lepas jiwa terbang mengangkasa..cita kita tetap satu jua.. Every man dies, but not every man truly lives.Hiduplah bermati-matian untuk mati.


Friday, December 4, 2009

Hormat yang jarang-jarang sekali...

Situasi 1
"Nur Feriida"

Hahahaha

"NurWEL Izyati"

Hahahaha

"Wan Zurrrr Raina"

sekali lagi Hahahaha


Ini beberapa nama yang mungkin selalu disalah sebut oleh Dr2 yang sedang pass kertas exam atau ketika ambil attendance atau ghiyab dalam bahasa arabnya. Nama2 ini dieja dalam tulisan jawi namun lahjah melayu diperlukan untuk pronounce dengan betul, namun malang sekali, mulut yang memanggil nama itu, berketurunan arab.

Mungkin kita lupa yang dia adalah arab, dan sungguh susah menyebut nama yang susah2 itu, dan kita terus lupa untuk mendiamkan mulut melayu kita, dan akhirnya, ketawa terbahak-bahak itu pecah dari mulut kebanyakan melayu.

Dan kita menjatuhkan maruah orang arab itu tanpa kita sedari....(walaupun kadang2, saya sendiri TERgelak juga)

Hasbiyallah wani'mal wakeel...Cukuplah Allah untuk aku, lantas mulut yang sedang menggelak tadi, terus terdiam dengan pukulan penuh pengertian, hanya bagi yang mendengar keluhan kecil kepada ALLAH oleh seorang Dr muda yang telah TERdimalukan tadi.

namun Hahaha itu masih berlanjutan...

Malu tak kalau setiap kali kita pronouncekan bahasa Arab di pasar mereka, dan kita digelakkan oleh sekumpulan orang mereka?

Nilai hormat yang sangat jarang kita sedari...

Situasi 2

"...Prolaktin, testester..ape tu.." Cubaan seorang ustaz penuntut Al Azhar untuk menyebut beberapa patah perkataan yang agak medikal kali ini kurang berjaya, namun disambut Hahahaha oleh pelajar medikal.

Begitu juga dengan gastroscope, vaginal, dan beberapa yang lain, juga terus disambut Hahaha oleh peserta seminar yang rata-rata pelajar medikal.Namun saya tidak mampu untuk bangun menyatakan ' Hentikan gelak itu,dihadapanmu adalah gurumu!'.

Mungkin beberapa pelajar medikal agak gembira jika memberi tazkirah di depan beberapa pelajar pengajian Islam, sebutan yang agak lari makhrajnya disambut Hahaha juga oleh pelajar pengajian Islam itu. Mungkin gembira dan dianggap membuat lawak jenaka pula.

Mungkin.

Sungguh nilai hormat yang sangat mudah dibuang oleh rata-rata kita, hanya disebabkan kurang empati. Lebih rasa hebat dari orang lain.

Sudahlah, kamu juga manusia lemah, kamu juga seseorang yang selayaknya menerima dan memberi hormat pada manusia lain. Terimalah hakikat itu. Jenaka dan ketawa perlu dikenalpasti mana tempatnya.Bukan setiap masa.

"Usah berjenaka!(melampau2) Umat yang sentiasa bermujahadah tidak kenal apa itu jenaka kecuali bersungguh2"

posted by Izyani Rosley @ 7:31 AM,


6 Comments:

At December 5, 2009 at 2:27 AM, Blogger nur hasyimah mat zin said...

mrk juga mnusia..knp perlu gelakkan mrk klau mrk clap?

sy jg antra yg trgelak msa tu...tp + kesian sbb mrk digelakkan disbbkn kelemahan mrk..  

At December 5, 2009 at 2:55 AM, Blogger Izyani Rosley said...

tu lah, akk pun mula2 mcm rasa lawak tapi bila tgk ustaz tu sungguh2 nk sebut jugak, tahula yg dia bukan sngaja buat lawak pun..

put ourself in their shoes, baru tau rasa cmna kan  

At December 5, 2009 at 8:02 AM, Blogger nhanunmr said...

k.yanie,idea sy tbe2 nak melimpah..huhu
sy pn tgelakkan jugak,,
tp,igtkan die buat lawak..huhu
rse bsalah=(
mtk maap ustz..*boleh ckp kt cni ke?*..hehehe  

At December 6, 2009 at 1:19 AM, Blogger Izyani Rosley said...

haha hanun, sume org biase buat silap, yg penting pasni kite beringat2 jugak time nk gelak.mcm ni : hehe.

try la mintak ampun ngan ustad tu, akk kirim skali la kat awk. :)  

At December 9, 2009 at 12:36 AM, Blogger nadiahchem said...

salam. good point yani. rasa tertazkirah hehe. atau terlempang pipi sendiri  

At December 9, 2009 at 5:46 AM, Blogger Izyani Rosley said...

sbb sy tertampar diri sndri jugak k chem , sy mahu tampar org lain jugak. :)