Belajar dan Mengajarkannya.
Bagi masyarakat melayu, kita amat terdedah dengan konsep pembelajaran Al quran bermula dengan Muqaddam ataupun Iqra' berjilid dan berperingkat. Bagus itu. Bagi masyarakat arab pula,kita belum lagi berpeluang melihat muqaddam mereka. Mungkin sama, barangkali.
Bagi yang mempunyai ibu bapa yang tradisional, pengajaran Alquran berjalan dalam susasana yang kondusif. Di tengah laman ruang tamu, betul di bawah lampu, berhadap kipas kadang2, muqaddam diatas rehal, pengajar serta pelajar memakai pakaian menutup aurat, dan akhirnya senjata ini : rotan ataupun pemegang bulu ayam (feather duster) pasti menjadi pelengkap. Tidak lain tidak bukan hanyalah utk dijadikan senjata perang psychology antara ibu dan anak yang akan mengaji pada malam itu.
Muda dan Tua
Beza jika dibandingkan antara umur tenaga pengajar. Yang muda lebih bersemangat, manakala yang tua kurang. Semangatnya dari segi meninggikan suara dan menghayun rotan. Itulah sebabnya kalau mak yang mengajar, sebelum isya' lagi dah prepare utk buat buat mengantuk. tapi nak tipu pun mak~ bayangkanla sejauh mana keberjayaannya. Tapi kalau dengan nenek, hati redha utk baca selama mana yang boleh. budak2..
kita tidak terlepas menjadi anak yang mengaji dengan mak ketika usia mak masih muda. (seperti yang dinyatakan diatas, gambaran ibu muda yang mengajarkan muqaddam dengan penuh semangat sekali) suara kita selalu sampai bahagian larynx sahaja, susah utk suara keluar dan susah utk menarik nafas,kerna hingus sudah meleleh bersama air mata, rengkung sudah pedih tika itu disebabkan menahan perasaan mahu menangis.haha." mana boleh mengaji macam tu!" nasihat mak sambil menghayun rotan. rotan ke lantai saja, bukan ke badan..tapi sudah cukup menghinguskan budak macam kita.
maka aktiviti itu ditangguhkan sebentar utk menyah hingus dari lubang hidung. "itula..cuba baca betul2, bukannya orang nak marah.." nasihat mak lagi sambil menimba air dari kolah.huhu.seterusnya kembali ke pangkuan rehal. bacaan disambung lagi . kalau nasib baik, dapat la ubah tempat bacaan, tidaklah mengulang bacaan yang sama banyak kali.
kerana pada usia 7 tahun emak mengandung lagi, maka aku dihantar ke kelas mengaji berdekatan, tapi seronoknya lebih. Boleh kayuh basikal, boleh berlumba dengan kawan, boleh main batu tujuh selepas kelas, boleh lumba menulis jawi, boleh tayang rubber wangi pada kawan2, tak payah baca muqaddam lagi dan tak payah mengeja lagi. guna konsep Iqra' pulak. yang ada lambang 3 budak hitam sedang mengaji itu. warna mengikut jilid. kaler pink utk buku satu, kaler merah utk buku 6. buku lima kaler ungu kot kalau tak silap. tapi sekarang jilid lain dah..mungkin sebab selalu sepah kot.
..tak usah dieja, terus dibacaa...
akhirnya berjaya juga melonjak ke stage alquran. Kelas Fardhu Ain boleh duduk dengan kawan2 yang membaca Alquran yang lain, tak perlu baca iqra' lagi.Selalu ustaz tak kacau sangat ngan budak2 quran ini, tapi lebih tumpu pada budak2 iqra' yang lain. lagi seronok.haha.
namun kini emak sudah berusia. 54 tahun, mana la semangat mcm dulu. bertuah adik2 kita.
itu zaman kanak2, sudah tua pun masih belajar. tak percaya?
Summer ni kita mahu cuba sesuatu yang baru, baiki bacaan dengan syeikh, belajar tajwid sungguh2.syeikh arab la kan.. bukan melayu lagi.mungkin rotan sudah tiada.
tapi mungkin disebabkan kerasnya kepala kita,
....hagiblik rotan bokra, mesyi?..
....leih keida?haza asar assiyaam?..
....enti fa3alti izzai?syufi syeikh da...hakaza....
....butche..butche....
mafhumnya:
1. esok aku bawakkan kau rotan mau?
2.kenapa mcm ni?mcm ni ke hasil puasa?
3.kau buat mcm mana? cuba tengok syeikh baca mcm mana..
4.baca! baca! itu cara nak pronounce perkataan tu. nak habis 2 jam baru perasan yang dia sebut perkataan baca sbnanye.haih
kesimpulannya sheikh boleh tahan garangnya macam mak kita dulu2.haih.
akhirnya aku bersuara : mumkin 3aiza hammam?. takde dah ma3zirotan2 dah kali ni. letak quran dan menuju ke bilik air.tiada mak yang boleh jiruskan hingus kali ni.tak boleh tahan dah nak buat cmne lagi.
seraya membasuh muka sehabis mata putih yang merah menjadi putih kembali,dan keluar, syeikh muda itu suruh blaja ngan syiekh sorg lagi. syeikh yang semalam dan sudah tua, dan lembut orangnya, sesi tajwid pula.bagus juga!
(bukan tak suka sheikh tu..biasa la belajar quran, mcm ni la cara nak jaga kesempurnaan al quran tu, bukan?)
pesanku : tabahkan la hati menghadapinya. haha.10 tahun lagi, kita bakal ketawa bila ingatkan kisah hari ini.insyaAllah kita kena ambik course parenting bagaimana mengelakkan anak2 berhingus ketika belajar alquran.
posted by Izyani Rosley @ 1:57 AM,
4 Comments:
At August 25, 2009 at 3:35 AM, ainfarhan said...
kak chem kate de blaja rilek je ngan kak ona.
siap gelak-gelakkan dia tidur lagi.haha.
siaann yani. cuak aku nk start kelas.
At August 25, 2009 at 7:55 AM, Izyani Rosley said...
At August 30, 2009 at 12:44 AM, sasraz said...
lebih baik sheikh tu tegas kalu kita salah drpd dia biarkan kita hanyut dengan bacaan yang salah tu..
teruskan! nak dapat bacaan seumpama Rasulullah saw, sekurang2nya ade juga tempias perasaan takut itu pada kita.
ingtkah bagaimana gentarnya baginda ketika pertama kali bertemu Jibril as?
At September 5, 2009 at 6:53 AM, Izyani Rosley said...
syeikh tu dah tak brape suke membebel dah.tapi masih lagi syadid dalam teguran bacaan. akak dah selesa baca dgn dia.
dan akk pun tak suka kalau dia tak tegur. baik baca kat rumah saja.hehe
[namun malangnya syeikh tu dah digelarkan syeikh garang pulak oleh stdnt medic.kesian.]