dulu pasal ubat gigi sebelum sambung bacaan.
1000 jenis orang, tak mustahil ada 1000 jenis fikrah yang berbeza.Dan hidup dalam fikrah yang pelbagai, bukan mudah. Kerana ego masing masing juga tinggi. Semua tahu akan menyebut "lapang dada..lapang dada.." berapa antara mereka yang membenarkannya dengan perbuatan?
dan 1000 jenis fikrah ini tak mustahil terbentuknya 500 jenis jemaah yang berlainan, minimum mungkin 2 jemaah atau perkumpulan pemikiran yang berbeza.
Siapa yang mengamalkan Islam?kedua duanya kah?
Alhamdulillah jika salah satu jelas membawa konsep Islam yang syumul.Satu lagi itu yang mungkar maka senang lah menolak salah satu dan mengambail yang satu lagi.
Rabbana yustur kalau kedua duanya pun membawa jalan Islam!
Confusing kan?Yang mana satu?atau boleh ka dua2?
Penilaian yang emosional tidak rasional tidak membawa anda kemana mana.Kerana setiap jemaah yang mendokong Islam itu, terdiri dengan kefahaman atas dasar ilmu yang tinggi. Jika anda bukan dalam salah satunya, hujah anda untuk menolak salah satu-hanya angin semata-mata yang...ibarat menconteng arang ke muka sendiri..membuka pekung di dada sendiri...kurang ilmu bejatnya hujah.
Mahasiswa begitu?bukan! Mahasiswa sifatnya tidak jemu pada ilmu. Bila berhujah dia disokong dengan ilmu. Bukan hujah kosong semata. Setelah berilmu, dia akan berpeluang memilih jalannya sendiri.juga atas dasar ilmu.
Jika suatu yang datang padanya, dia mampu menilai adakah ia satu ancaman atau peluang. satu faedah atau baziran. Dan sudah pasti jika yang datang keduanya berkonsep Islam yang NYATA, bukan perlu direjam "kedatangan sesuatu" itu kerana tidak bertetapan dengan fikrah sendiri, tetapi gerak berdasarkan rasional itu sangat perlu untuk menidakkan diri anda seorang yang "kurang cerdik".
Sekali lagi, lapang dadalah semua...kalau sokong-jelaskan pada diri kenapa sokong. kalau kurang jelas dan anda dipihak yang menentang-jelaskan sebab kenapa menentang.
Takde faedah taksub jemaah dalam hal ini.serius tak tipu.Sapa percaya?
kerana Islam harini memerlukan ummat yang bukan sekadar berada di pihak yang bertahan, tetapi, barisan yg menyerang merobohkan hujah kuffar amat diperlukan. SEMUANYA ATAS DASAR ILMU kerana yang kafir itu juga BERILMU dan TERANCANG untuk menumbangkan ISLAM!
Atas dinamika fikrah masing-masing, sikap (attitude) yang positif, kecenderungan kepada titik persamaan mengatasi perbedaan, di situlah kerjasama harus dibina.
Halangan kerjasama, bukanlah pada berbeza jemaah atau berlainan fikrah. Musuh kerjasama dan perpaduan ialah SIKAP dan SERKAP. Serkap fikiran berupa prasangka dan andaian di zon selesa masing-masing.
Akan tetapi, cabaran akan menjadi lebih kritikal jika cubaan penyatuan dibuat di atas kekaburan dan kekeliruan. Tidak memahami apa yang menjadikan JIM itu JIM, PAS itu PAS, lantas mencadangkan titik yang tidak kena dengan realiti.
Atau dalam bahasa yang lebih mudah, tentukan dahulu apa yang kamu percaya, siapa diri kamu, dan di situlah bermulanya usaha besar untuk kerjasama dan penyatuan yang diimpikan.
personally, benda baik kautla sebanyak mungkin.Asalkan jelas siapa anda. teringat quote rakan-sedangkan malaikat pun tak pilih majlis ilmu utk mereka payungi. kerana yang rugi siapa lagi kalau bukan diri sendiri.
robert frost pun tak lalu 2 jalan.
The road had not taken :
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth.
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same.
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I--
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
WALLAHU TA'ALA A'LAM
posted by Izyani Rosley @ 3:15 PM,
0 Comments: