lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Saturday, September 5, 2009

Wanita Sempurna.

Apa kamu akan rasa, bila sedang dibanjiri dengan masalah, ada orang sanggup katakan-kalau ada pape nk tolong, bgtau je la?

kalau saya, rasa mahu tidur tika itu jugak. [orang mengantuk disorongkan bantal]

apa lah punya intro.chorea jugak tangan bila sudah lama berhenti menggarapkan idea.mungkin juga sudah terhakis semangat mahu "memberi" seperti dulu.apalah kamu ni.

sedang ISTIQAMAH itu name tag bagi semua muslim.tambah lagi yang sedar peranan untuk bekerja kerana Islam.

Mungkin sudah agak lewat nak berbicara tentang Kartika dan araknya, juga mungkin sudah lewat bagi permatang pasir dan majoriti undi. tapi ada suatu perkara yang agak penting perlu dipandang disini.

satu soalan yang cukup membuatkan aku berfikir. Apakah kerana kamu wanita (jika kamu wanita), kamu boleh mengubah dunia seluruhnya?
dan juga jika dibalikkan : apakah dengan mudah sekali, kamu wanita (jika kamu wanita) begitu mudah untuk berubah dan menjadi murah?

soalan 1 : Apakah kerana kamu wanita, kamu boleh mengubah dunia seluruhnya?

jawapan saya : ya. Kamu boleh.mengubah dunia kepada dua ciri : semakin buruk atau semakin baik dari yang asalnya.

“Aku melihat ke dalam Surga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya)

Kerana apa diganjarkan sebegitu rupa?Tempat terburuk dan dahsyatnya seksaan, sedangkan yang menghuninya wanita? kerana peranan wanita besar dalam menggelincirkan umat manusia.

Tengoklah iklan kereta, malah iklan sabun mandi.kenapa wanita?cukuplah jika dikatakan sekali lelaki berpaling kerana wanita, maka diangkatlah bagi wanita itu dosa dari Allah kepadanya. namun mungkin dia wanita itu tak sedar akan hakikat ini kerana bayaran dan komisyen itu lebih tinggi dan jelas nilainya berbanding dosa yang dicatat oleh malaikat setiap kali.mungkin la..

itu belum lagi pasal pakai minyak wangi menusuk hidung, belum lagi berjalan sambil telanjang, belum lagi yang berlagak menjadi penghibur supaya orang ketawakannya dan suka padanya.penghibur lah katakan..boleh la kira sendiri pertambahan penduduk dalam neraka kalau kamu wanita tergolong dalam golongan ini.tapi rasanya susah kot nak jumpa.ye ke?

maka disimpulkan : kerana dia menjadi penyebab kepada orang lain membuat maksiat kepada Allah dan juga kerana dia sendiri buat maksiat direct pada Allah.hebat kuasa wanita ni.

boleh la kita kata, kalau kamu wanita baik-tak buat seperti yang tertera di atas- maka insyaAllah dunia ini akan jadi lebih baik dari sebelumnya. kalau kamu tak jadi model iklan kereta, kalau kamu tak jadi model sabun mandi, kalau kamu tak menyebababkan orang lelaki mendirikan pandangan (lawan kepada menundukkan pandangan) maka dengan itu, kuranglah lelaki yang hitam hatinya kerana mendapat dosa free disebabkan kamu. maka semua lelaki wanita akan hidup dalam keadaan yang kurang maksiat. lebih taat pada Allah. Maka kuranglah yang masuk neraka.

Maka jelaslah disini, jadilah wanita yang tidak menyebabkan orang lain mendapat dosa kerananya. jadilah seorang yang low profile dari segi kejahatannya. jadilah anak, ibu yang solehah, dan isteri yang solehah. yang kemudiannya mengislah keluarga dan masyarakatnya dan negaranya dan alam seluruhnya.

dan lagi yang penting, seorang da3ieyah.seorang pendakwah.seorang pendakwah kontemporari yang didahagai oleh masyarakat masa kini.

maka eloklah dunia dengan izin Allah.


Soalan 2 : Begitu mudah wanita berubah?
Kalau saya katakan- wanita begitu mudah berubah. tambah dari segi emosinya. memang sangat betul. Kerana komposisinya lebih pada emosi. berbanding akal, hanya 10% dalam ingredient pembinaan wanita.

Sebab itu lah, wanita cukup pandai soft skill, bukan pandai memikir strategi.ada masalah skit, terus down sampai kena minum coffee, terus sakit kepala dan memerlukan pengurusan stress yang lebih panjang berbanding yang jantina satu lagi. Tapi bukan semua wanita macam tu.

Dan juga wanita tidak terkecuali boleh berubah pendirian jika disogokkan Harta dan Pangkat. Cukuplah kalau dulu sebelum jadi orang politik, kamu jadi ulama' sejati, tapi bila dah jadi orang politik, orang agama pun kena kondem. kesian betul.



(baca : bukanlah politik yang busuk, tapi orang politik yang busuk sebahagiannya)



Yang paling penting, wanita boleh berubah kerana hidayah Allah ta'la. ini yang paling lazat berbanding jenis2 lain perubahan yang kita saksikan tadi. Dan dia berubah bukan kerana harta, pangkat dan lelaki. Bukan berubah untuk mendapatkan ganjaran dunia.
-saya harap dalam cerita Cinta Sempurna, shila tidak berubah disebabkan kehenseman ustaz Nazir itu, tetapi kerana dia sedar akan hakikat dia manusia yang bagaimana. tunggu dan saksikan perubahan beliau. Astro Oasis atau youtube,mana2 satu pun boleh.

maka kesimpulannya, perubahan seorang kanak-kanak perempuan kepada yang lebih dewasa menjadi wanita, bukan hanya concern pasal physicalnya, malah yang perlu lebih diutamakan ialah pembangunan akalnya. akal yang sempurna menjamin dunia yang lebih baik. kalau kita baik dan solehah, kita juga ada saham dalam membangunkan wanita lain supaya sama2 menjadi solehah seperti kita atau lebih baik dari itu. (refer pada kes Marwa el Sherbiny yang shahid kerana pertahankan hijab atau specific lagi auratnya.)

kerana kalau kamu wanita, saya ingin berpesan : sungguhnya emosi yang melampau iti membejatkan kemajuan.kemajuan diri dan kemajuan ummah. cukuplah bermain dengan emosi kalau kamu mahu tengok Islam ini menang lagi. Pejuang bukan jenis yang perlu dibelai, bukanlah yang jenis boleh memanjakan emosi., tetapi pandai2 lah kita didik emosi itu agar akal yang satu itu mampu menang dalam mengawal diri.

mengawal diri dalam menghadapi msyarakat yang pelbagai, menghadapi medan dakwah yang mencabar, menghadapi sem baru yang menjanjikan lebih banyak assignment.ohh

takde maknenye kalau stress asyik berkerut muka.bukan setel masalah pun.[nasihat jangka masa panjang oleh saya kepada saya dan wanita lain diluar sana].

(sebenarnya saya cuba mengawal stress dengan cara menulis blog. tak heranla ayat laser je semua.hehe)

maka sekali lagi, marilah kita istiqamah dengan sesuatu yang bermanfaat, iaitu menulis blog yang bermanfaat kepada manusia.blog yang mampu merubah dunia.

posted by Izyani Rosley @ 5:38 AM,


2 Comments:

At September 10, 2009 at 11:13 AM, Blogger nadeiya said...

good post yani!
selamat menjadi wanita sempurna..
hehehe  

At September 11, 2009 at 4:09 AM, Blogger Izyani Rosley said...

hoho.saya telah la..[bajet sahaja]