lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Friday, March 11, 2011

Hidup Baru




Dashboard blogger ini sudah lama tidak dijenguk.Ibarat roti aish yang kekerasan ditinggalkan, begitu juga blog ini. Kesian sungguh. Kerana apa? Saya pun tak tahu kenapa.

Kalut dengan urusan dunia?Entah juga.
Urusan Akhirat?moga moga.
Moga setiap yang kita lakukan dikira kebajikan, barulah penat berbaloi kan.

Hidup baru, cerita berkenaan hal berkaitan diri saya, menghadapi orang sekeliling yang menghadapi hari mereka yang baru. Hidup baru lah juga kan.

#1 : Kawan baik saya-beliau pun sudah ada hidup baru.hidup puan-puan, bukan cik-cik seperti saya lagi.Dah lama cerita ni, sejak September 2010 lagi, cuma kenapa lambat?biasalah, saya sibuk sikit haha.

#2 : Saya pun ada hidup baru. haha.

#3 : Adik SC saya yang saya tak pernah sempat buat SC lagi pun berjumpa dengan hidup baru. Nurul Iman Abdul Alim, telah selamat berpindah ke alam barzakh. (AlFatihah) moga Arwah dalam golongan orang yang soleh insyaALLAH.

(kisah panjang sikit)

Beliau merupakan junior saya di sini, 2 tahun lebih muda. Nak kata kenal sangat, tidak juga, cuma beliau selalu bertandang ke rumah saya, dengan kawan baiknya, Amirah. Pendiam, lemah lembut kalah saya lah. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan baik sekali (Moga husnul Khatimah milik semua). Hari Isnin, 10 Januari 2011, dalam puasa. penyebab kematian adalah keracunan gas Karbon monoksida.

Pagi itu, saya dalam round psychiatry. Dengan doktor Hesyam-doktor yang mengawasi gerak kerja assignment kami-yang sedang mengajar saya dan sahabat lain dalam satu kelompok kecil. Tiba tiba saya mendapat panggilan daripada Amirah, selaku ahli rumah Iman. "Kak, Iman pengsan dalam bilik air!" saya mengesyaki Iman telah keracunan gas karbon monoksida berdasarkan apa yang diceritakan Amirah, lagipun rata-rata rumah mesir menggunakan pemanas yang meletakkan pembakarnya di dalam bilik air yang sama. Tnapa lengah saya terus menyuruh Amirah membawa Iman ke hospital dengan apa cara sekali pun. Saya meletakkan telefon dalam genggaman bimbang ada panggilan lagi.

Telinga sambil mendengar penerangan Dr Hesyam namun hati sudah tidak tenteram. Mata melihat muka doktor namun tertumpah ke tempat lain. Nasibla.

Seperti dijangka, panggilan kedua. Kali ini saya tidak sangka sekali. "Kak yani, Iman dah takda" Allah!

mujurlah Dr Hesyam juga menghabiskan lecturenya pada masa itu, terus saya berlari mendapatkan teman untuk ponteng kelas dan menuju ke hospital yang Iman berada. (Dengan labcoat-labcoat skali la kan)

Dalam keadaan kalut itu, saya berkira-kira mahu menghubungi mentor baru Iman untuk memberitahu akan hal ini, namun sampai kesudah tidak jumpa siapa. Tak mengapalah, lagipun SC ini baru dibentuk, nanti-nanti tersubar juga kan.

Setelah selesai semua urusan Iman, barulah saya sempat menyemak senarai adik SC baru saya. Cuba teka?

Iman Adik SC saya.
*Maaf Iman, akk tak sempat buat SC pertama kita T.T*


#4 : Housni Mubarak ditendang rakyat-rakyat Mesir. Selamat berjumpa dengan hidup baru ya wahai bekas presiden, apa-apa pun, moga kau selamat dari peluru rakyat yang seperti rakan muda-muda, Anuar Sadat yang mati ditembak zaman dulu-dulu.

#5 : (Gambar) Nenek saya yang sekian lama sakit, juga telah kembali ke alam baru, Moga Tok bahagia di sana, kami doakan Tok juga tergolong dalam golongan yang soleh belaka ya Tok.

Tok disyaki terlibat dalam *mcm jenayah pulak* penyangkit Myelodysplastic Syndrome. Mungkin juga Tok boleh berubah ke Leukemia pada bila-bila masa saja. Kebetulan sewaktu elektif, saya memilih untuk ambil course Hematology, jadi sedikit sebanyak saya faham jugalah apa yang Tok rasa sakit tu.

Untuk terlantar selama 6-7 bulan tu, memang banyak yang semua orang dalam rumah ini belajar (Tok tinggal di rumah saya hingga hujung nyawanya). Saya juga T.T

Sempat juga meletakkan stethescope di dada Tok, Sempat juga palpate abdomen tok takut-takut ada leukemia sampai spelnomegaly, sempat juga tengok-tengok pupil tok waktu nyawanya sudah sangat-sangat dihujung. Sempat juga, akhirnya, apabila diminta abah untuk pastikan tok betul-betul sudah tiada.

Meleleh juga air mata bila mencari denyutan jantung tok, yang saya takkan jumpa sampai bila-bila.

Maafkan saya tok, kalau layanan kurang memberangsangkan.Moga tok tenang damai di sana. Moga kita berjumpa lagi, tok.

#5 : Ney, kucing nenek saya telah beranak, dengan 3 ekor anak, semoga kehidupan baru menjanjikan ruang hidup yang lebih selesa untukmu, Ney.

#6 : Lupa pulak. Kakak saya dah kahwin, yeay. (Kenapa yeay cuba teka.haha)

#7 : Mesir, nafas baru dan peperiksaan yang tertangguh sebulan. Saya bakal kembali ke mesir memberi nafas baru kepada buku, untuk lebih fokus mengulangkaji sebelum tiba tarikh peperiksaan.

Moga Allah memberi kejayaan pada semua hendaknya.
Dengan Lafaz bismiLLAH juga, saya mahu berikan hidup baru kepada blog saya ini, amin.
(kawan-kawan tlg la doa skali )

posted by Izyani Rosley @ 12:41 AM, ,


Tuesday, July 13, 2010

Wanted

Ini adalah perutusan rasmi dari saya. Yang saya akan berhenti (rasanyalah) berblog seketika. (padahal sebelum ni macam nyawa ikan dah blog ni)

dan yang kedua : yang ini lebih penting.

BARANGSIAPA dari adik-adik atau kakak-kakak yang telah menyebarkan sejenis cerita, tentang saya, yang tak berapa best dan takda manfaat untuk disebarkan, hentikan buat sementara waktu, sebab saya mahu berjumpa dengan anda. Lagipun anda nak exam kan (of courselah student medic alexandria university)

Saya tak tahu apa salah saya T.T Bagitahu saya apa salah saya T.T Saya mahu exam dengan aman T.T Doakan saya wahai orang-orang!

itu saja, terima kasih.

*post istimewa ini telah ditaja ideanya oleh miss Z. Saya ingat macam tak berapa perlu, tapi takpalah, tak sampai lima minit pun.

posted by Izyani Rosley @ 10:57 PM, ,


Sunday, July 11, 2010

Dalam masa 10 tahun. lagi. Part 2

Hari ini dapat satu lagi kad jemputan walimah. Kawan ketawa saya muda-muda dulu. Dah matured dah dia sekarang. Bukan macam saya. :p

Maka sejurus itu menguatkan lagi alasan untuk saya ke kelantan cuti nanti. Saya pun menelpon mak saya dengan alasan itu per se.

"Ma, kawan-kawan pakat menikah balik cuti ni. Tadi dapat kad kawin"
"Ha, sapa kawin?"
"Kawan-kawan la. Dengan orang Msia ada ngan orang mengaji sini pun ada"
"Tudia. Dikni jangan buat macam tu pulak"
"...." gulp. "dak aih, tak buat tak buat. kalau buat macam mana?" sambil gelak kuat kuat sorang sorang.
"haih jangan jangan" dengan nada risau teramat sangat. haha

Mungkin disebabkan sibuk dengan walimah kakak saya, tak mampu ibu saya mendengar satu lagi anaknya akan kahwin. haha. Jangan risau mama, yang sorang lagi ni bukan dalam masa terdekat. Bagi chance kat kakak kenduri dia. Tak mau share-share.

Atau mungkin risau saya tak mampu dengan tanggungjawab yang baru? Mungkin juga. Study pun tunggang terbalik. Saya sebahagian dari ibu, dia tahu saya lebih baik dari saya sendiri. (I'm a part of her, she knows me well and better than myself)

Ada kawan, nak kahwin, mudah sangat jalan dia. Ada kawan, nak kahwin tapi mak ayah tak bagi. Semua itu ujian. Ujian untuk bagi markah pada diri sendiri. Samada layak untuk memimpin sebuah kerajaan yang lebih besar dari kerajaan diri sendiri. Ambil masa untuk belajar, kerana kalau yakin dan doa yang berterusan, insyaAllah masanya akan tiba, terlambat atau tercepat (sooner or later).

Intro panjang pula.

Dr Nermean, doktor yang bertugas dalam course ObGyn saya dan sepuluh rakan yang lain. Beliau sangat baik dan akan buat jamuan lagi untuk kami.

Satu cerita yang diceritakan kepada kami:

Seorang wanita mengandung datang ke out-patient clinic sambil bawa perutnya yang besar menandakan dia sedang mengandung. Tapi sakitnya macam orang mahu beranak. Tapi yang pelik dia datang seorang diri, tanpa ditemani suami. (di Mesir, sangat kecil kes mengandung tiada suami kerana itu kes ini dianggap satu kes yang berat)

Setelah diperiksa, bayi dalam kandungan sudah mati seminggu dua yang lepas. Maka para doktor mengambil keputusan untuk membedahnya bagi mengeluarkan bayi yang telah meninggal dunia itu. Salah seorang doktor yang terlibat ialah Dr Nermean kami, dan pasukannya. Saya tak pasti beliau terlibat secara langsung atau tidak. Nanti time jamuan, saya tanya semula.

Apabila pelvisnya dibuka, satu rahim ditemui (bukan kata nama khas), rahim itu sangat buruk rupanya. Saya jangkakan buruk yang dimaksudkan ialah couvelaire uterus. Dimana kalau mahu digambarkan, permukaan luar rahim itu seperti lebam-lebam, kerana pendarahan yang berlaku di dalam kaviti rahim itu. Dan baunya sangat busuk-kerana fetus yang telah mati itu barangkali.

Doktor berusaha membuat curretage pada rahim itu bagi mengelakkan saki baki fetus atau placenta melekat pada dinding rahim. Jika berlaku demikian, dinding rahim akan menjadi tempat pertumbuhan bakteria dan radang akan berlaku. Ini akan menyebabkan pendarahan yang sangat sukar dihentikan setelah jahitan ditutup dan menambah kadar mortaliti pada ibu selepas pembedahan.

Namun apa yang berlaku tidak semudah yang dijangkakan. Walaupun selesai curettage dilakukan, namun dinding rahim masih lagi berdarah. Darahnya tidak henti-henti. Para doktor mengambil keputusan untuk membuang rahim itu bagi mengelakkan ibu tadi mengalami kehilangan darah yang lebih teruk. Tambahan pula keadaan rahim itu pula sangat teruk dan hampir reput kerana bayi itu telah lama meninggal di dalam rahimnya.


(Pada waktu ini saya mengajukan kepada doktor mengapa tidak kita ligatekan saja Uterine artery and Ovarian artery? Namun kata doktor uterus is highly vascularize during pregnancy. ligation of the main artery is seems to be not effective. so we have to do hysterectomy.mungkin masuk periksa nanti :D)

Maka kes ini ditutup dengan hasilnya hysterectomy.

Doktor nermean pun memberi tazkirah kepada kami setelah habis syarahnya.

Maka jauhilah zina. kerana zina itu, Allah telah memberikan satu balasan dunia padanya. Kita tak tahulah berapa kali Jane Doe itu berzina tetapi sekali sahaja dia mengandung, terus Allah tarik balik privilege untuk dia mengandung untuk kali kedua, dengan cara yang halal. Apa lagi yang ada pada dia?Apa makna wanita tanpa rahim? Baru unur awal dua puluhan tapi sudah tiada rahim.

Maka selepas itu kami pakat bertanya tentang procedure hysterectomy dan Hormonal Replacement Therapy untuk Jane Doe itu.

Jadi apa kaitan post saya kali ini dengan yang sebelum ini?

Jauhi zina. Zina itu perbuatan yang sangat busuk dan teruk. Jagalah keturunan dan nasab sebaik mungkin. Kerana generasi akan datang adalah datangnya daripada kita yang mejaga agama kita sebaik mungkin.

Wallahuta3ala A3lam.

posted by Izyani Rosley @ 1:18 AM, ,


Friday, July 2, 2010

Dalam masa 10 tahun. lagi.

Bila saya letak statement ini pada status YM saya, semua fikir tentang hidup saya. Mahu kahwin kata mereka. Saya faham di kawasan saya sedang ada sebaran pemikiran perlu-tamatkan-masa-bujang-dalam-masa-terdekat iaitu lebih mesra bila disebut sebagai kahwin.

Sungguhnya bukan itu yang saya fikirkan (walaupun kadang kadang gossip itu hinggap juga ke telinga) Namun yang lebih memberikan satu impak untuk saya terus berfikir ialah :


DALAM MASA SEPULUH TAHUN LAGI, apa akan jadi pada kita, pada dunia.

Pada Malaysia khususnya.

Untuk bercakap tentang kes buang bayi dimerata tempat, sudah tidak up-to-date orang kata. Masing-masing sudah faham hakikat apa yang menyebabkan orang masih suka buang bayi. Tak perlu saya ulaskan lagi kenapa perlu buang bayi. Mungkin satu perkara pembuang bayi kurang sedar, Bayi apabila besar menjadi manusia dewasa, organ mereka dapat digunakan untuk orang yang memerlukan organ mereka.

Tapi teruk sangat untuk berfikir seperti itu. Tapi yang pastinya mereka kurang sedar yang bayi itu teraniaya, terus masuk syurga, mampu memberikan syafaat dan doanya bakal mengheret manusia-asal-usulnya ke mana saja yang dia mahu. Saya lebih bayangkan Neraka berbanding syurga tak tahulah mengapa.

Eh kata tak mahu ulas tapi panjang pula. Oke sudah, berhenti.

Berbalik kepada 10-tahun-lagi-apa-akan-jadi. Fokus kita.

Dalam pada itu, semua ahli politik mula mengenepikan punca berlakunya semua ini. Semua sibuk berebut kerusi tanpa menghiraukan amar makruf yang utamanya mereka bawa (semua yang saya maksudkan ialah kebanyakan). Bila kes baru timbul, barulah mencari penyelesaian cara Islam. Atas alasan Islam itu agama rasmi tapi apa yang saya rasa apa yang sebahagian mereka fikir, ialah penyelesaian cara Islam itu kurang beratnya. (Kerana Islam lebih mementingkan kefahaman mengapa mereka dihukum berbanding teruknya mereka diseksa secara fizikal) namun apa yang terjadi sekarang, manusia moden sudah kurang mahu berfikir.

Maka selepas itu keluar pula statistik yang macam-macam. Yang menghisap dadah, yang membunuh orang, yang merogol orang, yang merompak orang, yang membunuh orang dan yang macam-macam lagi jenayahnya.

Dan terbaru statistik berapa orang yang dilahirkan tanpa BAPA.

penyelesaian bagi masalah yang pelbagai itu, banyak dendanya, banyak samannya, banyak penjaranya, dan banyak lagi caturan yang diberi kepada pesalah.

Saya cuba bayangkan apa pula penyelesaian spesifik bagi masalah yang lahir tanpa bapa ini, mungkin penyelesaiannya akan jadi seperti ini :

Siapa yang lahir tanpa bapa tidak perlu mendaftarkan kelahiran.

Maka statistik yang lahir tanpa bapa akan berkurangan. Dan tertutuplah kes lahir tanpa bapa dari pengetahuan umum.

Den seterusnya orang akan terus mencaci kenapa sebahagian yang faham akan Islam selalu sangat bagi pamplet pasal zina.

Suruh jauhi zina.

Suruh mengelak dari terjadinya zina

Suruh menegur bibit zina.

Suruh macam macam lagi yang kurang ada kaitannya dengan zina.

Kerana apa pun kadang kadang tak nampak apa kesannya.

Bila diterangkan " Dua puluh tahun lagi saya tak mahu yang menjadi pemimpin pelajar seperti kita-kita, ialah dari keluarga porak poranda tanpa bapa yang tahu mengajarkan agama Islam kepada anaknya, saya tak mahu kawan anak saya nanti ialah yang mampu mengajak anak saya kepada zina. Saya tak mahu perkara zina itu amalan seharian bagi kawan-kawan anak saya nanti." Tak pasti orang faham dan mampu terima atau tak.

Oh Allah saya sangat risau. Kalaupun saya *hilang* sekarang mungkinkah ada lagi yang masih mahu mempertahankan Islam ini?

Ada lagi yang akan bagi sokongan pada kawan perjuangan untuk teruskan langkah mereka?

Ada lagi tak telinga yang mahu mendengar ajakan Allah ini?

Ada lagi yang mampu istiqamah dengan cara hidup Islam?

Allah menjaga agamaNya, namun masih adakah dalam masa 20 tahun lagi, yang telinganya matanya dan hatinya sensitif dengan seruan kebaikan dunia akhirat ini?

...............

Saya Yakin. Masih lagi ADA..itu jawapan yang optimis untuk semua soalan di atas.

Kerana saya yakin ada yang berumah tangga dengan meletakkan Islam sebagai asasnya. Saya bergembira untuk mereka. Kerana mereka jelas apa tujuan perjalanan rumah tangga mereka. (macam kaunselor rumah tangga pulak)

LETAKKAN KEFAHAMAN kenapa sekarang anda mahu berkahwin. Supaya anak-anak saya nanti ada kawan untuk teruskan kerja-kerja JAKSI* nanti :)

*hilang = mati.
*JAKSI = badan amar makruf dan Nahi mungkar di lokaliti bumi Iskandariah, Mesir.

posted by Izyani Rosley @ 11:37 PM, ,


Monday, May 17, 2010

Pendidik terbaik



Pendidik bagi saya ialah seseorang yang mampu membawa manusia lain kepada sinar cahaya. dari gelapnya bodoh, kepada terangnya pandai, dari gelapnya jahil, kepada cerahnya hidayah.

Pendidik bukan tertumpu di sekolah mengajarkan pendidikan Islam atau Syariah Islamiah semata mata tapi ia merangkumi kebanyakan matapelajaran, dari sastera hinggalah matapelajaran sains. Dari kuarter guru, hinggalah di dalam kelas, di kantin ataupun di pasar malam.

Dan juga, merangkumi pendidikan tidak langsung dari segi akhlak dan sosial, mengajar manusia dan murid lain menjadi manusia. Manusia beradab, manusia yang patuh pada Tuhan (Allah), manusia yang tahu berjasa, manusia yang tahu apa itu hidup ini ditentukan kepada. Tahu juga pengakhiran hidup ini bagaimana dan tahu juga syurga dan neraka.

Bukan semata mata mengejar perangkaan silibus untuk dihabiskan, bukan hanya rigid seperti buku peraturan sekolah. Tetapi dialah menjadi guru segala macam. guru berhikmah dalam keikhlasan.guru untuk umat Muhammad SAW.

Oleh itu, kalau saya merupakan murid yang faham apa itu hakikat kehidupan, apa itu tujuan hidup, apa itu ALLAH, saya impikan guru saya seperti itu juga. Tidak perlu lebih dari saya tapi guru saya paling kurang tahu sejarah hidup Rasulullah, agar terbit dari batang tubuh guru itu, jelmaan kesan hidup Rasulullah pada saya dan rakan murid yang lain.

oh sungguh tinggi cita cita.

Namun itulah harapan saya, agar pendidik itu dapat mendidik generasi selepas saya sebaik mungkin, mengenal dunia dan mengenal akhirat dengan adil.

ini contoh bakal pendidik terbaik, bersama adik pendidik terbaik :D

kakna: hoi..tak ucap slamat hari guru ka kat org
NURUL IZYANI: haha
NURUL IZYANI: oke slamat hri guru
NURUL IZYANI: dapat hadiah apa
NURUL IZYANI: buah pelam?
kakna: maceh2
kakna: hik2
kakna: dapat la ckit2...tapi bila dah jadi guru disiplin pompuan nih...hadiah makin dapat ckit...
kakna: huhu\
NURUL IZYANI: oo
NURUL IZYANI: haha
NURUL IZYANI: takpa la besa la tu
NURUL IZYANI: nanti jadi PK HEM lg hadiah sikit
NURUL IZYANI: kena adapt la dapat hadiah sikit2 ni
kakna: kuku potong...tudung pendek kena tegoq...tak semayang kena marah...seluaq ketat kena buka..haih
NURUL IZYANI: baguih la
NURUL IZYANI: dapat tiket amar ma3ruf free2
NURUL IZYANI: kalau nk buat on the spot mcm tak berani
NURUL IZYANI: dah ada platform baru berani buat kan
kakna is typing...
kakna: tu la..takpa2...merasa pahit untuk manisnya natijah
NURUL IZYANI: *amar ma3ruf nahi mungkar

untuk kakak saya, saya doakan anda menjadi pendidik terhebat sepanjang hidupmu. Moga ini bukan karier, tapi satu amalan bercambah cambah di akhirat kelak. Selamat hari guru dan selamat majujaya.

Ohya, semoga anda menjadi pendidik terbaik bagi anak-anak anda kelak. saya nantikan saat itu :) hiba pulak tiba tiba

posted by Izyani Rosley @ 9:16 PM, ,


Tuesday, May 11, 2010

mengambil semangat uhud



*saya pun tak pasti kenapa gambar tu buruk sangat. tapi itulah bukit uhud yang dicantum2kan. fresh dari ladang, tiada tambahan photoshop di sini.nanti2 saya ambil kelas fotografi :)

waktu nak exam ni lah semangat mula merudum, semangat yang kurang itukah yang bakal digunakan dalam menempuh ujian yang boleh tahan besar?

bagi saya tidak!

kalau dulu takda mood nak exam selalu tengok cerita perang, tapi sekarang, cukuplah buku raheeq makhtum itu sebagai pembangun semangat.

rasa nak paste semua bagi semua baca. (kalau post semua baik attach buku tu je terus kat sini.) ni keratan saje, sapa nk baca onine, scribd ada, cari situ. hee,

slamat bermujahadah semua!
ya Rasulullah, saksikanlah yang kami tidak akan membantahi kata-katamu lagi. T.T

TENTERA ISLAM BERKECAMUK DI TENGAH-TENGAH SUASANA YANG GAWAT


Setelah tentera Islam dikejut dengan serangan mendadak, mereka terperangkap di dalam kepungan musyrikin, kini mereka hilang perkiraan, tiap orang memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan diri masing-masing. Masing-masing mula melarikan diri dan meninggalkan medan peperangan tanpa mempedulikan apa di belakangnya, sebahagian dari kumpulan ini lari hingga sampai ke Madinah, yang lain lari bersembunyi di bukit-bukit, terjadi pula di mana sebahagian yang lari itu berpatah balik untuk berperang, hingga dengan itu berlaku kecelaruan bercampur baur dengan tentera musyrikin, di antaranya tidak dapat cam di antara satu sama lain malah hingga terjadi pembunuhan sesama tentera Islam.


Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Aisyah (r.anha) katanya: "Di dalam peperangan Uhud, kaum musyrikin menerima kekalahan yang parah hingga dengan itu ibUs bertindak melaung dengan katanya:


"Wahai hamba-hamba Allah! Awas belakang kamu", maka dengan itu tentera Islam yang lari, berpatah balik menyebabkan tentera Islam berbunuhan sesama sendiri.


Huzaifah tak semena-mena telah melihat bapanya dan terus melaung: Wahai hamba Allah! itu bapaku, itu bapaku. Kata Aisyah: Demi Allah! mereka tidak membiarkannya malah terus mereka membunuhnya.


Kata Huzaifah: Demi Allah! mereka tidak membiarkannya, malah terus mereka bunuhnya. Kata Huzaifah: Allah memaafkan kamu.


Kata Urwah: Demi Allah! pada Huzaifah masih tetap dengan ciri-ciri kebaikannya hinggalah beliau menemui Allah."


Kumpulan inilah yang menyebabkan kekacauan di dalam saf tentera Islam, membawa kepada huruhara, sebahagian darinya kebingungan tidak tahu arah mana hendak dituju, dalam keadaan begini tiba-tiba mereka mendengar pemanggil melaung: "Nabi Muhammad sudah terbunuh". Orang-orang Islam menjadi panik kebingungan, semangat juang kini berkecai, atau seakan-akan bercerai dari setiap individu, di antara mereka ada yang sudah tidak berperang lagi malah terus membuang senjata dan berdiam diri, yang lain pula ada yang memikirkan untuk berhubung dengan Abdullah bin Ubai kepala munafiqin bertujuan mendapat perlindungan dari serangan Abu Sufian.


Dalam keadaan begini maka Anas bin al-Nadhr berlalu di hadapan mereka yang telah lemah semangat lalu beliau menyeru kepada mereka: "Apa yang kamu tunggukan ini?"


Jawab mereka: "Rasulullah sudah terbunuh".


Jawab beliau: "Kalau demikian, tak ada erti hidup selepas Baginda. Kalau demikian matilah kamu seperti mana Rasulullah mati.Ya Allah,Ya Tuhanku sesungguhnya daku memohon maaf akan tindakan golongan ini, yakni kaum muslimin. Dan daku menjauhkan diri dari angkara apa yang dilakukan oleh golongan musyrikin".


Dengan itu beliau terus mara dengan perjuangannya. Di dalam kancah pertempuran, itu beliau bertemu dengan Saad bin Muaz.


Maka bertanya Muaz: "Ke mana wahai Abu Umar?".


Jawab Anas: "Aduh! selesanya daku menghidu udara Syurga wahai Saad, kini daku menciuminya di perkarangan Uhud ini".


Beliau terus bertempur hingga jatuh sebagai Syahid. Tidak dikenali beliau di akhir peperangan, kecuali saudara perempuannya yang cam dengan jari-jari tangannya, kerana terdapat lebih lapan puluh tetakan di jasadnya, bekas tikaman tombak, tetakan pedang dan asakan anak panah.


Di sini, Thabit bin Dahdah menyeru kaumnya dengan berkata: "Wahai kalian Ansar, kiranya Muhammad sudah terbunuh dan mati, maka sesungguhnya Allah tetap hidup tidak mati. Ayuh! berperanglah kamu kerana agama kamu, sesungguhnya Allah membantu dan memenangkan kamu".


Dengan itu, maka berkumpullah sebahagian dari orang-orang Ansar dan terus mereka menerkam ke kelompok tentera berkuda Khalid, bergelut habis-habisan hinggalah Khalid menikamnya dengan tombak dan membunuh sahabat-sahabatnya yang lain.


Juga berlaku di mana seorang lelaki muhajirin menghampiri seorang Ansar yang berlumur darah, terus beliau bertanya: "Saudara! Kau sedar tak di mana Muhammad yang sudah pun terbunuh?"


Jawab al-Ansar: "Sekiranya Muhammad telahpun terbunuh maka Baginda sudah pun mencapai tujuannya, sedang kamu pula hendaklah berperang mempertahankan agama kamu ini.


Dengan semangat juang dan keberanian seperti ini, maka tekad perjuangan kembali memarak semula di kalangan seluruh tentera Islam, kembali menyedari hakikat diri mereka, menarik balik idea untuk menyerah atau berhubungan dengan Ibnu Ubai, terus masing-masing mengambil senjatanya memulakan serangan ke atas tentera musyrikin yang sedang berusaha membelah jalan ke markas pimpinan Islam.


Kini tentera Islam sudah mengetahui bahawa berita kematian Rasulullah itu semata-mata dongeng dan cerita rekaan dan dusta, dengan itu mereka semakin kukuh dan bersemangat. Akhirnya mereka dapat memecah kepungan Quraisy dan berjaya berhimpun semula di sekeliling markas di samping meneruskan peperangan dengan lebih nekad dan menyerang lebih agresif lagi.


Terdapat sekumpulan yang ketiga tugas mereka hanya dan sanya mengawal Rasulullah, kumpulan ini mempertahankan Rasulullah dan membenteng Baginda. Mereka terdiri terutamanya dari Abu Bakr, Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi Talib dan lain-lain. Sebelum ini mereka adalah penyerang di saf hadapan, namun setelah dirasai Baginda di dalam berbahaya, mereka berpatah ke markas pertahanan mempertahankan diri Rasulullah di saf hadapan.



PERTEMPURAN SENGIT DI SEKELILING RASULULLAH (S.A.W)


Ketika tentera Islam sedang dikepung dan tersepit dicelah asakan tentera musuh, pertempuran terus memuncak di sekitar Rasulullah, sebagaimana yahg kita sebutkan bahawa semasa kaum musyrikin memulakan kepungan, tentera Islam yang ada bersama-sama Rasulullah hanya sembilan orang sahaja.


Tetapi apabila Rasulullah menyeru kaum muslimin: "Ayuh di sampingku! Aku Rasulullah! Seruan itu telah didengar terlebih dahulu oleh kaum musyrikin. Apa lagi, mereka pun terus menerkam ke arah Rasulullah beramai-ramai.


Sebelum sempat tentera Islam berkumpul semula, maka berlakulah pertarungan hebat di antara mereka dan tentera Islam yang sembilan orang itu. Padanya terpamer satu segmen kepahlawanan, keberanian, dedikasi dan kecintaan terhadap diri Rasulullah. Imam Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersendirian di dalam peristiwa Uhud bersama dengan tujuh orang Ansar dan dua orang Muhajirin Quraisy, setelah mereka hampir mengancam Rasulullah, Baginda pun merangsangkan mereka dengan sabdanya:


"Siapa yang dapat mengundurkan mereka Itu dari kita, maka balasannya Syurga. Atau ianya temanku di Syurga".


Maka tampillah seorang pemuda Ansar,terus bertarung hingga beliau jatuh syahid. Musyrikin sekali lagi mengancam Baginda. Baginda menyeru sekali lagi. Beginilah berulang kali hingga ke tujuh mereka jatuh sebagai syahid semua.


Kata Rasulullah lagi kepada dua orang muhajirin Quraisy: Kita belum bertindak adil dengan sahabat-sahabat kita itu. Orang terakhir dari kumpulan tujuh orang itu ialah Ammarah bin Yazid bin al-Sakan, beliau berjuang hingga luka parah menyebabkan beliau jatuh dan tidak berdaya lagi untuk berperang.


Terdapat sekumpulan yang ketiga tugas mereka hanya dan sanya mengawal Rasulullah, kumpulan ini mempertahankan Rasulullah dan membenteng Baginda. Mereka terdiri terutamanya dari Abu Bakr, Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi Talib dan lain-lain. Sebelum ini mereka adalah penyerang di saf hadapan, namun setelah dirasai Baginda di dalam berbahaya, mereka berpatah ke markas pertahanan mempertahankan diri Rasulullah di saf hadapan.


DETIK CEMAS DI DALAM KEHIDUPAN RASULULLAH (S.A.W)
Setelah beberapa ketika selepas terjatuhnya Ibnu al-Sakan sebagai syahid, maka tinggallah di saat itu Baginda dengan dua orang Quraisy itu sahaja, mengikut al-Bukhari dan Muslim riwayat Abu Uthman: Tiada siapa pun bersama-sama Rasulullah di hari itu untuk berperang di sisinya, selain dari Talhah bin Ubaidillah dan Saad bin Abi Waqqas, itulah saat yang tercemas di dalam hidup Baginda, dan peluang keemasan bagi pihak musyrikin.


Peluang ini tidak dibiar berlalu tanpa dipergunanya, mereka telah mengasak tubi ke atas kedudukan Rasulullah, kesemua mereka sebulat pakat untuk menlenyapkan Rasulullah, Utbah bin Abi Waqqas telah melontar Rasulullah dengan seketui batu hingga terjatuh ke atas diri Baginda dan terluka di kepalanya, menyebabkan terpatah pula gigi depan sebelah kanan dan bibir bawah Baginda terluka.


Abdullah bin Syihab meluru ke hadapan Rasulullah dan memukul menyebab dahi Baginda terluka, datang lagi penunggang ganas Abdullah bin Qamiah menetak Rasulullah ditengkoknya dengan pedang namun beliau tidak dapat melukakan kerana terdapat dua lapisan baju besi yang dipakai Baginda. Walau bagai manapun oleh kerana hentakan pukulan itu terlalu kencang menyebabkan Rasulullah mengadu .kesakitan beberapa bulan' selepas kejadian itu, sekali lagi Ibnu Qamiah memukul dahi Rasulullah sekencang yang pertama menyebabkan dua gelang baju besinya menikam masuk ke dahinya bersama jeritan bengisnya: Nah! terima ini, dan kenalilah aku ini Ibni Qamiah.


Jawab Rasul sambil menyapu darah dari mukanya: "Aqma'aka Allah" bertepatan dengan nama Ibni Qamiah yang membawa erti: "Allah mengkerdilkan/menghinakan kamu" Di dalam hadith sahih meriwayatkan bahawa gigi depan Rasulullah terpatah, kepalanya terluka hingga darah pun mengalir, namun Rasulullah masih menyebut: "Bagaimana boleh berjaya sesuatu kaum yang melukakan muka nabi mereka, mereka mematahkan giginya semasa Baginda menyeru mereka kepada Allah".


Di sini Allah menurunkan firmanNya: "Tidak ada sesuatu pun bagimu dari urusan mereka, sehingga Allah menerima taubah mereka, atau menyiksa mereka, sesungguhnya mereka itu orang-orang yang wlim" (Ali-Imraan: 128)


Di dalam hadith riwayat al-Tabrani dengan katanya: Bersangatan kemurkaan Allah ke atas satu kaum yang mencederakan muka RasulNya, setelah beberapa ketika Rasulullah berdoa: "Ya Allah ya Tuhanku ampunilah kaumku lantaran mereka tidak mengetahui". Sedemikian juga tersebut di dalam sahih Muslim dengan katanya: "Tuhanku ampunilah kaumku lantaran mereka tidak mengetahui". Manakala di dalam kitab "al-Shifa"' oleh al-Qadhi Eyadh pun menyebut makna yang sama: " Ya Allah ya Tuhanku berilah hidayat kepada kaumku lantaran mereka tidak mengetahui".


Sebenarnya tidak syak lagi tindakan kaum musyrikin ini bertujuan membunuh Rasulullah (s.a.w), namun dua orang Quraisy tadi iaitu Saad bin Ibi Waqqas dan Talhah bin Abi Ubaidillah telah bertindak penuh kepahlawanan Islam yang luar biasa itu dan bertempur tiada bandingan, hingga tidak memberi kesempatan langsung kepada musyrikin mengaut kemenangan atau mencapai matlamatnya, kerana mereka berdua adalah antara pemanah yang terhandal di kalangan bangsa Arab.


Mereka bertempur dan berlawan hingga berjaya menggagalkan usaha unit khas Quraisy yang bertujuan membunuh Rasulullah itu. Semasa Saad bin Abi Waqqas meluncurkan panah-panahnya, Rasulullah bertindak menghulurkan anak-anak panahnya kepada Saad sambil bersabda:


"Panahkan mereka, bapaku dan ibuku jadi pembelamu".


Ini menunjukkan kehandalan beliau memanah. Tidak pernah Rasulullab mengesa seseorang sebelum ini dengan melafazkan perkataan dua ibubapanya selain dari Saad ini. Al-Nasai telah meriwayat hadith berkenaan dengan Talhah bin Ubaidillah, beliau meriwayatkan dari Jabir: Kaum musyrikin telah sampai ke hadapan Rasulullah,


di masa itu Rasulullah melaung: "Siapa sanggup mencabar askar-askar musyrik ini?".


Jawab Talhah: "Daku Rasulullah!"


Kemudian Jabir menceritakan kisah kemaraan orang-orang Ansar dan kematian mereka seorang demi seorang seperti yang kami sebutkan di dalam riwayat Muslim tadi. Setelah kesemua orang-orang di situ terbunuh maka tampillah Talhah ke hadapan.


Sambung Jabir. dengan katanya: Talhah pun terus bertarung melawan sekumpulan seramai sembilan orang musyrik, hingga tertetak tangannya menyebabkan tercantas jarinya,


maka kata Talhah; "Itu adalah baik". Jawab Rasulullah: "Sekiranya kau kata: "Bismillah" nescaya para malaikat mengangkat kamu dan sekalian manusia akan memerhati kamu".


Tambah Jabir: Kemudian Allah mengundurkan orang-orang musyrikin. Al-Hakim menyebut di dalam kitabnya: "al-Iklil": Berlaku di dalam peperangan Uhud ini di mana beliau terkena tetakan sebanyak tiga puluh sembilan atau tiga puluh lima lubang dan terpotong jarinya, manakala al-Bukhari meriwayatkan dari Quis bin Abi Hazim katanya: Aku melihat tangan Talhah terpotong, ini berlaku kerana beliau mempertahankan diri Rasulullah di dalam peperangan Uhud.


Al-Tarmizi meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda di hari itu katanya: "Siapa ingin melihat seorang syahid sedang berjalan di muka bumi ini, tengoklah Talhah bin Abdullah.


Manakala Abu Daud al-Tayalisi pula meriwayatkan dari Aisyah (r.a) yang berkata: Abu Bakar apabila disebut mengenai peperangan Badar beliau akan mengatakan! Hari itu semuanya milik Talhah.


Padanya Abu Bakar bermadah dengan syairnya: Duhai Talhah bin Abdullah


Bertuahlah dikau dengan Syurga

Habuanmu termaktub sudah

Binatang tunggangan nan mulia



Di saat-saat yang tersangat genting ini,Allah menurunkan pertolongan dari sebalik tabir ghaib, seperti yang tersebut di dalam kedua hadith sahih dari Saad, katanya: Ku lihat Rasulullah di dalam peperangan Uhud bersamanya dua lelaki yang serba putih mempertahankan Rasulullah, penuh ketangkasan, mereka berdua ini belum pernah ku lihat selama ini dan selepasnya. Di dalam satu riwayat yang lain menjelaskan dua lelaki yang serba putih itu ialah Jibril dan Mika'il.

posted by Izyani Rosley @ 2:47 AM, ,


Tuesday, April 13, 2010

Suka Duka


Shima berjalan memasuki perkarangan hospital dengan muka yang penuh sugul. Dari mukanya dapat dilihat satu masalah sedang membelenggu diri.

"Kau apasal Shima? Kuar beli makanan?Tak penah kau rajin macam ni utk makanan?" Si Manis bertanya.

" Aku belikan kak Jojie makanan lah, aku stress, tatau nak buat pe, cari makanan untuk orang lagi baik" Jawab Shima.
(Kak Jojie seorang watak sebagai ahli kelas, kuat makan seperti yang lainnya, cuma lebih tua berbanding beberapa orang antara mereka)

"Bagusnye kau, kurus kalau stress." Si Manis memberi jaminan.

Shima memerhati bungkusan yang ada ditangan Si Manis. Jarang Si Manis keluar untuk membeli makanan waktu rehat. Kali ini bungkusan makanan agak besar. Bukan untuk dia sorang barangkali.

" Ni makanan ha aku beli. Jom makan skali. A ku stress jugak tapi kalau makan insyaAllah kurang stress. :)" Ajak Si Manis setelah memahami jelingan Shima.

"oh lupa stress kita berbeza.Patutlah kau makin gemuk ye skarang. Kau stress juga rupanya" Shima membuat kesimpulan.

Mereka memanjat bangunan hospital itu hingga tingkat tiga.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * setelah seminit setengah..

Sesampai di kelas tertulis di whiteboard : Seperti gambar di atas.

Sungguhnya semua watak patut sedar akan kasih sayang Allah sentiasa ada dimana-mana. Terima kasih kepada arab2 yang menggunakan kelas itu sebelum kelas Si Manis dan Shima. Sungguhnya apa yang mereka tinggalkan sangat bermakna untuk semua budak Malaysia. Masing-masing stress dengan pelajaran, aktiviti yang penuh dan SC yang tergendala. Barangkali ada juga yang stress dengan ehem ehem. Kan Sang Nini? :)

Tidaklah Allah menimpakan sesuatu kepada kita kecuali apa yang Allah pilihkan dan tentukan dengan kadarnya untuk kita.

Pilihan Allah ada yang sanggup tak appreciate?

Maka bersyukurlah. Katakanlah Alhamdulillah dalam suka mahupun duka. Pasti ada hikmahnya untuk setiap sesuatu.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Clinical round mereka mampu ditamatkan dalam keadaan yang ceria sekali. Masing-masing faham dengan apa yang ALLAH berikan kepada mereka pada petang itu.

Allah sentiasa sayangkan kita kan?

*Supportlah sahabat2 anda tika ini, mereke mungkin memerlukan taujihat dari anda. Teruskan usaha menjadi sahabat terbaik untuk mereka.

*watak hanya rekaan semata-mata.

posted by Izyani Rosley @ 1:26 AM, ,