sekarang bintrahmah menulis
oops! kenapa rasa macam unfamiliar je page ni? okay, rupa-rupanya saya kini berada di page sahabat saya, bintfatma atau lebih dikenali dengan kak yani oleh adik-adik baru di Iskandariah.
Eh, sabar, sabar..jangan baling kasut lagi.. saya bukan hacker. kehadiran saya di sini adalah sebagai (skemanya ayat ) pengganti diri buat yang merindu tulisan kak yani kita.
aasif jiddan, hiya mashghul awi, sibuk sangat sangat dengan tugas sebagai Timbalan Pengarah Program sambutan mahasiswa baru iskandariah 2009. alhamdulillah, setakat ini segalanya masih berjalan. lancar? tak lancar? tak kisahlah apa-apa pun, yang penting program masih berjalan...
doakan kak yani diberi kekuatan untuk meneruskan tugasnya dengan penuh semangat waja, sesuai dengan lagu tema PSMB kali ini, Apa yang kau tahu? (sambil menunjukkan tanda 'bagus' macam iklan kacang ngan yin)
tempoh 10 hari orientasi di kaherah dan iskandariah bukan sahaja bakal mencomelkan adik-adik baru, malahan juga bakal menyerikan wajah kak yani kita**.apa tidaknya?makan pagi, tengahari dan malam semuanya disediakan.
**kak yani jangan marah na..
okay, mungkin cukup setakat ini sahaja saya mencari publisiti murahan di sini. (sorohah sket) terima kasih yani sebab bagi peluang untuk berceloteh. rasanya yani pun dah tak larat nak menulis blog sekarang sebab dia dah banyak bercakap menggunakan mic, contohnya semasa hari bersama BKAN perlis, beliau telah memberi ceramah kesihatan selama satu jam setengah, menjadi moderator LDK di dewan ARMA selama berjam-jam dan lain-lain lagi.
akhir kata, selamat maju jaya menempuh tahun baru akademik 2009/2010.
oh lupa nak cakap. tahun ni kita start kuliah dengan nombor yang lawa. 10/10/10. lawa kan? hehe.pasti ada yang tertipu. sebenarnya 10/10/09, kita masih di tahun 2009 ya.
sekian. wassalamualaikum wbt.
yang menyibuk,
posted by nadiahchem @ 3:57 AM,
4 Comments:
At October 7, 2009 at 1:36 PM, ainfarhan said...
haha.slmt naek thn. :)
At October 8, 2009 at 1:54 AM, nadiahchem said...
uhuk! paan, jgn lupa bawakkan T-shirt murah kcem yeh
At October 8, 2009 at 1:54 AM, nadiahchem said...
At October 8, 2009 at 7:05 AM, sasraz said...