Kefahaman itu apabila diberi kebebasan : SC Kesan Kejatuhan Khilafah Uthmaniyah
Assalamualaikum,fuh lama tak bagi salam kat sini.
Seperti yang sedia maklum, alhamdulillah saya dan rakan2 yang lain telah selamat menjejakkan kaki ke tahun 4 pelajaran perubatan bawah graduasi. Sisa 3 tahun lebih kurang ini pastinya akan dihabisi dengan perkara yang tak akan kami lupakan tika hari tua nanti insyaAllah.
SC, iaitu smart circle, sesi 2008/2009 baru ditawaqufkan dengan jayanya oleh mee tomyam dan satu video mengetuk minda, dan juga selepas kebebasan bersuara yang dijamini tidak akan ditulis dalam laporan SC seperti dulu kala. maka hasilnya, semua mampu untuk mencurahkan idea yang sangat bernas. Ala-ala debat kedai kopi. (Debat kedai kopi ialah ibarat debat ala parlimen yang tiada izin laluan di pertengahan kekacauan idea berlaku). maka perjalanan debat lebih bersifat santai dan membisingkan. Akhirnya sang mentor senyap di tengah-tengah.nice.nasib baik tak record adegan2 panas.
Input SC sesi lalu dihadamkan selama cuti beberapa bulan yang lalu, kini tibalah masa untuk dimetabolisasikan. Kesan dan peranan bg setiap ahli dalam menjayakan objektif sebenar SC.
Maka saya memilih sesuatu yang luar dari silibus SC : Kesan kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyah.
Tonton video ini :
4 episod dari youtube.
Secara ringkasnya, mengapa video ini satu dari yang perlu ditonton :
1. Tidak membuang masa
2. Akhirnya kalau teliti, anda akan tahu apa peranan anda sekarang.
3. Anda akan tahu apa fokus utama semua gerakan Islam zaman sekarang.
4. Apa prioriti tugas setiap muslim.
Khilafah itu adalah satu perkara yang sangat digeruni oleh musuh Islam. Bagi mereka khilafah itu penghapus kekuasan besar mereka. Kuasa yang mampu menolak gabungan negara hebat Israel , Amerika dan sekutu mereka yang lain. Kuasa yang dapat menepis segala desakan yang dilakukan ke atas umat yang dikatakan seperti buih zaman kini.
kerana anda tau apa kepentingan khilafah?
kerana khilafah itulah yang mampu melakukan apa yang tidak mampu kita lakukan sekarang. Kuasa yang menyatukan seluruh umat Islam. Kuasa yang menyatupadukan kekuatan Islam di serata dunia. Kuasa yang memecahkan tembok politik negara Islam, kuasa yang memecahkan konsep nasinalisme setiap negara. No Boundaries. itu konsep globalisasi Islam yang sebenar. Satu Khalifah yang bertanggungjawab atas segala yang berlaku dalam satu zaman pemerintahannya.
Segalanya berpusat pada khalifah itu, tiada lagi perbezaan darjat atau keturunan, tiada lagi perbezaan nilai matawang, tiada lagi perbezaan kuasa yang perlu diberi taat. Tiada lagi perbalahan pemikiran yang furu', tiada juga sistem pemerintahan Islam yang hadhari mahupun badawi atau yang hudud. Maka synchronize lah segala gerak kerja Islam.
Dari situ, mana-mana umat Islam yang ditindas, mampu dihantar bala tentera yang berani mengacau umat Islam itu, andainya Palestin hampir kemenangan, maka seluruh kekuatan disalurkan padanya bagi mengatasi kekuatan pihak musuh. Tentera Mesir yang kuat, Teknologi dari Jepun dan bahan nuklear dari Iran. Maka kuatlah kita dari segi fizikalnya. Apa yang kau mahu lagi?
Itu hanya plan kasar btw.
Ada lagi yang bagus mengenai khilafah Islamiyah ini. Yang bukan Islam, anda tidak akan dibunuh mahupun dipancung jika tidak mahu mengikut agama Islam, anda diberi pilihan untuk hidup jika anda tidak mengganggu gugat mana-mana nyawa umat Islam dan nyawa orang lain. Seperti biasa, kalau menetap bersama Islam yang lain dan patuh pada undang2, tax saja, dan pertahankan watan anda, itu sahaja. Err, lebih lanjut kena jumpa ustaz untuk kupasan hukum orang kafir di negara Islam. tapi yang pasti tiada penindasan berlaku insyaAllah.
Yang Islam sudah tentulah 100% Islam. Tiada lagi pencuri bertangan, tiada lagi penzina bujang tanpa balur di punggung (akibat sebatan), dan tiada lagi istilah suami main kayu tiga kerana kalau ada, pasti akan direjam. Hukum hudud sentiasa sesuai dengan masa kerana (sapa mau kena hukum dgn hukum hudud?anda takkan mahu kalau anda ialah orang yang tidak faham agama dan merancang untuk melakukan maksiat seperti di atas, bukan?)
Jadi masih ada yang mahu bermaksiat dan balasan sebegitu?
Agama ditanam sejak asas hidup. Jadi pengamalan Islam bukan hanya apabila datang masalah dan penggunaan Islam itu tertumpu pada pengubatan masalah itu, namun Islam itu diajar bermula dari teori hinggalah practical dan correction bagi setiap practical itu.
(well kalau dlm klas biology, dari hypothesis hingga ke conclusion kan kne ikut hukum biology, bukan diselitkan dengan steps yang diimport dari pelajaran Physics kan? ke guano?)
Jadi itu yang saya imaginekan apa itu khilafah.(oh ya dan satu lagi tiada lagi isteri PM yang tak pakai tudung dan tak menutup aurat, tiada lagi PM yang bersalam dengan yang bukan mahram)anda bagaimana?
Kesan dan Tugas.
Apa tugas yang perlu kita lakukan?
pertama, fahami siapa kita. kita Muslim yang bertanggungjawab dalam menangani apa saja isu ummah.
kedua, laksanakan tanggungjawab sebagai penyampai risalah dan penyampai maklumat tentang apa yang anda faham sebagai menjadi khalifah di muka bumi. Khalifah kecil kepada diri sendiri dan khalifah kepada ummat secara umumnya. Anda tiada masa untuk mendiamkan diri didalam selimut dikala hujan renyai di luar. Bangun dan pergi ke kuliah. Tugas anda menjadi contoh terbaik dalam memastikan anda memberi qudwah atau ikutan terbaik kepada orang lain. DISIPLIN DAN ISTIQAMAHLAH dalam menyampaikan seruan. Amar makruf dan nahi mungkar sentiasa bergerak seiring.
ketiga, luruskan saf didalam solat dan aplikasinya bersama rakan sefikrah dan tidak sefikrah yang lain. Discuss mengenai kepelbagaian fikrah, kenapa dan apa sebab ia boleh berlaku. Open minded dalam menerima pandangan orang lain, berlapang dada dalam menyatakan kelemahan dan bincangkan titik persamaan yang mungkina da untuk disinergizekan. Tiada masa untuk berdiam diri hanya mengikut apa yang disukai oleh diri sendiri. Jangan jadikan anda sebagai pelambat proses kemenangan Islam.
keempat, apa yang penting? KERJASAMA dalam merealisasikan cita cita Islam dan bersedialah untuk dikerahkan tenaga untuk menjulang Islam.
akhir sekali pesanan saya :
1000 miles begin with a single step. but not every mile should be began with a new slipper (or crocs nowadays). Everybody can be a landmark in every milepoint. But nobody cant stay energetic without 100Plus in hand. So to enhance the runaway of 1000 miles, its better to do "lari berganti" something with button to be carried along after a passing of it had been done between 2 runners of different mileage, rather than "lari pecut tanpa ganti".
faham?nanti ulas lain kali.lewat dah ni sbnanye.(bajet cm ade je org bace post ni)
posted by Izyani Rosley @ 7:26 AM,
2 Comments:
At November 4, 2009 at 3:04 AM, Anonymous said...
At November 4, 2009 at 3:41 AM, Izyani Rosley said...