lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Monday, November 23, 2009

penting-less

Islam mengajar kita menjadi skema dengan diri sendiri. Iaitu mnunjukkan jalan supaya mengatur what do's and dont's dalam amalan seharian.

Jadi hidup yang lebih teratur itu insyaAllah akan tercapai dengan mudah tanpa ada suruhan ataupun paksaan dari orang lain.

Saya sering tertanya-tanya, bagaimana menjadi seorang penceramah, apabila sesi soal jawab dibuka, sudah pastinya jika sesi ceramah yang berjaya bakal membangkitkan soalan bertalu-talu dari pendengar. Samada soalan yang berbentuk rasional dan praktikal ataupun soalan berbentuk soalan-yang-tidak-perlu-ditanyakan-dalam-sesi-soal-jawab.Bentuk soalan kedua itu, kalau ditanya, bakal menyebabkan penceramah ketawa sebelum menjawabnya. Eg kalau ceramah berkaitan benda halal haram dimakan orang Islam, adanya soalan seperti "ustaz, boleh ke kalau kita nak makan kura-kura?", menyebabkan penceramah bakal menjadi sedih-adakah aku telah berceramah tanpa memahamkan teori kepada orang ramai, ataupun dia menjadi lucu kerana kenapa-soalan-itu-diajukan?

well, jawapan kompleks yang mungkin boleh diberi penceramah mungkin lah bersifat teoritikal- hidupan dua alam haram dimakan.

namun jawapan yang satu lagi ini, saya lebih suka. Sudah habis ke ikan kat dunia, nak makan kura2 pulak.haha.

kerana tafakuh haritu, Ustaz Naim menerangkan tentang hukum melukis pada badan (yakni bertatu dan mencorakkan badan dengan corak yang kekal).

Bila tiba sesi soal jawab, ada soalan-berbentuk-soalan-kedua ditanyakan pada ustaz.

"Ustaz, boleh ke kalau saje2 tulis nota kat tangan?"

Dan saya suka jawapan beliau :

"Keindahan Islam adalah apabila meninggalkan sesuatu yang tidak perlu dilakukannya." Noktah.

Jawapan yang akan saya ingat sampai bila2.Praktikal. Bukan hanya berkaitan dengan masalah bergenre tulis-nota-pada-tangan sahaja, namun syumul dalam semua aktiviti harian.

Termasuklah "perlukah saya lipat tiket tram dan selitkan pada bucu tingkap tram, ataupun boleh ke saya lemparkan tiket tram di atas landasan tram sahaja?"

Got what i mean?

Jadi bila mahu bertanya, tanyalah soalan yang lebih praktikal dan applicable, bukan soalan yang bersifat sesuai-hanya-pada-suatu2-masa sahaja.(lupa term).

Anda boleh mengubahnya.

posted by Izyani Rosley @ 3:09 PM,


0 Comments: