Ikhlas itu bahan kimia.
atau tidak percaya?
ikhlas kini boleh diukur melalui sekresi kortisol dalam badan seseorang.
(kortisol adalah hormon yang bertanggungjawab menjaga sistem kejagaan badan. Ia dirembeskan oleh kelenjar atas-ginjal iaitu suprarenal gland.Kortisol ini manjalankan beberapa fungsi fisiologi seperti menstabilkan gula dalam darah bertepatan dengan keperluan badan, menjaga metabolisma nutrient2 makanan serta tekanan dan kandungan air dalam badan. Lebihnya kortisol menyebabkan seseorang itu nampak saja macam sihat tetapi ia merana, kerana gulanya selalu lebih,darahnya selalu tinggi, tulangnya cepat rapuh , apatah lagi sindrom kelebihan kortisol ini dinamakan Cushing syndrome, dimana muka mereka seperti bulan, merah pipi namun tidak comel kerana janggut dan misai selalu ada, tangan kurus dan abdomen yang kembung serta punyai bonggol seperti bonggol unta.)
Kortisol ini sekresinya ada jadual.tinggi pada waktu siang dan rendah pada waktu malam. Jadualnya dinamakan circadian rythm.(ritma harian) manakala malam pula, sekresinya amat terhad.
kerana malam apa yang kita lakukan selain tidur?(tidur sahajalah!)
oleh itu malam ialah maksudnya waktu untuk rehat dan tidak aktif seperti siang hari.
jadi sekresi kortisol amat rendah pada waktu malam dan sekresi ini akan terganggu jika seseorang menghadapi stress. Stress meningkatkan sekresi kortisol.(itulah sebabnya stress dikaitkan dengan cepat tua dan cepat rapuh tulang-tulang)
ada la buku ini, berkenaan solat tahajud yang mana statement awalnya menyatakan : keihlasan mampu menurunkan sekresi kortisol pada waktu malam.
mulanya serius saya kurang faham.
tetapi, akhirnya barulah saya faham walaupun dah blajar tentang hormon itu tahun lepas.
ini adalah kerana, apabila sesorang itu cuba mengganggu ritma hariannya (circadian rythm) dengan terpaksa bangun di tengah malam untuk mengulangkaji kerana exam sudah dekat atau membangunkan malam, hormon kortisol TERPAKSA dirembeskan lebih banyak berbanding waktu tidurnya. paksaan rembesan keluar hormon ini dikaitkan dengan stress pada kelenjar-atas-ginjalnya untuk bekerja shift malam.
namun jika kita bangunkan malam dengan ikhlas, akan didapati jumlah sekresi hormon kortisol ini rendah seperti tiada apa yang berlaku.
memanglah pada mulanya, paksaan itu ada. tetapi jika istiqamah dan jelas apa benefit yang bakal diperoleh jika kita rajin bangun malam, mescaya ikhlas dapat dipupuk dan seterusnya qiyamullail itu bakal menjadi rutin dan bukan lagi satu stress bagi kita.
itulah apa yang saya faham. ada yang cm tak betul ke?
Jadi lepas ni kalau betul kita ikhlas bukan stress dalm buat satu2 kerja tu, ketahuilah, jika seandainya buat cortisol level, adakah ia tinggi atau rendah?kerana masa skarang ikhlas itu sudah boleh diukur.hehe
posted by Izyani Rosley @ 2:33 AM,
5 Comments:
At November 18, 2009 at 3:16 AM, Anonymous said...
yang pnting ikhlas..
e_class-->ahkialuz..
At November 18, 2009 at 3:33 AM, Izyani Rosley said...
At November 18, 2009 at 4:27 AM, Anonymous said...
kalaulah buku itu..tahniah dapat mmanfaatkannya!!
slamat ikhlas berqiam!!
At November 18, 2009 at 4:48 AM, Izyani Rosley said...
kalo betul pun knape?
ke nak jugak?nanti akk bg.bia same2 iklas yerk
At November 19, 2009 at 1:27 AM, Anonymous said...
kalo betol..tahniah!
(sudah dinyatakan)
x perlu laa bbudi bahasa ngn sy ek
selamat beramal!!