lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Tuesday, October 13, 2009

Ekspektasi dan Realiti

Yang baru sampai Mesir, ahlan wa marhaban bikum. kami gembira dan teruja kamu datang ke sini.

Ekspektasi kamu tepatkah dengan mesir ini?

ataupun jauh meleset?

yang berangan menjadi manusia di sini, menjadikah? atau hanya menunggu untuk dimanusiakan oleh sekeliling?hati hatilah.

kerana seperti biasa di sini ada dua saja, firaun atau nabi musa. tiada atau. hanya satu.pilihlah yang mana perlu kamu jadi suatu hari nanti.

dan kini kami golongan tua tua ini sudah masuk ke alam klinikal, iaitu bergelumang dengan sheet serta suasana hospital.suasana baru dalam hospital yang lama. suasana lama dalam bangunan baru sudah lama ditinggalkan (ceh baru seminggu). oleh itu kami mengalami satu perubahan budaya yang amat mendadak sekali.

attendance baru dua kali diambil dalam minggu ini, saya pasti bagi yang kuat daya untuk tidak datang kekuliah, ini masa yang terbaik untuk melakukan demikian.tapi bagi yang ramadhannya sempurna pada ramadhan yang lepas , oh sungguhnya godaan itu hanyalah sekadar berat cotton swab yang amat mudah ditepis kan.

dan ekspektasi saya sungguhnya jauh meleset.Ingatkan mampulah merilekkan diri dalam beberapa jam dalam sehari, namun, sungguh jauh meleset jangkaan itu.

Realitinya tahun 4 bukan honeymoon year bagi yang sedar apa itu perkataan TUA dan TANGGUNGJAWAB.

Maaf terlanjur kata. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin.

posted by Izyani Rosley @ 11:46 PM,


0 Comments: